Keputusan Akhir Final Terbuka Korea Selatan 2011 : Dato Lee Chong Wei Vs Lin Dan
Final Terbuka Korea Selatan 2011
Perlawanan Akhir Perseorangan Lelaki Antara :-
Dato Lee Chong Wei
VS
Akhirnya hajat aku dan peminat sukan Badminton berpeluang untuk menonton perlawanan final yang dinanti - nantikan selama ini iaitu antara Dato Lee Chong Wei serta musuh tradisi beliau daripada China tak lain dan tak bukan ialah Lin Dan.
Walaupun Dato Lee Chong Wei adalah pemegang ranking nombor 1 dunia bagi kategori pemain perseorangan lelaki namun rekod sebelum ini menunjukkan dalam kesemua pertemuan antara mereka berdua sebelum ini sangat memihak kepada Lin Dan yang memenangi 3/4 daripada jumlah pertemuan mereka sebelum ini.
Jadi, adakah sejarah yang sama akan sentiasa berulang dan adakah tuah akan sentiasa memihak kepada Lin Dan? Mari sama - sama kita saksikan Final Terbuka Korea 2011 hari ini. Moga Dato Lee Chong Wei mampu memberi tentangan yang sengit kepada Lin Dan.
Pemain yang bakal menang semestinya ialah pemain yang kurang melakukan kesalahan tetapi bijak memanfaatkan peluang. Semoga sekali lagi Dato Lee Chong Wei mencipta sejarah. Semoga berjaya.
Keputusan Akhir:
Dato Lee Chong Wei Tewas 21-19, 14-21, 21-16 Kepada Lin Dan
Click Gambar Untuk Sign Up Churp Churp!