Isnin, 24 Januari 2011

Bila Dah Bocor Mulalah Rasa Diri Tak Keruan....

Fuh! Hari minggu nih adalah hari yang penuh dengan aktiviti ilmiah nampaknya. Memang aku tak sempat nak menikmati pagi Sabtu atau pagi Ahad yang indah di atas tilam yang empuk sebab minggu nih ada PPKP. Setiap semester mesti ada modul - modul seperti kenegaraan dan sebagainya. Ramai juga kawan - kawan aku yang ponteng dan aku pun hampir terpengaruh juga sebenarnya dengan tindakan mereka. Alhamdulillah sebab ada kawan - kawan yang pergi ditambah dengan aku malas nak repeat atau bayar maka aku gagahkan diri jugalah pergi.

Boleh tahan jugalah modul PPKP semester nih sebab seronok dapat berkumpul dengan kawan yang lama dah aku tak lepak. Lagi seronok sebab kita boleh tahu tentang perkembangan rakan - rakan lain dan ada perkara yang kita baru dapat tahu  tu kadang - kadang amat mengejutkan dan kejutan ini boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu sama ada terkejut kekaguman atau terkejut kehairanan dengan perubahan manusia sekeliling kita. Manusia memang cepat berubah cuma malangnya perubahan itu selalunya lebih ke arah negatif. Kenapa yer?

Aku tidak berasa pelik apabila seseorang itu yang dahulunya lantang bersuara dan menentang sesuatu perkara yang sangat - sangat tidak disukainya tetapi akhirnya perkara yang ditentangnya bermati - matian itu jugalah yang dilakukan oleh mereka tanpa rasa bersalah. Mungkin sebab sudah banyak individu yang berkelakuan sebegitu di hadapan aku jadi tak ada lagi rasa pelik atau ganji cuma perasaan kecewa itu memang tidak dapat dinafikan.




Memang betul kata segelintir manusia,"Jangan terlalu meletakkan kepercayaan terhadap seseorang atau jangan terlalu menyayangi seseorang itu dalam tahap yang terlampau - lampau". Ini kerana apabila terjadinya sesuatu masalah sememangnya ia akan menyebabkan suatu bencana yang besar dan dasyat berlaku. Tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan diluar nanti kerana semestinya situasi yang lebih dasyat bakal terjadi di hadapan aku kerana orang diluar sana sudah tentu terdiri daripada pelbagai jenis karakter dan sikap yang tidak mampu kita nilai hanya melalui mata kasar sahaja 




Haih! Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan nih? Biarlah aku sahaja yang tahu! Inilah kelebihan apabila aku mengalami selsema maka aku akan menaip mengikut kata hati dan akhirnya aku yang membaca sendiri post ini pun tak  faham apa yang aku cuba sampaikan. Hahahaha! Apabila hidung sudah bocor maka memang diri aku nih rasa tak keruan. Duduk pun tak selesa! Berdiri pun tak selesa! Apatah lagi baring atau mahu tidur! Senang cakap memang buat apa pun rasa tak kena jer.


Penat Bila Setiap Masa Bersituasi Begini


Mungkin sekarang musim orang selsema dan demam agaknya! Maka jagalah kesihatan korang yer! Okaylah! Bosan betul entry kali nih! Hahaha! Nantilah aku taip entry yang best - best sikit kalau ada masa! Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Celcom Sale
Jom Shopping Di Jipaban Sempena Tahun Baru Cina


P/S : PPKP Semester Nih Paling Aku Suka Sebab Jumpa Kawan - Kawan Lama.

26 ulasan:

  1. saye pun baru je baik demam ni..
    semoga cepat sembuh! ;)

    BalasPadam
  2. aduh!pnt nyer..tgk pon niesz da rs penat..hehe..

    BalasPadam
  3. selsema sgt menjengkelkan.
    tak selesa spjg mase.
    apa2 pon, slmt cepat semboh!!!
    XD

    BalasPadam
  4. Haha . tengok die bersin je dah penat ape tah lagi diri sendiri yg kene .

    Jom Join Contest Ni
    http://myungdae92.blogspot.com/2011/01/promosi-header-hanya.html

    BalasPadam
  5. menarik jgk video bersin ni.. hahaha

    BalasPadam
  6. get well hans..

    awat dah lama tak ke blog gua?

    gua dah vote hans, no 10.
    sila lawat2 ar blog gua.

    heeeeeeeeeee

    BalasPadam
  7. MODUL - perkara paling malas budak2 nak pergi, termasuklah aku..haha

    BalasPadam
  8. Hans, Ingatkan Bocor apa.. hehehe

    BalasPadam
  9. selsema...sgt tidak suka...keep in touch yer(bukn seng jd blogger baru)

    http://cintazulaikha-ummi.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. haihhh double meaning tajuk ni. haha. :)

    BalasPadam
  11. hidung bocor sumbatlah dengan tisu...malu la orang tengok.hiii..

    # # Jiwa kacau bilau !# #

    # # jika-aku-miliki-kamu !# #

    BalasPadam
  12. Aku pun kena selsema jugak malam tadik.. Nektok dah ok.. Mbak minum aek kosong byk2 jak time tok...

    BalasPadam
  13. makan obat selsema lol~ cpt2 beli kt pharmacy..nasib flu je..tak batuk skali..kalau batuk lg parah..

    BalasPadam
  14. "Jangan terlalu meletakkan kepercayaan terhadap seseorang atau jangan terlalu menyayangi seseorang itu dalam tahap yang terlampau - lampau"

    betul. everything must be in moderation.

    p/s: sorry dah lame tak menjenguk. X)

    BalasPadam
  15. huhuh..betul la..manusia cepat berubah :)

    BalasPadam
  16. selsema rupanya. wahh hebat ang kempen. mmg anda adalah readers choice, tp tunggu laa khamis dulu

    BalasPadam
  17. umm..umm... umm.. (ta paham..)
    hehee..


    http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/119-mari-manjakan-diri-dengan-mary-kay.html

    BalasPadam
  18. kte baru jew smbuh dari sesema.. huhu
    cpt2 smbuh ye jgn lpe makan ubat ;)

    BalasPadam
  19. Syukurlah, x jadi demam. agak saspen bile bangun pagi & sakit tekak;)

    BalasPadam
  20. tips : dulu ustaz aku bagitau kalo selalu bocor bila bangun pagi, tidur malam tu jangan lupa selimutkan dahi..

    aku cuba amalkan, alhamdulillah kalo time demam sejuk pun cepat je baiknya..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com