Rabu, 26 Januari 2011

Bruno Mars Concerts Live In Kuala Lumpur, Malaysia on 10 April 2011

Bruno Mars


Aku bukanlah jenis yang hebat dalam menghafal lagu - lagu tak kiralah lagu Melayu ker Omputih ker Jepun ker sebab aku lebih selesa mereka sendiri lirik lagu tetapi menggunakan muzik lagu yang telah sedia wujud. Senang cakap konon - konon macam hebat lah sebab boleh ingat lirik padahal entah apa - apalah perkataan yang aku sebut tu. Hahahaha!

Sebelum nih aku ada terdengar ura - ura yang penyanyi Bruno Mars nak datang Malaysia buat konsert tetapi tak tahu lagi bila. Entah! Tiba - tiba rasa macam teringin pula aku nak pergi walaupun aku tahu kalau aku dapat pergi dan tengok persembahan dia pun ibarat aku menonton semut jer sebab sudah semestinya tiket yang aku akan beli adalah antara yang termurah(macam tak murah sangatlah tiket dia) dan sah - sah lah jarak antara aku dengan dia sangat jauh. Hahahaha!

Sebab tadi member aku suruh pergi usha bila Bruno Mars nak datang Malaysia dan aku pun usha lah laman web dekat sini dan akhirnya dah tahu bila dia datang Malaysia.


Tarikh Konsert Bruno Mars Di Malaysia


Wah! Aku rasa tarikh tu macam waktu kesibukan yang sangat melampau jer sebab dah hujung - hujung semester kan? Hahaha! Tambah - tambah pula rasa - rasa sumber kewangan pun macam dah tahap nazak dah barangkali jadi nampaknya mungkin aku terpaksa lupakan niat untuk menikmati suara Bruno Mars. Hohoho! Tengoklah macam mana! Tiba - tiba ada orang sponsor ker kan? Memang aku pergi lah! Hehehe! Okaylah! Nak merehatkan minda kejap! Bye!


36 ulasan:

  1. kalau murah nak gak tengok :)

    BalasPadam
  2. betol2..hujung sem...
    mst bnyk keje...
    hahhahhahah

    BalasPadam
  3. Berapa harga tiket? Macam best jak.. Aku sik pernah gik nak pergi mana2 konsert sebelum tok...

    BalasPadam
  4. Berapa harga tiket? Macam best jak.. Aku sik pernah gik nak pergi mana2 konsert sebelum tok...

    BalasPadam
  5. Wah..beshnya...kalau tiketnya murah mesti Kiz leh g ni..tapi nampak gayanya..tunggu org kuar video kat You Tube je la gamoknya..

    Jom sini,
    Minum air masak anda jadi sihat dan kuat

    BalasPadam
  6. kalau betol2 nak pergi kena buat saving dari sekarang la jawabnya

    BalasPadam
  7. siapalah yang baik hati nk sponsor agknye eyk? huhu..

    BalasPadam
  8. uihh, mmg suka bangat ngn his voice...nk g nk g

    BalasPadam
  9. wah...nak pegi gak!!..jom hans kite menabung dari skrg..hahaha

    BalasPadam
  10. concert bruno mars??wahh!!nak pegiiiii!! hans sponser tiket la 1.haha

    BalasPadam
  11. ai budak tacing..aku dah ziarah blog ko nih..tacing g tak?

    BalasPadam
  12. bruno mars tu sape... dr plnet marikh ke...
    saya cuma kenal m.daud kilau je.

    ok.bai.ngee

    BalasPadam
  13. mmg tgh sengkek masa tu.. hehe..

    BalasPadam
  14. jom g rmai2 hans belanja..kuikui

    BalasPadam
  15. aku jeles dgn sapa2 yg pergi tu.. huhuhuhu.. napa la bulan 4 yg dia nk datang.ish.

    BalasPadam
  16. sory la tak kenal plak bruno ni..huhu.. tapi bagus gak, datang sini terus tahu.. :) tq

    BalasPadam
  17. tak pernah g lagi konsert besar2an..

    jom heboh ada ar.
    heeeee

    BalasPadam
  18. huh..ak taw satu jer lagu dia...
    so tanak pegi ehehehe

    BalasPadam
  19. tak kenal pun mamat ni tapi siyezly macho! hiii..

    kalau kat area ganu maybe pegilah kot..hihi ;)

    BalasPadam
  20. hmmm..dengar kat radio je la kot..

    hans..vote me can aaa klau sudi la
    http://www.cstproduction.blogspot.com/ klik untuk entri 86..tq

    =)))

    BalasPadam
  21. serius shit it will happen??aku kene bli la weh..nk plok burno mars..aarrrghhhh

    BalasPadam
  22. bruno mars ni sapa plak ni? aku xpnh dgr pun nama dia yg aku thu justin biber jer.. hehe

    BalasPadam
  23. hujung sem maksudnya musim "kering" dah sampai. kih3

    BalasPadam
  24. samaela kite...aku pon xsuke nak hafal lirik ni..

    BalasPadam
  25. apesal ade yg tak kenal bruno mars ni? lagu jiwang just the way you are pun tau tau ke?

    BalasPadam
  26. fav aku nih. wowowow. berapa tiketnye?

    ehh lama tak nmpk blogwalking, haha.

    BalasPadam
  27. cari la sponser dik...he.

    BalasPadam
  28. Waah..Manusia Dari Marikh la!!

    Tapi aku tak berape ade wang la tuk beli tiket yang paling murh pun..

    BalasPadam
  29. aduh pakcik tak kenal la...terasa tua ngat dah aku ni...

    BalasPadam
  30. tiket paling murah rm122 rm 150 rm2..

    BalasPadam
  31. Hotmail ada free ticket! Kena join contest untuk menang. http://www.savesocialenergy.com/brunomars_my.aspx

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com