Isnin, 10 Januari 2011

Jawapan Merepek Hans Tentang Anda..Jom Lihat Anda Yang Mana Satu!

Pada entry sebelum nih aku sudah menyatakan tentang satu permainan suka - suka yang aku buat berdasarkan sumber ilham daripada facebook yang pernah dimainkan oleh beberapa orang kawan - kawan aku. Tetapi, jawapan aku nih bukanlah serius sangat dan kalau ada terlebih atau terkurang tu harap dimaafkanlah dan jangan pula kecil hati yer.

Baiklah! Terdapat 35 blogger yang sudi meninggalkan komen untuk mengetahui pandangan  merepek dari aku sendiri terhadap mereka dan blog mereka. Lagi sekali diingatkan bahawasanya aku pun bukanlah hebat mana dan ini cuma pandangan peribadi aku sahaja.  Saja suka - suka! Hohoho! Apa yang baik silalah ambil dan jika rasa buruk tolaklah ketepi yer. Okay! Selamat membaca pandangan aku tentang diri kamu semua.


 Sumber : Disini


1. Nama Samaran : Dahi Jendul
Saya Rasa Anda : Sebiji Ceri
Blog & Kamu : Blog yang kemas dan teratur. Entry yang ringan dan pendek tetapi seronok dibaca. Cuma mungkin terlalu banyak warna pink dan menjadikan blog kamu sedikit suram. Mungkin boleh ceriakan blog kamu dengan mempelbagaikan penggunaan warna pada tajuk entry atau link list kamu. Kamu seorang yang agak peramah di facebook dan senang dibawa untuk berbincang atau meminta pertolongan. Terima kasih untuk itu.


2. Nama Samaran : Mel2
Saya Rasa Anda : Seorang Rockers
Blog & Kamu : Blog kamu juga kemas dan tersusun. Loading pun ringan. Entry juga pelbagai. Enjoy baca blog kamu selama ini. Kamu mungkin seorang yang gila - gila remaja.


3. Nama Samaran : Budak Sepet
Saya Rasa Anda : Sin Chan Versi Baik
Blog & Kamu : Blog yang cun, berinformasi dan menarik! Memang cool! Layannnn! Seorang yang agak matang jika dibandingkan dengan usia kamu tetapi ada juga gaya penulisan kamu yang masih menunjukkan bahawa kamu masih seorang yang muda. Apa - apapun, memang membanggakan kerana kamu bijak mengambil peluang dan memanfaatkan blog bermula dari usia yang muda. Tahniah!


4. Nama Samaran : Gila Pink
Saya Rasa Anda : Sebiji Durian
Blog & Kamu : Simple dan kemas. Entry yang kadang - kadang agak berani untuk menyatakan pandangan anda tentang perkara - perkara yang anda tidak suka lakukan. Saya sukakan keberanian itu. Kamu seorang yang berani untuk menyatakan benda - benda yang negatif tentang orang yang sejantina dengan anda.


5. Nama Samaran : Superman Supergirl
Saya Rasa Anda : Power Rangers Merah Jambu
Blog & Kamu : Kemas dan teratur juga. Entry lebih berkisar tentang kehidupan kamu. Saya suka kerana entry kamu selalunya akan diselitkan gambar seperti mana entry saya. Jadi, mata tidak penat membaca. Nice! Kamu seorang yang mempunyai pelbagai karakter dan bercita - cita tinggi!


6. Nama Samaran : Diya Carrot
Saya Rasa Anda : Peminat Setia Warna Merah Jambu
Blog & Kamu : Sebab header blog awak ada makanan maka saya suka. Hehehe! Kalau boleh letakkan gambar pada setiap entry kamu untuk menceriakan mata ketika membaca. Tentang kamu pula saya tak pasti kerana kurang mengenali karakter kamu! Maafkan saya!


7. Nama Samaran : MoKA
Saya Rasa Anda : Seorang Pensyarah
Blog & Kamu : Kalau boleh entry jangan terlampau panjang. Cuba padatkan kerana kebarangkalian untuk seseorang membaca hingga habis entry kamu agak susah. Tetapi, entry - entry setakat nih memang menarik dan info serta tips yang diberi juga sangat berguna. Kamu seorang yang tidak memaksa diri  sendiri dan bila melakukan sesuatu perkara itu pasti kamu akan cuba melakukannya sehabis baik yang kamu mampu. Seorang yang juga peramah dan baik hati. Agak merendah diri orangnya.


 Sumber : Disini


8. Nama Samaran : Crescendo
Saya Rasa Anda : Sukar Diramal
Blog & Kamu : Entry yang sangat ringkas dan setiap entry selalunya ada gambar. Tetapi, setiap entry menarik dan ada kekuatan tersendiri! Teruskan usaha yer! Tentang kamu pula saya tak pasti kerana kurang mengenali tentang karakter kamu. Maafkan saya!


9. Nama Samaran : Nenek Muda Lagi Baik
Saya Rasa Anda : Cikgu Sekolah
Blog & Kamu Entry yang pelbagai,ringkas dan mempunyai gambar - gambar yang menarik di setiap entry. Bahasa yang digunakan juga agak lembut dan menarik. Kamu seorang yang cuba untuk kelihatan matang berbanding usianya.


10. Nama Samaran : Ming Sepet
Saya Rasa Anda : Guru Disiplin
Blog & Kamu : Suka gaya bahasa anda pada setiap entry anda! Cool sebab jika entry anda itu bersifat kemarahan mesti sampai kepada saya melalui pembacaan saya pada entry kamu dan begitulah sebaliknya. Kamu seorang yang kelihatan sempoi tetapi garang...Hahaha! Boleh ker cakap macam nih?


11. Nama Samaran : Mish Alstonia
Saya Rasa Anda : Suka Windows Shopping
Blog & Kamu : Kalau boleh buang widget yang tak perlu. Entry menarik dan disokong oleh gambar - gambar yang juga menarik. Kamu mungkin seorang yang gemar bershopping. Hahaha!


12. Nama Samaran : Jai
Saya Rasa Anda :.Kaunselor Sekolah
Blog & Kamu : Menarik dan entry yang pelbagai daripada tutorial, pandangan peribadi dan sebagainya. Blog yang menarik dan mampu membantu blogger - blogger lain. Kamu seorang yang agak peramah dan juga suka bertanya


13. Nama Samaran : Dark Cokelat
Saya Rasa Anda : Seekor Burung
Blog & Kamu : Entry - entry kamu yang pernah saya baca sebelum nih memang menarik. Kamu ada cara kamu sendiri. Teruskan! Saya baru mengenali kamu dan rasa - rasanya kamu seorang yang baik sahaja. Hehehe!


14. Nama Samaran : Si Kecik Petah
Saya Rasa Anda : Daun pisang
Blog & Kamu : Blog kamu menenangkan mata saya. Mungkin kerana warna hijau itu memang menarik kerana selalunya gadis - gadis akan menggunakan warna pink pada blog mereka. Entry kamu juga okay cuma kalau boleh jika entry kamu ditaip panjang jangan lupa selitkan 1 atau 2 keping gambar yer. Saya tidak pasti tentang karakter anda. Maafkan saya!


Sumber : Disini


15. Nama Samaran : Go Mi Nam
Saya Rasa Anda : Pencinta Kucing
Blog & Kamu : Seronok baca entry kamu kerana ringkas tetapi padat dan agak menarik. Cuma kalau boleh cuba jadikan blog kamu lebih fokus pada sesuatu perkara yang kamu betul - betul suka. Saya rasa anda sukakan kucing! Sebab ada gambar kucing di blog kamu! Hahaha!


16. Nama Samaran : Duda Terlampau
Saya Rasa Anda : Seorang Askar
Blog & Kamu : Blog kamu menarik kerana banyak berkisarkan isu - isu semasa juga tentang diri kamu. Susunan blog yang kemas. Moga sentiasa berjaya dalam dunia blog ini. Kamu seorang yang berani dan senang untuk dijadikan kawan. Gembira dapat mengenali kamu di dunia blog ini.


17. Nama Samaran : Chempaka Sari
Saya Rasa Anda : Plastisin
Blog & Kamu : Saya rasa anda bijak memanfaatkan warna pink di dalam layout blog anda. Cantik! Kemas! Menarik! Entry yang juga hebat! Teruskan usaha anda! Kamu seorang yang aktif dan lasak.


18. Nama Samaran : Food Maniac
Saya Rasa Anda : Leonardo Da Vinci
Blog & Kamu : Blog anda masih barukah? Melihat pada jumlah entry anda kelihatan masih baru tetapi gayanya seperti sudah lama berblog. Saya suka layout blog anda. Menarik, kemas dan ada grafik yang bergerak. Jadi, selamat berblog dan jangan taip entry panjang - panjang sangat(padahal gua pun taip panjang juga). Hehehehe! Saya rasa anda seorang yang sukakan pada seni. Betulkah?


19. Nama Samaran : Duta Produk
Saya Rasa Anda :  Seorang Doktor
Blog & Kamu : Tak tahu kenapa! Entry blog kamu mesti saya baca sampai habis! Ada aura disitu! Moga sentiasa berblog dengan lebih kerap. Hehehe! Anda seorang yang sangat selamber dan tak suka marah - marah. Senang cakap cool jer dan suka menjadi mangsa buli aku. Haha!

20. Nama Samaran : Musang Merah
Saya Rasa Anda : Pelangi
Blog & Kamu : Gambar menerangkan segala - galanya. Entry kamu menarik dan teruskan dengan ini. Blog kamu memang best! Kamu seorang yang ceria dan suka ketawa.


21. Nama Samaran : Anon
Saya Rasa Anda : Hollow Man
Blog & Kamu : Tiba - tiba aku jatuh cinta pada blog kau! Macam mana nih? Hahaha! Walaupun nama anon boleh membuatkan seseorang fobia tapi blog anda menariklah anon! Kreatif dan menarik! Semoga berjaya yer dan jadilah anon yang baik. Hehehe! Anda seorang yang menakutkan sebab nama anda Anon. Hahaha! Sebab anda anon maka semestinya anda seorang yang perahsia di dunia blog ini. Kan?


Sumber : Disini


22. Nama Samaran : Coracobrachialis
Saya Rasa Anda : Pakar Diet
Blog & Kamu : Rasa - rasanya semua dah okay. Entry bagus dan disertakan juga dengan beberapa gambar. Kira okaylah! Tak ada - ada pun nak dikomen. Semoga sentiasa berblog. Mungkin anda seorang yang kuat makan. Hahaha!


23. Nama Samaran : GF Kim Hyun Joong
Saya Rasa Anda : Biskut Chipsmore
Blog & Kamu : Semuanya sudah okay cuma kalau boleh tukarkan jenis font tulisan supaya lebih mudah untuk dibaca. Kamu seorang yang baik dan rajin dalam berblogwalking. Teruskan usaha anda.


24. Nama Samaran : Gransazer Puak Air
Saya Rasa Anda : Sebatang Pen
Blog & Kamu : Entry kamu seronok juga dibaca. Kadang - kadang lucu. Kadang - kadang ganas. Hohoho! Mungkin kamu seorang yang suka bercerita.


25. Nama Samaran : Chom
Saya Rasa Anda : Sebuah Kalendar
Blog & Kamu : Seronok baca blog kamu. Mungkin sebab kisah zaman remaja memang menyeronokkan dan kamu pula masih bersekolah. Jadi, bila baca maka teringat kisah - kisah zaman belajar dulu. Semoga sentiasa berblog.


26. Nama Samaran : Kaizen
Saya Rasa Anda : Kanta Pembesar
Blog & Kamu : Blog yang best! Paling seronok bila baca tentang isu - isu agama dan negara di blog kamu. Sangat terperinci, mengajak berfikir dan tidak bias. Semoga sentiasa berblog. Anda seorang yang suka menyakat dan juga senang meminta maaf.


27. Nama Samaran : Analiya Buyani
Saya Rasa Anda : Seorang Jururawat
Blog & Kamu : Semua dah okay dah. Susunan kemas. Entry pun menarik. Cuma kalau boleh kecilkan gambar - gambar di sidebar sebelah kanan supaya nampak lebih kemas.


28. Nama Samaran : Gaban Gagah
Saya Rasa Anda : Sebatang Lilin
Blog & Kamu : Walaupun entry kamu ditulis dalam percakapan orang Sarawak namun saya suka membaca dan saya boleh katakan saya faham sebenarnya cuma tak tahu macam mana nak tulis balik dalam bahasa Sarawak jer. Hehehe. Apa - apapun, kamu seorang yang tidak kedekut ilmu dalam memberi makna - makna perkataan - perkataan yang diungkapkan orang Sarawak. Terima kasih.



Sumber : Disini

29. Nama Samaran : No One Know
Saya Rasa Anda : Udara
Blog & Kamu : Blog kamu ada sesuatu yang istimewa yang saya tak pasti tapi disokong kuat oleh gambar - gambar yang kamu letak. Semoga terus berblog.


30. Nama Samaran : Firefly
Saya Rasa Anda : Kamera
Blog & Kamu : Saya suka blog kamu sebab utama layout. Rasa seperti memandang langit yang penuh bintang. Entry kamu pun okay juga. Senang cakap layout blog kamu memang membuatkan blog kamu sangat menarik. Teruskan berblog.


31. Nama Samaran : Kardashian
Saya Rasa Anda : Aiskrim Paddle Pop
Blog & Kamu : Kalau entry kamu panjang silalah letak sekeping dua gambar supaya mata boleh direhatkan sekejap. Tetapi, cara kamu menulis memang menarik dan enjoy bila membaca. Teruskan berblog.


32. Nama Samaran : Kek Lapis
Saya Rasa Anda : Seekor Ketam
Blog & Kamu : Blog kamu dah best dah! Saya tak tahu nak komen apa. Semua okay jer di mata saya. Teruskan berblog.


33. Nama Samaran : Wan Gerrard
Saya Rasa Anda : Seekor Lebah
Blog & Kamu : Sangat suka blog kamu bila mahu merujuk pada pasukan bola sepak kegemaran. Walaupun prestasi pasukan tak berap baik dan malam ini pula bertemu M.U tapi insyaallah boleh menang. Teruskan menyokong pasukan ini. Kamu seorang yang baik selama saya kenal


34. Nama Samaran : Mutiara
Saya Rasa Anda : Sebuah Buku
Blog & Kamu : Saya rasa blog kamu okay jer dan banyak juga ilmu terutama tentang agama Islam yang saya dapat daripada blog kamu. Teruskan menaip entry - entry yang berilmiah sebegitu yer.


35. Nama Samaran : Bella
Saya Rasa Anda : Bunga Orkid
Blog & Kamu : Tak tahu nak komen apa sebab bagi saya blog kamu okay jer. Tak ada apa - apa masalah pun. Ceria dan menarik. Teruskan berblog yer!


 Sumber : Disini


Jadi, terima kasihlah kepada semua 35 orang blogger ini yang sudi meletakkan nama samaran dan link di ruangan komen untuk entry sebelum ini. Moga anda gembira dengan jawapan yang telah diberikan oleh aku yer. Salah silap harap dimaafkan dan janganlah ambil hati. Mungkin anda tertanya - tanya apa maksud SAYA RASA ANDA tersebut bukan? Itu sebenarnya simbolik tetapi hanya pada pandangan saya lah dan hanya saya yang tahu. Hehehe! Yang pasti semuanya itu tidak bermaksud perkara yang tidak baik.

Tahniah Kepada Ana Raffali Kerana Menjadi Juaral AJL Kali Ke-25

33 ulasan:

  1. thanks bro
    segala pandangan diterima dengn hati terbuka,hak3

    pasal blog tuh, rmai yg dh ckp cam tu
    tp, still rigid to my own style
    sooner or later maybe blh ubah kot,
    but quite difficult
    hopefully blh la try style lain plak

    once again, thanks for your comment

    BalasPadam
  2. watak dalam cite he's beautiful pown ade??? haha~

    BalasPadam
  3. hans hans hans :))
    tQ :)
    hehehe

    BalasPadam
  4. sempoi tapi garang? hahaha.. ok..thanks..^^

    BalasPadam
  5. wah,,, terus dapat jwpan. PANTAS! hehe :D

    tengs :)

    BalasPadam
  6. kenapa aku terlepas pasal ni..tak terletak nama eh..haha..kalau tak mesti kau kata aku limau mandarin kan hans...huhu

    BalasPadam
  7. hahha..baikla..terima je...:D..thanks anyway

    BalasPadam
  8. alhai..
    terlepas segmen ni..
    eheheh

    BalasPadam
  9. thanks hans...agak betul..tp xtau lah kalo awak tgk profil saye =P

    BalasPadam
  10. Entri menarik..:D

    Cayalah Ana Raffali...


    Jepun Vs Melayu

    BalasPadam
  11. thank you ~ :DD

    woo, mesti penat nak jenguk 35 blog. hihi. great effort! \m/

    BalasPadam
  12. bagus juga dapat tahu apa pandangan semua mengenai blog kita kan

    BalasPadam
  13. haha..thanks hans... utk suka2 kan...

    BalasPadam
  14. wah..

    bila ni hans ??

    syuwai t'lepas nak join..huk2x

    BalasPadam
  15. Ana Rafalli rocks! ehh.. Thanks for the compliment.. Terharu gak aku dengar jawapan begitu.. haha.. Thanks again...

    BalasPadam
  16. salam,
    hans... bila pulak ada segmen ni... huhu terlepas lah weii... hehe

    BalasPadam
  17. hoho pandai ek ko hans....tabik spring sikit! kekeke.....shuka2...thanks

    BalasPadam
  18. terlepas sudah..apa pn , hans nie boleh jd tukang tilik kot or seorg kaunselor...he.he.he.....

    BalasPadam
  19. hans...buat la lagi.dah terlepasss.hahaha

    BalasPadam
  20. keh3..(asl aku gelak??..0,0 )..well,mekacih.. =)

    BalasPadam
  21. haha...dah baca dah...trimas! trimas! =)

    BalasPadam
  22. thax .
    insyaAllah akan dibaiki :)

    BalasPadam
  23. catatan untuk blog sy pula? hahhaha

    BalasPadam
  24. kui3.. baru dpt baca nih :P

    thanks hans ;))

    BalasPadam
  25. mengapa tidak:)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com