Selasa, 1 Februari 2011

Krisis Di Mesir : Syukurnya Aku Malaysia Masih Lagi Aman

Ramai betul blogger memperkatakan tentang isu ini d blog mereka. Seronok bila dapat membaca entry yang penuh dengan fakta kejadian dan kronologi. Aku memang terasa sedikit pelik apabila siaran televisyen melaporkan nasib pelajar dan rakyat Malaysia di sana dalam keadaan selamat sedangkan aku ada juga terbaca berita tentang 'pembebasan' beratus - ratus banduan di sana secara haram oleh para perusuh barang kali. Aku kurang pasti.




Kemudian, ada juga terbaca tentang nasib rakyat Malaysia disana terutama pelajar yang rumah mereka dirompak, dipecah masuk hinggakan ada juga berita mengatakan pelajar dirogol. Sangat menakutkan dan amat menyedihkan apabila perkara ini berlaku kepada pelajar - pelajar kita yang tidak berdosa. Dengarnya lagi setiap jalan raya disana kini dipenuhi penjenayah yang bersenjata. Tiada lagi pasukan polis. Yang ada cuma pasukan tentera. Bangunan dan kedai dibakar. Senjata dicuri dan sebagainya. Patutnya krisis ini dipanggil Hari Kemarahan untuk rakyat Mesir @ Egypt.




Ada orang yang pelik kenapa Hosni Mubarak masih tidak mahu meletak jawatan walaupun tak silap aku sudah 3 dekad dia memegang tampuk pemerintahan. Bagi aku, rasanya aku tak lah berasa pelik kerana aku faham dia tidak mahu meletak jawatan semestinya kerana pangkat dan wang. Tetapi, semestinya aku kecewa kerana gara - gara sistem pemerintahan yang diamalkan oleh beliau telah mengakibatkan semua kemelut ini berlaku dengan begitu teruk sekali tanpa mampu dikawal.

Alhamdulillah, negara kita Malaysia masih lagi aman sehingga kini walaupun kadang - kadang ada juga sedikit badai yang melanda. Aku harap seluruh rakyat Malaysia daripada pemimpin atasan hinggalah kepada rakyat bawahan agar mengambil iktibar daripada hal ini. Sesungguhnya untuk mendapatkan keamanan itu memerlukan masa yang cukup lama dan selalunya tidak berkesudahan tetapi untuk memusnahkannya tidak perlu masa bertahun - tahun. Cukup hanya dengan sedikit masa yang pendek saja mampu menghancurkan keamanan yang wujud selama berdekad - dekad ini.

Jadi, sayangilah negara kita seadanya. Berubahlah demi kemakmuran dan keamanan semua daripada golongan atasan iaitu pemimpin hinggalah kepada rakyat. Moga negaraku Malaysia aman sentiasa. Amin!

21 ulasan:

  1. amin... harap2 negara kita akan sentiasa aman dan pelajar2 negara kita disana selamat..

    BalasPadam
  2. mula2 risau sebab sedara ada kat sana,n nasib baik time tu dia ada lawatan kat jordan...

    BalasPadam
  3. minta dijauhkan lah dari benda ini..

    BalasPadam
  4. ade y selamat ade y x selamat hans...

    BalasPadam
  5. rmi2 member ak kat mesir, dah beli tiket balik, buat study leave.

    BalasPadam
  6. subhanallah..sy amat cuak skg..mai kwn sy kat sna..lost contact abis..hrp2 diorg slmt..

    BalasPadam
  7. moga selamat weh
    aku kalau jadi pelajar2 dkt sana pun sah sekarang mati kutu...
    tak tahu dah nak buat apa

    tadi tgok buletin utama
    secawan kopi nak dekat RM100 ke apa entah
    bapak gila mahal...
    dasyat tul

    BalasPadam
  8. setuju hans...syukurlah dengan apa yang kita ada kan....sekelip mata nikmat boleh hilang kalu kita lepaskan dengan segaja ...so perlu peka dan jaga ...

    BalasPadam
  9. kesiannya tgk berita...kat mesir, mg sume cptla selamat

    BalasPadam
  10. berdoa agar kita dijauhkan dengan perkara2 sedemikian....

    http://johanjuara.blogspot.com/2011/01/hujan-bilakah-nak-berhenti.html

    BalasPadam
  11. ada kawan dekat sana.
    harap2 okay laa grr

    BalasPadam
  12. waaupon aku tak der kawan kat sana tapi harap semuanya selamat....selamat ker? ish! dah kes bahaya tu...
    syukur negara kita tak jadi macam tu.

    BalasPadam
  13. bersyukur jugak tinggal kat Malaysia nih. bertuah setiap orang yang tinggal kat sini.

    BalasPadam
  14. bersyukur lah kita.. dimana kita berada sekarang..

    BalasPadam
  15. akak skluarga dlm kerisauan krn adik n 4 org cousin belajar dlm bidang perubatan kt sana.....dan sorg pakcik pn sdg trperangkap...mmg xleh nk hubungi..bekalan wang dh kurg cz dh xleh nk bank draf n harga mknan melambung tinggi...doakan mrk semua selamat...amin....

    walahaulawala quwatailla billahil aliyil azim 20x

    http://4fn1mn.blogspot.com/2011/01/risau.html

    BalasPadam
  16. Semuga rakyat n pemimpin negara kita ambil ikhtibar dg apa yg berlaku di mesir skrg.semoga rakyat msia di sana selamat.amin........

    BalasPadam
  17. sangat b'syukr sb berada di malaysia.. ^^

    BalasPadam
  18. mudah2an pemimpin kita mengambil iktibar daripada kejadian ini.

    BalasPadam
  19. erm...najib sama jer dengan hosni tue...
    Hosni tue ahli2 yahudi..so,dyer kesah aper...
    duit,pangkat wang..itu jer yg dyer twu...
    Malaysia ??..xtwu la..pemimpin pon dah mkin teruk2...
    Duit rkyat dia kebas..minyak naik..pastue suma barang naik harga..pandai btol pM kita yea...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com