Selasa, 11 Januari 2011

Popularnya Si Hans Sampai Akak Nasi Ayam Pun Kenal Dia...Hahaha!

Betul lah seperti kata ramai orang bahawasanya blogger si Hans tu memang popular. Siap akak dekat kedai makan tu pun dah kenal dan tahu dah apa yang si Hans nih nak makan - Nasi Ayam. Baik! Mari ramai - ramai ambil plastik atau baldi dan muntah beramai - ramai yer. Hahahaha! Sebenarnya saja jer merepek kejap dekat perenggan nih.


 Logo Popular Pun Boleh..Hehehe


Cuma tadi waktu aku pergi kedai nak beli nasi ayam buat pertama kali pada tahun nih tiba - tiba akak tu nampak aku dari jauh terus jer dia tegur sambil senyum,"Hah! Nak nasi ayam kan?" Dah selalu aku beli nasi ayam jer dekat situ memang sah - sah lah dia tahu apa aku nak. Hohohoho!

Ramah pula akak tu berborak dengan aku. Aku seronok sebab akak tu mesti bagi murah harga nasi ayam kalau aku beli waktu dia ada. Seronoknya! Okaylah! Harga nasi ayam yang aku beli tadi tu RM4. Kalau dekat kedai lain mungkin RM3.50 atau RM4.50 atau RM5.00 atau lebih mahal dari itu. Bergantung kepada kategori kedai atau restoran yang korang belilah.


Nasi Ayam Mengajar Saya Mencintai Tomato


Apabila dibandingkan dengan harga 10 tahun dahulu memang banyak perbezaannya. Dulu makanan murah - murah kut. Aku ingat lagi sebab aku memang selalu juga makan luar masa sekolah - sekolah dulu. Nasi ayam harga RM2.50 jer pun. Macam dulu aku dekat Perlis siap ada kedai jual nasi ayam dengan harga RM1.50. Hahaha! Gila murah kut!

Tapi, biasalah kan! Nilai wang Malaysia nih semakin kecil dan asyik berlaku kenaikan harga barang jer hinggalah akhirnya harga nasi ayam meningkat diantara RM2 hingga RM3 dalam tempoh 10 tahun nih. Jadi, jangan terkejut jika 20 tahun akan datang harga nasi ayam mungkin mencecah RM10 untuk sebungkus. Hehehehehe! Senang cakap jika mahu berjimat belilah barang dapur dan masaklah sendiri. Lebih afdhal dan kebersihan juga tidak diragui!

Jadi, tak kira lelaki mahu pun wanita marilah ramai - ramai kita menuntut ilmu masakan di dapur. Yang perempuan jangan fikir bila anda memasak maka status anda yang mempunyai kelulusan atau jawatan yang tinggi itu jatuh kerana memasak adalah satu kebolehan dan suatu tarikan yang istimewa jika anda pandai memanfaatkannya. Manakala si lelaki pula jangan berfikir bila anda masuk ke dapur maka kejantanan anda akan hilang serta merta kerana memasak sebenarnya mampu membantu anda lebih berdikari, berjimat dan mungkin juga satu peluang kerjaya yang baik untuk anda dimasa akan datang. Siapa tahu kan?



Baiklah! Mahu makan nasi ayam yang dibeli tadi! Bye Bye!

39 ulasan:

  1. regular customer,memangla kenal.. hoho..ak br nak cari baldi tadi. keh keh keh..

    lapa tgok nasi ayam tu.. ~

    nak suh bakal suami la belajar masak.. kuang3.. XD

    BalasPadam
  2. ak pun lunch kat kedai nasi ayam td
    rm5 sepinggan, tp terbaik la.BEST!

    Kena blaja masak nasi ayam resepi sendiri ni

    BalasPadam
  3. sy hari2 mkn nasi ayam..ayam pun dh naik boring tgok muka sy...

    BalasPadam
  4. bestnya kalau lelaki pndai masak..huk2x

    BalasPadam
  5. hehehehe..ingat makcik tue komen kat belog hans yg popular nie td..hehe =D

    BalasPadam
  6. besh3!..saya pon mmg suke mkn nasi aym..ari2 mkn pon xbosan kan..dlu mse kat kolej pon mmg dikatakan selalu mkn nsi ayam ni sampakan kwan y teman lak y jdi bsan,haha2!...

    BalasPadam
  7. laki pandai masak?ouch sweet.hehe.

    BalasPadam
  8. nasi ayam best..blanja arr...hehe

    BalasPadam
  9. hoho..baru lepas makan nasi ayam jugak... =)

    BalasPadam
  10. rasa cam makan kedai lg senang je dr masak...ahahahah~~~

    BalasPadam
  11. aduh~~~ terliur plak tgk gmbr nasi ayam.. mlm ni nak wat nasi ayam gak la ;)

    BalasPadam
  12. waa~
    ni yg rasa nak mkn nasi ayam.

    :)

    BalasPadam
  13. Mak ai.. ingtkn popular habis.. rupenye pelanggan tetap.. tapi ok la tu.. kire popular lah.. so skarang kene panggil "hans popular".. hikhikhik

    BalasPadam
  14. nasi ayam mmg best klu kena yg sodap

    dan tomato pun sedap bila kita sudah cinta..hehe

    BalasPadam
  15. Nasik ayam..sedap...suka yang kukus punya !

    BalasPadam
  16. perempuan memang wajib kena pandai masak. kalau tak, laki pun angkat kaki. heeee

    BalasPadam
  17. Hans, nnt cari bini pandai masak nasi ayam..he3

    BalasPadam
  18. pelanggan tetap ke calon menantu mak cik nasi ayam tu dik...

    BalasPadam
  19. nasi ayam,,,kat sini 2,30 je,,,sedap,,hehe

    BalasPadam
  20. saja komen sbb ikut syarat2 GA...hahaha

    jom join GA ni

    http://www.izamirridzwan.com/2010/12/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

    BalasPadam
  21. pi try nasi ayam jayati sec 13, blkng tesco extra..

    BalasPadam
  22. dedin makan nasi lemak ayam
    sebungkus 60 sen ja
    murah gila

    BalasPadam
  23. terasa lapar pulak tengok nasi ayam ni.huhu

    BalasPadam
  24. ceyt, tipah tertipu. haha.
    mmg la kenal, aduhai.

    BalasPadam
  25. Jangan lupa baca bismillah yer.. haha..

    BalasPadam
  26. mari beramai2 belajar masak nasik ayam.. haha :S

    BalasPadam
  27. selamat malam

    datang ziarah rakan yang saya follo

    BalasPadam
  28. erkkk... sampai sekarang x suka tomatooo....

    BalasPadam
  29. bila nk belanja nasi ayam nih...
    dah kata murah kan kalo akak tu ada hehe

    BalasPadam
  30. dah lame x makan nasi ayam...huhu

    BalasPadam
  31. Hoho..kalau pergi kedai nasi ayam memang le orang tu tau. Kui3..
    Cuba ini pula :
    Babak standard dalam drama

    BalasPadam
  32. hans ni ada penarik atau aura kot itu yg dapat rega murah ..hehehe

    BalasPadam
  33. akak nasi ayam penyek kenal x..hehehe..

    BalasPadam
  34. ingatkan akak tu kenal sebab selalu baca blog hans.. hehe.. :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com