Isnin, 3 Januari 2011

Rasa Macam Nak Cakar Jer Bontot Dia

Alhamdulillah! Perjalananan dari Alor Setar ke Shah Alam dengan menggunakan perkhidmatan Bas Sani Ekspress berjalan dengan cukup lancar dan selamatnya. Perjalanan yang bermula pada pukul 11.40 malam itu berakhir pada pukul 5.50 minit pagi.

Sebelum perjalanan aku dah hantar 3 sms untuk 3 orang budak rumah aku supaya jemput aku dekat stesen bas seksyen 17. Hohoho! Tak sangka aku cuba miscall seorang budak rumah aku iaitu si Fizi dan tak sangka terus berjawab. Hohoho! Terima kasihlah susah payah jemput aku! Sampai jer dekat rumah walaupun sebenarnya penat tetapi sebab bilik berdebu dan tak tahu siapa yang buka tingkap maka terus aku capai penyapu dan bersihkan satu bilik.




Memang tak sempat nak tidur pun. Dah dalam bas tadi tidur kejap - kejap jer. Lepas tu terus bersiap - siap nak pergi kelas pukul 8.30 pagi dekat Menara. Malas betul! Patutnya hari Isnin pakai formal tapi tadi aku pakai jeans dengan kemeja kotak - kotak sebab kemeja formal aku tu macam dah ketat. Hahahahahaha! Minggu depan muat balik lah tu agaknya! Kekekeekeke!

Alhamdulillah! Terima kasih lagi kepada bebudak rumah yang tak silapnya Fizi dan Khairul sebab tolong hidupkan enjin motosikal aku sepanjang peninggalan aku selama 2 bulan nih. Kalau tadi baru nak hidupkan alamatnya tak kekelas lah aku! Hahahaha! Tapi, yang geramnya nih sebab tempat duduk motosikal aku dah berubah menjadi buruk!




Aku mula - mula terfikir adakah sebab air titisan ker apa sampai jadi buruk macam tu. Rupa - rupanya cakaran daripada kucing. Huh! Tadi aku nampak ada seekor kucing sedap tidur atas kereta. Mungkin kucing tu! Ikut hati macam nak cakar jer balik bontot dia. Geram punya pasal. Hahaha!

Kelas macam biasa! Masih lambat panas! Setengah budak kelas masih tak datang. Hohoho! Pensyarah tadi okay jer lah! Tak dapat nak nilai lagi sebab baru kelas yang pertama. Tadi pergi makan dekat Redone. Mula - mula nak makan dekat Umi. Dah duduk siap order air tapi tak jadi. Aku tengok banyak lauk tapi tak ada selera nak makan. Akhirnya, ambil nasi dengan sayur jer sampai kawan - kawan tegur aku diet ker apa. Hahahahaha!




Apa - apapun, sekarang Shah Alam sedang dilanda hujan ditambah guruh dan kilat nih dan aku nak tidur dulu. Assalammualaikum dan salam sejahtera.




Astro Buat Contest! Click Gambar Untuk Maklumat Lanjut!

28 ulasan:

  1. kat sini pun hujan gak dari pagi
    blk kampung sminggu pun hujan gak
    musim dia kot skang

    kah3, ak igt nk cakar bontot sape
    kucing rupanya,adoi

    BalasPadam
  2. biasa la.. dah sedap2 dok rumah, makan masakan mak yang tersangat la sedap tgk lauk kat kedai pun dah tak ada selera..

    masa AcHiKz belajar pun sama juga la.. masa prac siap tukar seluar 3 kali sebab melondeh aje.. tapi bila dah dok rumah macam ni, AcHiKz yakin la seluar tu dah tak muat.. ha3

    BalasPadam
  3. lol,nasib baik dia xkencing kat sit motor tuh..

    slamat menjalani kuliah

    BalasPadam
  4. wakakka aku ingat bontot sape r ko nak cakar, ko gigit bontot kucing tuh dah... hahahha

    BalasPadam
  5. wahahaha. buat pe nak cakar bontot kucing tu plak..kang xmemasal kena cakar balik.. :p pekata pakat2 potong kuku dia.. bia xbole nak cakar2 lagi.. haha :D

    BalasPadam
  6. dah start kelas dah? huhu..aku yg tak start2 lg ni..jeles pulak..

    BalasPadam
  7. slmt blaja blk weh.rajin2 blajo.hee~

    BalasPadam
  8. kelas aku juga dh start..
    bohsan sgt2!

    BalasPadam
  9. Tengah hujan kah?
    KLCC cerah aje... :)

    Hans,jom vote peserta 99 Hari Kisah Klasik Kita. :)

    http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/01/99-hari-kisah-klasik-sadrina-roslan.html

    http://kisahklasikita.blogspot.com/2010/01/99-hari-kisah-klasik-besi-dunia-karim.html

    http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/01/99-hari-kisah-klasik-nurfatimahz-aka.html

    BalasPadam
  10. cakar jee bontot kucing tuuu...tapi x sampai hati pulak bila tengok gambar kucing kt atas tu..cute! haha

    BalasPadam
  11. tukar laa kusyen motor baru. ngeh.

    BalasPadam
  12. haha..
    nakal bet0i tu miaw..
    sabar jak lah

    BalasPadam
  13. rumah tinggal lama2 mmg camtulh...tension gak nk kemas....

    BalasPadam
  14. xyah cakar bontot dia... cakar muka dia! hehehehe

    BalasPadam
  15. die leh buat tilam kat motor ko lak..xpe2, biasa la kucing =P

    BalasPadam
  16. masih malas nak "start"kan sem baru... huhuhu

    BalasPadam
  17. wahhhh hahaha...
    Hans student uitm shah alam rupanya... ingatkan cawangan...
    hohohoh...
    eh, fakulti apa? akaun kah?

    btw, selamat belajar kembali...

    Latifah pun study kat menara, menara S&T... =0

    BalasPadam
  18. oit hans, ko buat apa kat rumah sampai baju jadik sempit? haha. AKu g kelas berhujan. haha

    BalasPadam
  19. selamat kembali ke sekolah :)

    BalasPadam
  20. nasihat semasa: pastikan kuku mu panjang.gudluck

    BalasPadam
  21. tajuk mau gempak bro...hahahhaa....mau melompat kucing tu kalau ko cakau die..huhu....selamat kembali menjadi seorang penuntut my friend!!

    BalasPadam
  22. makan kat redone lagi sedap dari umi

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com