Jumpa Blogger! Sambut Hari Lahir Member! Karok! Lepas Tu Tidur Mati! Muahahaha!

Petang semalam lepas gua habis jawab midterm gua pun berkejar balik ke rumah. Tengah dalam perjalanan tiba - tiba hujan turun dengan lebatnya. Gua nak berhenti dekat tepi pun tak ada pula tempat yang sesuai. Alang - alang dah basah gua redah jer lah balik rumah.

Pukul 8 malam semalam pula dah berjanji dengan Blogger Hami Asraff nak lepak - lepak dengan dia dekat kedai makan Wira Sejati. Patutnya pukul 9 malam gua dah kena pergi seksyen 7 sebab member - member gua nak buat kejutan untuk seorang lagi member gua sempena hari lahir dia tapi sebab gua dah berjanji kan dengan Blogger Hami Asraff jadi gua pun pergi lah jumpa dia dulu.




Dalam perjalanan pun hujan juga cuma tak lebat lah. Tapi cukup untuk buat sweater gua bertambah lembab. Cess!! Rimas betul gua! Sampai dekat kedai tu dan berborak - boraklah dengan Blogger Hami Asraff secara rasminya. Hahaha! Sebelum nih pernah terserempak dan sembang biasa - biasa jer lah tapi semalam boleh jugalah bersembang lama. Kitaorang sembang apa? Hah! Itu yang korang semua tak tahu! Hahaha!

Lepas gua dah berborak sampai pukul 10 malam jadi gua pun berkejar pula ke seksyen 7. Fuh! Gua ingat member - member gua dah selamat dah makan kek tapi rupa - rupanya kejutan masih belum bermula. Jadi, alhamdulillah gua sempat lah menyertai mereka membuat kejutan terhebat pada tahun nih. Hahahaha! Misi kami berjaya. Memang menangis - nangis lah member kitaorang tu sebab sebelum tu dia dah tunggu 1 jam 30 minit dekat KFC sebab konon - kononnya ada  beberapa orang dari sebuah syarikat yang berminat untuk menjadi penaja untuk event kawan gua nih.




Memang betul orang yang nak menjadi sponsorship tu wujud tapi orang tu dah cancel dan kitaorang pakat dengan member dia lagi sorang nih konon - konon orang tu masih nak datang. Hahaha! Memang waktu dia menunggu tu dia dah emo gila dah. Mahu tak emo sebab dah tunggu lebih dari 1 jam kan. Hahahaha! Dan semalam memang gua banyak gila melantak. Masa jumpa Blogger Hami Asraff gua melantak nasi goreng seafood dengan telur mata dan masa gua sambut besday member gua tu gua melantak pula KFC. Hahaha!




Lepas tu masing - masing beredar dan gua dengan 4 orang lagi kawan gua bergerak pergi karok dekat Giant(yang dulunya pasaraya Bintang). Pertama kali kut gua jejak kaki dekat situ. Memang ramai gila orang. Gua mula - mula tu cuma nak ikut tengok diorang menyanyi jer. Alih - alih bila kawan gua bagi mic dekat gua suruh nyanyi memang dia menyesal sudah. Gua pun melalak lah sesuka hati dan sah - sah lah suara gua yang 'SANGAT SEDAP' nih membuatkan mimpi kawan - kawan gua malam tadi mungkin 'INDAH'. Hahahaha!




Habis karok tu pergi lah lepak kejap dekat Restoran Barra. Boleh pula kawan - kawan gua nih berborak pasal hantu lah jin la rumah hantu la. Dah lah gua nak balik rumah nanti naik motosikal seorang diri. Cess! Masa gua balik tu dah pukul 3.30 pagi macam tu lah. Agak cuak juga tapi nasib ada jugalah kadang - kadang terserempak dengan sebuah kereta. Tapi lepas gua lalu hotel Uitm tu memang jalan sunyi jer hinggalah gua sampai dekat rumah sewa gua. Hahaha!




Apa - apapun, seronoklah bila dapat berborak dan berjumpa dengan member - member lama. Tak sabar nak lepak - lepak lagi macam tadi sebab bila fikir balik tak sangka walaupun gua dan member - member gua tu dah tak sama kelas tapi masih boleh berlawak dan bermesra macam dulu - dulu. Moga yang lain pun gembira macam gua juga masa jumpa semalam. Okaylah! Dah panjang gua menaip! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sangat seronok smbut besday member...biasalah klu naip panjang, klu tak, takkan namanya blog.huahhahha

    BalasPadam
  2. bile nak jumpe aku lak?keh3..ad moto kot. lagi senang. chet.

    BalasPadam
  3. Balik jam 3 pagi takder budak merempit lagi ker? Kalau ada kan boleh temankan kau sampai rumah.. haha..

    BalasPadam
  4. GKSB : Hahahaha...tahu xper

    Mra : maleh den...kalau ekau awek den memang den selamber jer naik moto jumpa...hahahaha

    Amir : mat rempit semua semalam sibuk karok

    BalasPadam
  5. fewit ramainya makwe kat pic..eh, ak suka blogger hami pny entry

    BalasPadam
  6. sapa yang tak suka lepak2 kan..
    kalau bab kerja je malas sikit..
    akak la..bukan kamu..
    heheh

    BalasPadam
  7. tu mesti sedap tahap cair tahi telinga..miahaha

    BalasPadam
  8. bila kita nak jmpa pulak?miahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama