Ahad, 6 Februari 2011

Kan Bagus Kalau.....

Firdaus adalah seorang lelaki yang tidaklah terlalu bijak kerana sifat malasnya mencari ilmu tetapi sangat kuat dan hebat apabila berlawan mahupun bertempur dengan sesiapa sahaja hingga menimbulkan sifat riak di dalam percakapannya. Dia juga terkenal sebagai seorang yang kedekut dalam membelanjakan duitnya kepada benda - benda asas yang diperlukan oleh setiap manusia.

Hari - hari yang dilaluinya pasti tidak sah jika mulutnya tidak merungut tentang sesuatu perkara yang tidak memuaskan hatinya. Pada suatu hari, beliau tiba - tiba telah meluahkan sesuatu kepada sahabat - sahabatnya sewaktu di dalam sebuah majlis keraian :-



"Alangkah indahnya jika aku tidak berasa lapar apabila melihat makanan atau terbau aroma makanan tersebut. Bolehlah aku menjimatkan duit aku ini untuk membeli barang lain yang lebih berfaedah!"



"Alangkah bertuahnya hidup ini jika kehebatan seseorang itu diukur melalui kekuatan badan dan bukannya dari segi kebijaksanaan! Pastinya aku mampu mendapatkan wanita idaman aku dengan mudah selepas memenangi pertempuran dengan sesiapa sahaja pesaing aku!"



"Alangkah gembiranya hidup aku jika aku mempunyai banyak wang. Sudah tentu aku mampu membeli apa saja yang wujud di muka dunia ini!"


Tiba - tiba sesuatu yang aneh telah berlaku pada suatu hari. Beliau melihat dirinya sedang hidup di dalam kemewahan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Rumah kayunya telah berubah kepada sebuah mahligai yang indah. Ditemani dengan berjuta - juta wang emas yang melambangkan beliau kini merupakan salah seorang manusia yang terkaya di kawasannya. Beliau berasa pelik tetapi begitu gembira dengan kemewahan yang datang secara tiba - tiba ini.

Jadi, pada petang tersebut beliau pun mengambil peluang berjalan - jalan di sebuah bazaar yang menjual pelbagai barang. Apabila beliau melintasi gerai - gerai yang menjual aneka juadah maka beliau pun membelilah pelbagai jenis makanan untuk dirasa dirumah. Namun beliau berasa aneh kerana hidungnya langsung tidak terbau sebarang aroma daripada makanan tersebut.

Pulangnya ke rumah dan beliau segera memerintahkan pekerjanya untuk menghias makanan itu sebaik mungkin. Dipersembahkan makanan itu dengan gaya yang paling menarik seperti yang diinginkannya namun beliau langsung tidak berasa lapar walaupun makanan itu telah pun dihias dengan begitu cantik dan menarik. Beliau cuba memaksa diri untuk makan tetapi tidak boleh kerana beliau tidak terasa lapar langsung untuk makan.




Beliau kemudian keluar lagi berjalan - jalan dan terlihat seorang wanita yang sangat cantik. Beliau jatuh cinta pada wanita itu dan mahukan wanita itu untuk dijadikan sebagai isterinya. Beliau terus meluahkan isi hatinya tetapi wanita itu menolak secara lembut sambil menyatakan beliau telah pun mempunyai insan istimewa. Namun, Firdaus berkeras mahukan wanita itu juga dan memaksa wanita itu memanggil teman lelakinya. Mereka berdua beradu kekuatan dihadapan wanita itu dan sesiapa yang menang maka dialah yang berhak untuk memiliki wanita itu. Firdaus memenangi perlawanan itu dengan mudah atas kekuatannya dan gembira kerana berjaya mendapatkan wanita yang dicintainya itu. Namun, wanita itu langsung tidak mencintai beliau.

Oleh kerana Firdaus kini sudah kaya dan mempunyai jutaan harta maka setiap hari beliau membeli pelbagai hadiah seperti emas, intan dan berlian untuk mengambil hati wanita tersebut yang menjadi isterinya secara terpaksa. Namun, itu semua langsung tidak mampu menawan hati isterinya itu. Oleh kerana sikap isterinya itu tidak juga berubah kepada sayang maka beliau menceraikan isterinya.

Hari semakin berlalu dan kesihatan Firdaus semakin teruk. Dengan kekayaan yang dimiliki beliau membeli pelbagai jenis ubat serta mendapatkan rawatan di kalangan doktor yang ternama namun kesihatannya semakin hari semakin teruk. Akhirnya, Firdaus meninggal dunia.


"Firdaus! Bangunlah Firdaus!" rayu rakan - rakannya.

"Eh,aku dimana nih? Bukankah aku telah mati?" kata Firdaus kepada rakan - rakannya dengan nada hairan.

"Engkau tiba - tiba pitam! Sudah lebih 3 jam engkau pitam di sini!" beritahu rakan Firdaus kepadanya.

"Aku menyesal wahai rakan - rakanku sekalian. Selama ini aku tidak bersyukur atas kurniaannya. Aku selalu sahaja merungut tentang nasib hidupku padahal sebenarnya aku telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat daripada Allah cuma aku saja yang malas berusaha. Aku sudah insaf! Aku mahu bertaubat. Aku tidak akan merungut lagi!"


Kawan - kawan beliau memandangnya dengan seribu satu persoalan sambil menyarankan beliau supaya berehat dirumah.

Sejak kejadian tersebut, Firdaus telah berubah sikapnya. Kini beliau tidak lagi berkira untuk menggunakan wangnya bagi membeli makanan. Beliau juga kini sangat rajin mencari ilmu dengan membaca dan bertanyakan kepada cerdik pandai serta tidak lagi berbangga diri atas kekuatan fizikalnya seperti sebelum ini. Alhamdulillah, atas usaha Firdaus berubah kini beliau telah dikurniakan seorang isteri yang cantik dan zuriat yang bijak serta comel.




Firdaus melapangkan kesyukurannya kerana akibat peristiwa mimpinya itu beliau sedar bahawa sebagai seorang manusia kita perlu bersyukur terhadap segala nikmat yang dikurniakan Allah terhadap kita.

P/S : Syukurilah Nikmat Yang Dikurniakan Allah Kepada Kita.


Meh Join Contest

17 ulasan:

  1. alhamdulillah..
    syukur apa yg ada.
    :)

    BalasPadam
  2. cerite yg baek..
    byk pengajarn nye..
    =D

    BalasPadam
  3. bersyukur la dengan ape yg telah di kurnia kan.. sesungguhnya QANAAH itu lebih baik daripada merungut..

    BalasPadam
  4. Firdaus kena byk bersyukur sebab dapat hidup dalam dunia dengan serba kelebihan walaupun miskin...

    BalasPadam
  5. A very good story and pengajaran..






    www.pretty-sugar.blogspot.com

    BalasPadam
  6. wahhh... cerpen yang santai dan penuh pengajaran...

    alhamdulillah, bersyukurlah kita dengan apa yang ada.

    ~Terima kasih Allah~

    BalasPadam
  7. ~ insaf ~

    nice one hans...tq -__-

    BalasPadam
  8. terima semuanya...
    setiap ketentuan ada hikmah disebaliknya =)

    BalasPadam
  9. syukur tuhan maha pemurah itu masih mengasihi

    BalasPadam
  10. bersyukur tu wajib..maklum saja la, segala apa yang kita ada ni pun hanya pinjaman je..bila bila masa pun boleh nak ditarik balik..takde faedahnya menyombong diri dengan setiap kelebihan yang ada pada diri sebab bukannya milik kita yang abadi pun..

    BalasPadam
  11. Hans.. insaf sebentar saya baca entry ni huhu

    BalasPadam
  12. memang seronok ada duit banyak kan

    BalasPadam
  13. Amin...peringatan buat kita yang lupa...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com