Review Drama Kashaf Imani


Drama:
Kashaf Imani


Karya:
Azma Aizal Yusoof


Pelakon:
Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila,
Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar.


Sinopsis:

Mengisahkan tentang Kashaf yang hidup bersama ibu dan adik perempuannya dalam suasana yang kurang sihat dimana beliau sering bertengkar dengan ibunya kerana ibunya suka menyebelahi adik perempuannya. Pada waktu yang sama juga Kashaf bercampur dengan budak - budak liar yang tanpa beliau sedari telah membawa beliau ke satu dunia yang gelap. Imani pula adalah seorang gadis yang mempunyai suatu keistimewaan yang amat luar biasa iaitu mampu melihat roh orang yang telah mati. Dalam diam beliau mencintai Kashaf dan menyimpan apa sahaja barang yang ditinggalkan Kashaf.

Suatu hari Kasyaf telah ditimpa satu kecelakaan selepas bertengkar dengan ibunya dan apabila sedar beliau mendapati bahawa beliau kini adalah roh yang sedang berkeliaran. Kini beliau perlu meminta maaf atas segala dosa yang telah dilakukan terhadap ibunya namun dengan siapakah dia perlu meminta bantuan untuk menyampaikan hasratnya yang dia amat menyayangi ibunya dan ingin meminta maaf atas segala salah dan silapnya selama ini? Beliau menyedari yang Imani mampu melihatnya dan apakah yang bakal berlaku seterusnya? Mampukah Imani membantu Kashaf? Saksikan drama Kashaf Imani.


Ulasan Tuan Punya Blog:

Aku suka drama nih sebab walaupun kadang - kadang ada babak yang klise atau mungkin korang boleh agak dengan berkata,"Aku tahu nih mesti roh si Kashaf nih sebab dia dah mati!' namun kemudian akan ditunjukkan pula babak yang membuatkan engkau keliru sambil berkata,"Okay! Andaian aku salah! Rupanya dia tak mati!" dan kemudian akhirnya andaian engkau tu sebenarnya betul. Kiranya aku suka plot dia yang mampu buat aku keliru pada sesetengah babak.

Lakonan Beto Kusyairy sebagai Kashaf dan Sharifah Amani sebagai Imani sangat mengujakan aku. Aku sangat suka adegan dimana Kashaf dan Imani berjumpa selepas Imani terkantoi yang dia menyukai Kashaf selepas kawan Kasyaf si Pet(lakonan Khairilridzuan K'n) memberi sebuah tin yang mengandungi semua barang Kashaf di dalamnya.


 Babak Kesukaan Aku. Sweet Giler!


Watak Rosnah ibu kepada Kashaf lakonan Normah Damanhuri memang tak dapat disangkal lagi kerana memang terbaik manakala watak Shamim iaitu adik perempuan kepada Kashaf lakonan Wan Sharmila pula bagi aku boleh tahanlah. Mungkin sebab suara dia tak ganas sangat kut jadi walaupun aku melihat watak dia di dalam drama ini masih lagi jahat namun ia akan lebih jahat jika suara atau jeritan yang dilontarkannya sewaktu marah atau menjerit itu lebih 'garang'. Aku tiba - tiba terbayangkan jika watak ini diberi pada Nabila Huda mungkin aku akan lebih menyumpah - menyumpah lagi watak tersebut. Hahaha!

Drama ini juga mempunyai mesej yang bagi aku walaupun masih belum setanding dengan drama Antara Garisan namun masih juga padat dengan mesej - mesej keagamaan dan kekeluargaan yang walaupun kita semua terutamanya generasi muda tahu atau pun menyedarinya namun kita masih lupa atau buat - buat lupa kerana ego kita yang terlalu tinggi.

Apa - apapun, aku mengucapkan tahniah kepada semua team produksi drama Kashaf Imani ini daripada krew sehinggalah pelakonnya kerana bagi aku drama ini adalah antara drama terbaik pada tahun ini. Tahniah lagi sekali!



P/S : Menanti Drama Seterusnya Daripada Radius One!

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Seriously radius one punya drama-drama tak pernah menghampakan.. Including this one..

    Aku baru je semalam abes sedut, terus tengok.. Seriously not bad cerita ni.. Sweet dia sweet laa.. Moreover memang banyak pengajaran laa kan..

    Scene yang aku suka bila Kasyaf cakap selama ni saya tak nampak awak, sekarang dah terlambat.. Dan Imani respon, mungkin Tuhan nak bagi kita peluang kedua.. Dat one is nice..

    Lastly, aku nanges nengok cite ni.. Touched!! :)

    BalasPadam
  2. FarhanaDr : yups...overall drama nih sebenarnya memang sedih dan menyentuh perasaan lah...tapi dari segi penyampaian mesej tu masih belum mampu lawan drama Antara Garisan...

    BalasPadam
  3. nak tengok lar....macam best jer...

    BalasPadam
  4. dekat mana nak sedut drama2 melayu ? bagi ler link . teeheee . sebab sekarang duk hostel , tak ada tv . susah la nak layaaaan drama2 melayu .

    BalasPadam
  5. dah lama tak tengok movie kat cinema..hehee

    BalasPadam
  6. aku tertarik dengan gambar usop yang last tu je..hehe..


    Pendapat anda?
    jangan cepat melatah

    BalasPadam
  7. hampir menitiskan air mata waktu kashaf nak meninggal tp hidup balik.haha

    BalasPadam
  8. Farhana Sahri : kamu nih baca entry ker atau main komen jer? Apa kena mengena drama dengan filem di panggung wayang? saya musykil dengan komen anda

    BalasPadam
  9. mcm best je.harus tgk ni.:).thnx 4 sahring.ak suka kot drama2 n cerita karya radius one :)

    BalasPadam
  10. memang best..tapi ..tengok yang pic 2nd last tu nak tergelak lah..cz teringat masa citer hantu kak limah..dia dulu lari daripada yang lain..

    BalasPadam
  11. mcm best je drama ny . nak tengok .
    kat mana bleh tgk ek ? xde tb :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama