Review Filem : No One Killed Jessica


Filem:
No One Killed Jessica


Pengarah:
Rajkumar Gupta


Senarai Pelakon:
Myra Karn, Vidya Balan, Rani Mukherji, Mohammed Zeeshan Ayyub & et


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Sabrina yang cuba mencari keadilan untuk adiknya iaitu Jessica yang mati ditembak oleh seorang lelaki yang merupakan anak kepada seorang ahli menteri  di dalam kerajaan India. Sewaktu kejadian terdapat 7 orang yang melihat Jessica ditembak mati oleh anak menteri tersebut dan melalui soal siasat pihak polis terhadap anak menteri itu menunjukkan anak menteri itu mengaku menembak Jessica.

Tetapi, oleh kerana faktor wang atau lebih tepat lagi rasuah maka boleh dikatakan hampir kesemua saksi telah menukar kenyataan mereka kepada tidak tahu atau pun berlakon mengatakan mereka tiada di tempat kejadian kerana telah diugut oleh menteri tadi sama ada mereka memilih wang atau mati. Sabrina merasa perjuangannya sia - sia kerana selepas 6 tahun berpenat lelah turun naik mahkamah akhirnya pihak mahkamah mengistiharkan bahawa pembunuh Jessica bukanlah anak menteri tersebut.

Ibu Sabrina meninggal dunia mendengar keputusan itu manakala Sabrina yang tertekan dengan keputusan itu sudah berputus asa dan tidak mahu mengambil kisah lagi tentang keadilan yang sebelum ini dicarinya. Wartawan hebat India iaitu Meera Gaity pula terasa bersalah jika beliau tidak membantu Sabrina menuntut keadilan yang sepatutnya diperoleh lalu beliau mula menjalankan pelbagai strategi untuk membuktikan bahawa anak menteri tersebut sebenarnya adalah pembunuh Jessica. Berjayakah Meera Gaity membantu Sabrina mendapatkan hak adiknya? Atau adakah filem ini masih akan berakhir dengan ayat 'No One Killed Jessica'? Saksikan sendiri yer! Hehehe!


Ulasan Tuan Punya Blog:


Filem yang berdurasi 2 jam nih memang menarik kerana ia menunjukkan bila orang yang berkuasa telah salah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi masing - masing maka ia boleh memusnahkan kehidupan ramai manusia lain di luar sana. Filem nih juga menunjukkan bahawa bila rakyat bersatu maka apa yang mustahil diubah mampu direalisasikan seperti apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir baru - baru ini.

Seronok apabila filem ini menunjukkan saksi - saksi kes pembunuhan yang kebanyakkan adalah manusia yang rapat dan merupakan kawan baik kepada Jessica sanggup mengubah pendirian masing - masing semasa di mahkamah gara - gara wang dan akibat diugut oleh menteri berkenaan. Memang babak tersebut  ditonjolkan dengan begitu tragis sekali.

Apa - apapun, filem ini memang menarik dan bagus kerana telah diolah dengan menarik. Kepada yang tak minat kepada tarian atau pun penari latar yang ramai seperti yang selalu ada pada filem - filem Bollywood yang lain tu maka anda tak perlu risau kerana tiada aksi - aksi sebegitu di dalam filem ini. Apa - apapun, selamat menonton dan aku memberi 4.3 bintang dari 5 bintang kepada filem ini. Filem ini memang menarik!

Jom Join Contest Pertama Blog Hans

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ni na kne download ke beli cd ke or siaran tv nie? mcm menarik je~?

    BalasPadam
  2. gadisgula-gula : download lah dekat syok.org

    BalasPadam
  3. ok3.. ingatkan cite ni bakal ditayang kat tv.. aku bab2 dload movie nie malas.. single link tade.. nnty kne join2 segala.. dah tu lambat.. hehe~

    BalasPadam
  4. duit buat org jadi rambang mata..
    duit buat org berkuasa salah menggunakan kuasa yang diperuntukkan tuk kepentingan diri sendri..
    so amik le tauladan..
    buat panduan hidup..

    BalasPadam
  5. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

    Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

    uiihhhhh sekarang dah senang tekan download tak dapat satu citerrr... esok tekan lagi... sok tekan lagii

    BalasPadam
  6. macam mnarek je cite ni...nak kne download ni...hee~

    BalasPadam
  7. Nak download jugaklah camni.. Boleh belajar menari..hu3

    BalasPadam
  8. sebab takda aksi tari menari yang buatkan cerita nih jadi 2 jam eh? Kalau tak selalunya dekat 3 jam kan? Hehehe

    Terbaru > Monday Blues
    > Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3) >Blog Best : Roq's Blog

    BalasPadam
  9. Dah donlod 2 ari lepas.. Tu pon sebab rating IMDB dia tinggi kot.. 7.3/10 kot.. Hebat!!!

    BalasPadam
  10. nak donlod kat mana? sekali dengan subtitle la kann??

    BalasPadam
  11. really xde tarian ape semua? wahhh.. nak try cuba test tgk hehehe.. :)

    BalasPadam
  12. ingatkan cite mat saleh..hehehe..
    woooo Rani..saya sukaaaaa...yang lain xkenal

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama