Review Filem : Sini Ada Hantu Sangat Kelakar


Filem:
Sini Ada Hantu

Pengarah:
James Lee

Genre:
Komedi, Seram & Misteri

Klasifikasi:
PG13

Pelakon:
Alvin Wong, Baki Zainal, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Fasha Sandha,
Pete Teo, Patrick Teoh, Eira Syazira, Kuswadinata & Ramai Lagi


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan dua orang pemandu van iaitu Ah Meng dan Bakri yang ditugaskan pada saat akhir untuk menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dan mereka perlu memastikan mereka tiba di kampung tersebut pada keesokan harinya. Mulanya mereka menolak tetapi disebabkan upah yang lumayan membuatkan mereka bersetuju dengan tawaran tersebut.

Oleh kerana radio van mereka rosak maka mereka berdua pun bercerita tentang kisah seram bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk. Dimulai dengan Bakri yang bercerita tentang kisah Hantu Pokok Pisang dan diketawakan Ah Meng kerana bagi beliau hantu melayu langsung tidak logik. Lalu Ah Meng bercerita pula tentang kehebatan hantu Cina melalui kisah Hantu Nombor Ekor.

Selepas itu, Bakri pula mempertikai cerita Ah Meng dengan mengatakan cerita hantu cina yang diceritakannya itu lagilah tak masuk akal. Lalu Bakri menceritakan pula tentang Hantu Asrama. Selepas itu van yang mereka naik berhenti di tengah jalan raya kerana mempunyai masalah enjin. Lalu mereka berdua keluar dan mengambil kesempatan tersebut untuk keluar membuang air kecil. Tiba - tiba, muncul sebuah lori kecil yang dipandu dengan laju dan melanggar si Ah Meng.

Bakri pula tidak tahu Ah Meng sebenarnya telah dilanggar kerana apabila beliau pergi ke van tersebut kelihatan Ah Meng masih ada di dalamnya. Jadi, apakah nasib si Bakri? Mampukah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa sebenarnya yang berlaku? Saksikan di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Tuan Punya Blog:

Aku sebenarnya tak rancang pun nak menonton filem nih sebab tak ada dalam senarai filem - filem wajib tonton aku untuk tahun nih. Cuma sebab terpaksa dan bila dapat tahu genre filem ini ialah komedi seram maka tawakal jer lah. Panggung tak ramai orang. Mungkin sebab tayangan lewat malam kut.

 Kisah 1 : Hantu Pokok Pisang


Filem ini dimulakan dengan 3 kisah hantu. Pergi kepada kisah pertama iaitu Hantu Pokok Pisang. Memang aku ketawa gila - gila. Bukan sebab komedi atau bukan sebab takut. Tapi, aku rasa bosan gila. Ada beberapa watak yang agak kaku tapi aku suka lakonan Beto Kusyairy dalam kisah nih yang memegang watak sebagai samseng kampung. Nampaklah kejahatan dia tu. Manakala watak Fasha Sandha dalam nih rasa - rasanya kalau tak wujud pun tak apa kut. Hahaha! Nak tahu sebab apa aku kata macam tu korang kena tengok sendiri lah. Apa - apapun, aku tak berapa minat dengan kisah hantu yang pertama nih.


Kisah 2 : Hantu Nombor Ekor


Kisah hantu yang kedua agak menarik iaitu Kisah Hantu Nombor Ekor yang mengisahkan tentang 4 orang sahabat yang memuja kubur untuk meminta nombor ekor. Oleh kerana cara mereka memuja salah iaitu mencampurkan darah anjing dan dan darah ayam serta salah memilih kubur menyebabkan masing - masing dilanda musibah. Aku suka kisah kedua nih sebab bagi aku penyelesaian kisah nih sangat 'adil'. Adil yang macam mana aku maksudkan tu kalau korang nak tahu korang kena tengok. Cuma hantu di dalam kisah kedua nih kurang seram. Kalau diseramkan lagi kisah nih agak sempurna. Apa - apapun, kisah hantu ke-2 nih agak menarik juga sebab selalu kita lihat orang Melayu punya cara memuja jer tapi yang nih kita tengok cara orang Cina pula memuja untuk dapat nombor ekor. Perkara baru yang agak menarik bagi aku.


 Kisah 3 : Hantu Asrama


Aku paling suka kisah yang ketiga nih iaitu Hantu Asrama. Aku lupa nama - nama watak tu tapi yang aku tahu mereka budak - budak teater sebab aku pernah tengok mereka berlakon di dalam teater Short Eyes. Sumpah memang kelakar gila. Hahaha! Aku ketawa tak henti - henti. Kisah nih mengisahkan tentang hantu jepun yang berkawad di waktu malam di tandas asrama dan gelanggang futsal sebuah sekolah. Walaupun hantu Jepun dia tak seram tapi situasi dan suasana kisah nih memang seram. Apa - apapun, aku sangat suka kisah ketiga nih walaupun pada permulaan kisah ini aku ketawa mendengar dialog baku dari seorang pakcik. Kisah ketiga nih memang terbaik! Aku suka! Dan tak silap yang dalam gambar di atas tu Qhaud AF. Pandai juga dia berlakon. Tak ditambah dengan 3 orang lagi budak teater tu. Memang sampai aku menaip sekarang pun aku masih ketawa. Hahahah!


Ah Meng dan Bakri


Dan kemudian bersambung pada kisah Ah Meng dan Bakri yang memandu van. Mungkin ada sedikit persamaan dengan filem Phobia 2 atau pun secara kebetulan tetapi apa - apapun masih lagi terhibur. Apa - apapun, filem ini bermula daripada kebosanan kepada semakin menarik dan menarik. Alhamdulillah! Mula - mula terluah kata - kata dari mulut aku,"Filem Apa Yang Aku Tengok Nih?" tapi akhirnya berubah kepada,"Boleh tahan jugalah filem nih! Kelakar! Layan!"

Apa - apapun, terpulang pada individu yang menonton lah. Bagi aku, ada kisah yang aku tak suka macam Hantu Pokok Pisang tapi ada juga kisah yang aku memang terhibur menonton seperti Hantu Asrama. Jadi, secara keseluruhannya aku bagi 3.8 bintang untuk filem ini. Kepada yang mahu dan bakal menonton atau telah menonton silalah kongsikan pandangan anda di ruangan komen entry ini yer.


P/S : Situasi Dan Dialog Untuk Kisah Ketiga Hantu Asrama Memang Terbaik! Hahahaha!

24 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. semalam kuar baru nak tgk citer ni tp seat full..tggu download la..

    BalasPadam
  2. Kalu kelakar nak jugak tengok. kalu serem2 bodo... Im sorry...

    BalasPadam
  3. kelakar gila bila hantu sndiri yg bwk van 2 sbb dorg lambat sgt nk smpai umah, haha

    BalasPadam
  4. Citer baru ke beb? X penah dgr lagi..he3

    BalasPadam
  5. ramai yg ckp hantu poko pisang tu xbest dan hantu asrama tu best.. xtaulah ble leh tgk..

    BalasPadam
  6. nick irfan : kelakar kan?hahaha

    yoy : aiyak...pergi la tgok hujung minggu nih...download lepas tgok wayang la..hohoh

    mamawana : seram bodoh2? haha...depends untuk orang yg tgok...

    arep : bagi aku ada best ada tak..macam aku tulis...but taste masing2 la kan..filem apa pun msti ada orang suka dan tak..so,nak tahu kena tgok sendiri lah :-)

    Intan Izzatul : hahaha...tu la pasal...siap leh kenyit2 mata lagi...hha

    decrewz : yups...10 Feb hari tu start tayang

    BalasPadam
  7. betul ke xseram? huhu.. lps tgk khurafat dah rasa cam fobia nk tgk citer2 yg berkaitan ngan hantu2 nih.. huhuhu.. lemah semangat.. adui!

    BalasPadam
  8. aku dh tgk juga cite nieyh
    awal2 sgt2 bosan..
    tapi last2 kelakar nk mmpus!

    BalasPadam
  9. hans: maaf, aku ade ambil sebahagian drpd entry ni...minta izin yaa tuan blog...dh letak link blog ni dh...

    tq

    BalasPadam
  10. mra : hehehe..terpulang..tapi kelakar cuma awal2 bosan

    wan fadhilah : haha..situasi dia la ada seram sikit2..tapi kisah last sangat kelakar

    lelaki ini : hahaha..betul2...tak tahan 3 orang tu mula2 gangster habis..last2 jadi lembut sekor2...hahaha

    mr.F : owh...tahu dah..tu tanya tu...okay...

    BalasPadam
  11. hans. gue dh pun pergi tgk. serius terbaik !!!!!

    BalasPadam
  12. k_Own : hehehe..best kan...cuma kalau buang part hantu pokok pisang tu memang layan lah

    BalasPadam
  13. heee.
    dah tgk:)







    tapi biasa jer,
    kenapa ya?

    BalasPadam
  14. heee...
    nmpk mcm best cita nih...
    arhh
    kena tgk jgk nnti..

    BalasPadam
  15. mcm best je cte ni . hahaha !
    skrg mmg trend seram komedi eh !

    BalasPadam
  16. tak best mana punnnnn
    bosannnnnnn
    last part tu je yg gelak2..huhuhu

    BalasPadam
  17. Tak ada filem hantu paling seram.. kat Malaysia mahupun luar negara.. semua x seram. Boring!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama