Rabu, 9 Februari 2011

'Seronok Sangat' Bila 'Tersalah' Masuk Kelas

Hari nih aku boleh mengatakan nasib aku agak kurang bernasib baik. Bangun pagi selepas bermimpi sesuatu berkenaan hal di facebook semalam hinggakan aku terasa seperti perkara itu benar - benar berlaku padahal sebenarnya ia cuma mimpi. Nasib itu sekadar mimpi tetapi masih tetap tidak menggembirakan kerana bangun pagi dengan rasa yang sedikit penat.




Kemudian, bertungkus lumus pula mengulangkaji Mandarin memandangkan hari ini ada kuiz. Walaupun markah tak banyak tetapi memandangkan kesukaran subjek bahasa ini maka 1 markah sekalipun amat bermakna. Malang sungguh kerana kuiz akan diadakan  pada minggu depan gara - gara format kuiz Mandarin pada tahun ini telah berubah. Kalau dahulu cuma soalan objektif tetapi kini dimasukkan sekali dengan tulisan Cina sekali. Haih! Semua kecewa jer tadi sebab masing - masing penat menghafal dan menulis sebab nak ingat tapi kuiz dibatalkan.




Lepas tu berjumpa dengan supervisor aku sebab nak ambil barang berkenaan assignment. Aku melihat kepada tempat yang aku perlu berjumpa dan aku pun pergi kelas tersebut. Aku nih jenis cepat risau sikit bila berhadapan dengan orang asing yang terlampau ramai. Dulu - dulu tak ada pula masalah masa aku masuk debat dan syarahan ke apa tu tapi sekarang nih rasa cuak tu datang pada tempat yang tak sepatutnya. Tapi, masa aku masuk dalam kelas tu memang aku yakin dah. Tak ada rasa cuak ke apa pun masa tu!


Iklan Contest Kejap...Hahahaha


Tapi semua tu berubah 100% sebab masa aku masuk kelas tu aku rasa pelik asal pensyarah nih tua jer muka dia? Rupa - rupanya aku salah masuk kelas. Aku pun keluar cepat - cepat sebab dah malu kan. Hahaha! Aku tengok nama kelas. Eh! Betul lah kelas nih tapi asal pensyarah dia lain. Rupa - rupa supervisor aku salah taip nama kelas dalam sms tu. Tapi, masalah juga aku nih. Aku pergi lah masuk kelas yang lagi satu tu. Memang betul lah itu kelas supervisor aku tengah mengajar waktu tu. Budak dalam kelas tu ramai gila. Aku tengok depan macam ada group buat presentation. Tak pastilah dan aku tercari - cari mana supervisor aku nih.


 Tukarkan Situasi Ini Kepada Puluhan Manusia
Yang Memandang Dengan Cara Yang Sama


Lepas tu tiba - tiba aku cuak sebab mana supervisor aku nih. Dah aku mula rasa cuak tu memang bertambah - tambah cuak la bila semua orang dalam kelas tu tengok aku kan! Hahahahaaha! Lepas tu ada pula seorang perempuan macam panggil - panggil nama aku. Aku rasa aku ada usha betul - betul tapi muka tak sama macam pensyarah aku pun. Ker tu pensyarah aku? Arghhhhhh!!! Aku sangat gementar! Jadi, aku keluar terus dan sms jer supervisor aku kata aku duduk luar. Akhirnya, beliau sendiri yang keluar bagi barang yang berkaitan dengan assignment aku tu.


Sob Sob Sob!


Fuh!!! Hari nih adalah hari yang nasib aku agak kurang baik dan mungkin juga boleh dikatakan memalukan aku juga. Macam mana aku nak berhadapan dengan budak - budak dalam kedua - dua kelas tu tadi? Sah kalau diorang jumpa aku nanti diorang kata,"Inilah mamat yang salah masuk kelas kita hari tu!"


AKU MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!

28 ulasan:

  1. bardboo : nih baca ker tak baca nih bardboo...dah ada taip dkt atas kan... :-)

    BalasPadam
  2. kalau kak lina kena cam tu mesti muka kak lina dah merah menyala menahan malu hehe kalau bole xnak dah terserempak dgn pensyarah tu @ student kelas tu huhuhu

    BalasPadam
  3. uhuhuk..
    agak malu2 rimau gak ah kan pasni.. >.<
    lek2 der.. xde org ingat insya Allah...

    kuiz nanti wat elok2 la ye..sile rest!!

    BalasPadam
  4. biase la tu salah msuk kelas...
    aku hampir msuk bilik yg salah kt kolej ni.
    hahaha

    BalasPadam
  5. Santaii sudahh bro;)
    let's bygones be bygones, jangan ulangi salah masuk class lagi oke? haha

    BalasPadam
  6. kau rilex je hans. bkn selalu pun kan?

    BalasPadam
  7. hahah.. sian ko hans.. aku prnh jugak.. naseb baik dorang xingat.. hehe..

    BalasPadam
  8. ehehee.. malu? lariiiiii cepat~

    BalasPadam
  9. hahahaah kan dah dapat title free... nama baru...kih3...
    pasnie...weh budak ari tu yg slh masok kelas.... ngehehehe~~

    BalasPadam
  10. hahahahahahah xtau nak cakap apa, lawak lawak

    BalasPadam
  11. Haha.. Aku pun pernah kena gak.. Time tu kelas english aku tersalah masuk kelas agama... Nasib baik uztaz yang mengajar tak perasan aku nie dari kelas lain.. haha..

    BalasPadam
  12. bahak bahak!!
    eh, x baek gelakkan orang.. :p

    BalasPadam
  13. haha. malunya.
    aku pun pernah jugak. aku ni da la pemalu org nye. erkkk!

    :)

    BalasPadam
  14. Ahahaha... lawaklah Hans nie.
    Konfiden aje die... Sabaq je lah naaa...

    P/s : Nanti boleh ajar Vee bahasa mandarin. ;)

    BalasPadam
  15. wah! haha..saya lagi laa malu kalau camtu...mesti tebal muka... huhu...

    dalam hati berkata

    "aku takkan datang dah tempat nie.." haha

    BalasPadam
  16. adeyhh, boleh pulak mcm tu.
    kalau aku dh menangis dh dlm kelas tu
    hahahahaha!

    BalasPadam
  17. uuuuuu...glamer org tu!

    * nak tulis huayu itu sgtlah susah :(

    BalasPadam
  18. kalau aku, wat relek jeh~

    nak lagi best, ko angkat tangan pahtu cakap kat lect tuh...

    saya rasa saya salah masuk kelas... ngeh3

    BalasPadam
  19. memang agak memalukan...heheheh..lain kali ko cakap saya budak baru...heheh

    BalasPadam
  20. aku penah gak salah masuk dwn kuliah ma kat mtrik dulu2..tobat malu gila..rasa cam nak kerat pala boh dlm poket woo..hehe

    BalasPadam
  21. pernah gak silap masuk kelas.. tertanya2 sndiri naper la budak2 kelas ni bukan budak IT, sorank pn x kenal.. last2, tanya org sebelah.. "ni kelas apa??" org sebelah jawab, "ni kelas finance".. huhuu.. seb baik lecturer tak masuk lagi..

    BalasPadam
  22. hahaha. kalau aku, x tau dah nk letak muka kat mana. hahaha

    BalasPadam
  23. malu2 pun jadi glamer per...okay la tu dik! Ahaksss...

    BalasPadam
  24. alolololo....xpe2..biasalah tu...chill2 always.. =)

    BalasPadam
  25. Malu juga la...hehe
    Tapi tak pe bro..
    ko buat je macam tak ada2 pon yg berlaku..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com