Jangan Lepaskan Peluang Jika Tidak Mahu Kecewa

Hari ini Firdaus berjalan - jalan di sekitar pasaraya. Tiba - tiba dia terpandangkan kelibat seorang gadis comel yang sedang berjalan dengan seorang jejaka. Gadis itu, Liyana yang pernah menjadi pujaan hati Firdaus kini gembira bersama Danial, jejaka kacak yang juga sahabat Firdaus.

Firdaus cuba mengelak dengan memilih laluan berbeza tetapi kelibatnya mungkin sudah lama disedari oleh Liyana yang pantas menegur Firdaus. Seboleh - bolehnya Firdaus mahu mengelak tapi apakan daya sudah terlalu lewat untuk bertindak. Firdaus sedaya upaya memaniskan raut wajah sewaktu bertegur sapa dengan Liyana dan Danial.

Bukannya Firdaus bencikan Liyana kerana tiada satu apa pun kesalahan yang gadis itu pernah lakukan kepada beliau cuma Firdaus tak mampu melihat insan yang pernah disukainya secara diam - diam itu kini bersama dengan rakannya di depan matanya sendiri. Firdaus pernah menyukai Liyana dan hingga saat ini rasa cinta itu walaupun mungkin sedikit pudar atas desakan hati Firdaus sendiri namun masih jua wujud hingga saat ini.

Kesilapan Firdaus kerana terlalu takut untuk menyuarakan hasrat di hati. Takut untuk rasa dikecewakan atau ditolak mentah - mentah. Tapi, apabila sudah menjadi begini apa salahnya jika dahulu memberanikan diri. Paling tidak jika ditolak sudah tahu bahawa Liyana dan dia memang tidak akan bersama. Tetapi, jika sebelum ini pun Liyana juga menyimpan hati kepada Firdaus tetapi dia beranggapan jejaka ini hanya menyukainya hanya sebagai kawan hingga menyebabkan dia menerima cinta Danial....bukankah itu lebih mengecewakan hati Firdaus.

Apa - apapun, Firdaus tidak pernah menyimpan niat buruk terhadap Danial. Sentiasa dia mendoakan agar Liyana dan Danial bahagia hingga akhir hayat. Baginya, dia tidak mahu orang yang dicintainya merana. Biarlah dia bahagia kerana dengan cara itu juga Firdaus berasa bahagia. Mana tidaknya kerana insan yang disayangi hidup bahagia walaupun bukan bersamanya.

Firdaus menyesal kerana dia telah melepaskan peluang yang dia ada sebelum ini. Mungkin jika dia cepat meluahkan rasa cintanya...siapa tahu mungkin Liyana menjadi miliknya. Bukankah jodoh pertemuan itu ditangan Allah. Firdaus berazam untuk tidak mensia - siakan lagi peluang yang ada jika dia masih diberi peluang sebegitu lagi di masa akan datang.



P/S : Biar Kecewa Cinta Anda Ditolak Dari Kecewa Dengan
Perkara Yang Anda Belum Pasti Apakah Jawapan Sebenarnya.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. cam cite pasal ko je bro...kantoi..hehehe

    BalasPadam
  2. Betul tu..tp kalau ditolak tanpa sbb mcm mn tu??

    BalasPadam
  3. wahhh...cerita yg baik..real ke nih..

    BalasPadam
  4. hehehe. berusaha selagi boleh. ngeh3.

    BalasPadam
  5. uik.. kesian ko HANS... hehehe... ceta sal ko ka? ngehngehngeh

    BalasPadam
  6. cinta tak berbalas itu pedih haha

    BalasPadam
  7. Betul jugak..
    Tapi andaikan cintanya ditolak?????????
    Pedih jugak tu..
    Lebih baik memendam perasaan jek..

    BalasPadam
  8. go hans go. jangan pendam haha

    BalasPadam
  9. Ni mesti kes semalam nie kan Hans?
    Kena cepat betindak lepas ni tau!
    :)

    BalasPadam
  10. agak lama ak xbc entri ko hans! rindu sama entri2 ko!..

    *peluk entri ko!!!...

    hahaha....

    BalasPadam
  11. camne nak kecewa tue hans kalau benda yg belum pasti belum berlaku..payah tue..huhuhuh

    =))

    BalasPadam
  12. Ni cite pasal sape ni, tuan blog yer...hu3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama