Khamis, 10 Mac 2011

Jom Ramai - Ramai Tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Alhamdulillah! Hari ini aku dah berjaya menyelesaikan pembentangan kumpulan dan juga menjawab kuiz Mandarin dan terasa sedikit lega kerana itu bermakna jumlah kerja semakin berkurangan. Hehehehe! Owh, tadi aku baru dapat komen dari siapa entah tentang entry 'Telur Ayam' aku sebelum nih. Katanya sebab aku banyak berblogging dan nasihatnya berblogging lah selepas aku berjaya.

Gelak - gelak jer aku baca benda tu sebab aku bukannya terpacak depan laptop 24 jam sambil buka blog dan blogwalking. Masa aku untuk blog bermula pada awal tahun hari tu tak lebih pun daripada 10 minit. Hahaha! Pada pandangan peribadi aku lah rasa - rasanya tak perlulah kita tunggu sampai kita berjaya dan baru kita nak cuba semua benda - benda baru nih sebab kejayaan tu akan diperoleh bila kita melakukan sesuatu perkara tu terlebih dahulu dan kalau kita lambat mungkin kita tak sempat langsung untuk merasai benda tu., Apa - apapun, terima kasihlah atas komen tu yer sebab mungkin dia ingat aku obses dengan blog kut. Setahun yang lepas mungkin betul tekaan tu tapi sekarang tak adalah. Hehehehe!




Alhamdulillah, kuiz mandarin aku dapat 8 markah daripada 10. Haih! Test hari nih aku langsung tak study sebab fokus dekat presentation pagi tadi. Sepatutnya boleh dapat markah penuh tadi. Apa - apapun, esok aku nak menyiapkan assignment lain dan lepas tu nak gembirakan diri dengan menonton wayang. Hah! Kawan aku dah pergi tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa tu dan katanya filem tu menarik dan sangat hebat. Dia kata sebagai seorang rakyat Malaysia, dia amat berbangga dengan filem tersebut. Memang kawan aku nih bercerita dengan penuh semangatnya lah tadi.

Jadi, aku tak dapat nak pastikan lah betul ker tak sebab lain orang lain citarasanya. Jadi, aku nak tengok sendiri. Cuma melalui beberapa review yang aku baca daripada beberapa orang yang sempat menonton pada preview khas filem tersebut, memang pandangan mereka tentang filem tersebut adalah positif. Aku bercadang nak tengok pada minggu nih tapi ada pula ceramah lah apa semua lah. Hahahaha! Hancur harapan dan angan - angan!Jadi, insyaallah ada masa aku mesti tonton juga filem nih.

Apa - apapun, aku nak berehat sekejap sebab melalui hari - hari yang amat memenatkan. Jadi, jumpa lagi pada entry yang akan datang. Assalammualaikum dan salam sejahtera.


P/S : Mungkin Esok Tengok Filem Rango Sebab Aku Rasa
Tiket Untuk Filem Hikayat Merong Mahawangsa Untuk Esok Dah Sold Out

15 ulasan:

  1. bye. aku da booked esok mlm ! :)

    BalasPadam
  2. tu la. cam best filem merong ni. jgn jd filem mereng dah le lps kluar wayang nnt. hehe

    BalasPadam
  3. hans..kadang2 teguran org tu ade yang leh amik ade yang perlu diignorekan...
    kamu lebih tau diri kamu camne..
    so caiyok2...
    moga terus maju jaya..

    BalasPadam
  4. kenapa aku macam tak berminat dengan hikayat merong nie? enjoy ur movie.

    BalasPadam
  5. AKU RASA MACAM TAK DAPAT TENGOK JERK.ERK??WHAT THE FISH KOMEN AKU NI.HEHEHE

    BalasPadam
  6. Jom hikayat merong Mahawangsa..tunggu kat aStro first saja..

    BalasPadam
  7. nampak gaya mmg tak dpt tgk la citer merong mahawangsa nih...kalau nak tgk gak kna tgu cd la gamaknya saya nih...kasihannn

    BalasPadam
  8. tu ah. ingat nak pergi tengok jugak ah. kawan cakap kalau tgk 10 kali pun berbaloi baloi. teehee

    BalasPadam
  9. woo 8/10..good job hans!

    BalasPadam
  10. entah... mcm tak best jer tajuk dia..merong..merong plak..ada sakti2 ker tak mau laaa.. kalu repek rapu cam hantu Kak Limah balik umah tu ok gakkkk....

    BalasPadam
  11. actually nak tgk crita nih bukan sbb ceritanya sgtt tp nk tgk keunikkan filem ini berbanding filem2 Melayu yg lain.

    BalasPadam
  12. stuju ngn rabun..
    poster yer cntik..

    tgok kpd pmbikinan filemnya..mmg mantap. hrp2 citer ni btul2 pcah panggung..bkn panggung pcah.hihi~

    BalasPadam
  13. best tu best tp, fighting scene mcm kartun skit ler, laju semacam aje.. n ada magik2 plaks tu dgn pakai cermin dari atas kapal.. overall ok laaa

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com