Kalau Tiada Rotan, Pelempang Jer Lah!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Wah! Semalam gua tak sempat nak update blog sebab penat gila pergi menyelesaikan urusan berkaitan assignment gua dengan rakan - rakan. Memang semalam penat gila tapi gua rasa seronok sebab alhamdulillah gua memang bertuah dalam 2-3 hari nih. Syukur sangat - sangat dan moga - moga tuah tersebut sentiasa mengiringi hidup gua sehari - hari.

Baiklah! Sebelum gua menaip tentang tajuk di atas yang agak kasar bunyinya tu biarlah gua berterus terang bahawasanya tajuk tu gua cilok dari pepatah lucu yang gua cari dekat google. Gua sajalah letak sebab nampak macam menarik jer. Ekekekeke! Jadi, semalam ada satu kisah yang boleh gua klasifikasikan di dalam kategori 'Budi Bahasa Budaya Kita'.




Semalam gua dengan rakan - rakan pergi ke Sogo sebab kumpulan gua ada temujanji dengan seseorang yang ada sangkut paut dengan assignment kitaorang. Jadi, rakan gua nih kata dia nak parking dekat kawasan parking dalam Sogo tu. Gua pun tak kisah lah sebab hari pun nak hujan kan. Parking memang penuh gila! Tengah mata gua dan member - member gua fokus mencari parking tu tiba - tiba member gua berhenti mengejut. Rupa - rupanya, ada kereta depan nak keluar.

Jadi, kitaorang pun memang terpaksa lah undur kereta ke belakang dan alang - alang lepas kereta tu keluar boleh lah parking kereta dekat situ. Tiba - tiba tingkap kereta member gua diketuk - ketuk dengan kuatnya oleh seorang lelaki. Gua dah terkejut dah sebab entah dari mana lah mamat tu dah datang. Lepas tu mamat nih ketuk tingkap tu kuat nak mampus kut. Kalau tingkap kereta tu asalnya dari kaca tulen memang dah pecah gua rasa. Tiba - tiba si mamat nih marah :-


Mamat : Helloooo! Kereta hijau belakang tu dah tunggu lama dahhhh!

Member Gua : Erkkk?

Mamat : Tuuuu! Kereta hijau belakang kereta kau nih dah tunggu lama dahhhhh!! Bagilah parking tu dekat diiaaaaaaa!!!

Semua Dalam Kereta(termasuk Gua) : Sabarlahhhh!!! Kereta nih nak keluar! Mana boleh nak gerak ke depan! Kau tak reti nak cakap elok - elok ker?

Mamat : .......(terus berjalan ke depan laju - laju)

Semua Dalam Kereta(termasuk Gua) : Hah!! Malu! Malu! Tahu pun malu!!


Gua rasa si mamat tu mungkin sebab rasa malu yang amat sangat kut terus dia berjalan ke depan dengan lajunya dan langsung tak menoleh kebelakang dah. Member gua yang tengah drive kereta tu kebetulan mood dia memang tak baik semalam jadi memang dah macam gunung berapi lah jadinya masa tu. Memang dia selambe jer marah dekat mamat tu! Hahahaha!




Bagi gua memang niat mamat tu baik sebab secara jujurnya kitaorang pun tak perasan dengan kereta hijau dekat belakang kitaorang tu tapi sebagai seorang manusia dan yang penting apabila kau adalah seorang lelaki dan sedang bercakap dengan wanita sepatutnya kau :-

  1. Rendahkan lah nada suara kau tu. Ini tidak! Cakap dengan member gua macam member gua dah langgar awek lu sampai kaki awek lu terputus!
  2. Ketuk tingkap kereta member gua macam nak kasi pecah! Bukannya tak boleh ketuk slow - slow!
  3. Lepas tu salam pun tak bagi! Terus main serbu jer! Cess!
  4. Kemudian cakap nak marah - marah dan akhirnya si mamat nih yang malu sendiri!

Gua memang dah niat dah kalau si mamat tu buat gangster memang gua pun nak balas cara gangster. Gua tak tahu kenapa tapi gua pantang sikit bila lelaki cakap dengan perempuan macam tu. Apa kau fikir kau lelaki kau boleh nak gertak - gertak kawan perempuan gua ker? Tapi, ada seorang member gua nih kata abaikan jer lah si mamat tu!




Member gua kata dia risau sebab mana tahu kalau mamat tu psycho ker tekanan jiwa ker. Faham - faham jer lah manusia macam nih dia boleh bertindak di luar dugaan. Lepas tu bila gua fikir balik ada betul juga kata member gua tadi tu.

Apa - apapun, gua selalu dan suka untuk katakan kita semua masing - masing ada hak untuk menegur atau memberi pandangan tetapi gunakan lah pendekatan yang baik dan berhemah sikit kerana orang akan menilai peribadi anda iaitu salah satunya melalui cara anda berkomunikasi.

P/S : Budi Bahasa Budaya Kita? Betul Ker? Silalah Amalkan!

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau saya disergah mcm tu..
    mahunya mcm nak meletup gunung berapi.
    skrg ni mcm susah pulak nak kawal marah kalau disergah secara tiba-tiba.
    tambah pulak kalau bukan salah kita.

    pantang jiran sblh rumah gua mcm tu..
    huhu....

    BalasPadam
  2. betul betul . budi bahasa budaya kita .

    BalasPadam
  3. mmg dah ramai pon ada perangai gilo camtu..apa drg tau pasai budi bahasa..musti tak tgk iklan budi bahasa kat umah ek..huhu

    BalasPadam
  4. hahahaha
    kalau aku..
    aku dah blaing kasut dah kat mamat tue!

    BalasPadam
  5. awat tak ketuk je pale mamat tuh? haha

    BalasPadam
  6. ishhh...menyampahnyaaa dgn orang yang tak reti nak jage budi bahase ni.orang cm2.memang kene wat dono je.bia dia sogan sendiri~

    BalasPadam
  7. mungkin cara mamat tu mmg camtu kot..nampak mcm samseng..

    BalasPadam
  8. gler kuang ajar , kalu aku , mmg maki ag santek dr ko , haha :P

    BalasPadam
  9. Betul tu.. Kalau dah tak dapat cara kasar guna cara halus.. Upah tok moh... haha...

    BalasPadam
  10. iklan byk da kat tv n media massa tapi still takde kesedaran sivik..
    lau ade pistol ke M16 ke kasi tembak laju2..

    BalasPadam
  11. tulah,kdg2 kita kurang berbahasa,org tu pulak terlebih bahasa.kadang tu,kita terkurang bahasa,dia pulak yg terlebih bahasa.emm...mcm2 org ni.

    BalasPadam
  12. iklan mcm mane pn tp bnda ni dh tepu dah dlm msyrkt..mane2 pn gitu.mmg kasar org msia ni.tp dgn mat saleh baik pulak.nk jaga imej konon.aku jd heran bila mat saleh kate msian people is very polite.hipokrit betul msian.sbb kita tau realiti majoriti sbnr kita ni mcm mane.

    BalasPadam
  13. kadang2 orang celaka ni kite kene ajar sket. bila lg dye nak belajar?

    berikan pengalaman bagi mereka yg tak reti berbahasa dengan menyapa org yg tak dikenali sebab pengalaman merupakan guru terbaik.

    geram.

    BalasPadam
  14. hans memang gentlemannn laarrhhh
    hehehe

    BalasPadam
  15. hehehe...biasalah....laki tu terlampau prihatin tu...


    tp caranya tak kena...hihihi

    BalasPadam
  16. Assalam,

    Pernah juga mengalami pengalaman yg sama...siap dia maki bodooo bagai kat kita... walaupun bukan silap kita, wat donno ajer... takyah layan org gilo nanti kita pun sama gilo cam diyo. Relax relax beb...

    Hans, hang tak tau ka mwana dah lama follow hang hans.

    BalasPadam
  17. uiks..tak sangka lak.
    hm..boleh panas ni kalau kena marah tetibe je

    BalasPadam
  18. orang tu kalau Siti nyanyi live lagu Budi Bahasa Budaya Kita mungkin boleh sembuh penyakit gila dia.
    hahah.

    BalasPadam
  19. sume org akn stress mcrik pking.lagi2 kalo pi sogo or mid valley.tingt mber ckp ri tu..aku n laki aku kalo susah cri pking,bc doa nabi yunus byk2 kali..tup2 lps tu trus jmpa.hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama