Ahad, 6 Mac 2011

Kau Buat Hal Lagi! Tak Habis - Habis Kau Menyusahkan Aku!

Haih! Gua tadi semangat lah jawab soalan midterm test gua! Lepas tu gua malas nak bertapa lama - lama dalam kelas tu sebab sejuk jadi gua pun keluar dan menjadi orang kedua keluar terawal dari kelas. Lepas tu member - member kelas gua kata gua hebat keluar awal. Cess! Penat gua cakap gua main hentam tulis jer jawapan tapi jawapan diorang,"Yerlahhhhh tu Hanssssss!" Ingat gua bijak sangat ker apa! Kahkahkahakha!

Lepas tu sebab gua tumpangkan member gua jadi gua tunggu lah dia dekat parking motosikal. Gua beli air tin RM1 dekat mesin air tu lepas tu gua letak dekat motosikal gua. Gua budget gua nak minum masa pergi makan dekat Ummi ker Redone ker. Lepas tu masa gua baring kejap atas motosikal gua...gua rasa pelik! Kenapa motosikal gua nih rendah semacam jer nih? Mata gua secara automatik pandang bawah...NAHHH!! TUDIAAAAA!! PANCIT PULAK DAHHHH!




Adoiyai! Tadi punya dok elok dok ada! Tak ada pula simptom - simptom tayar nak pancit. Alih - alih sekarang pancit pula! Macam semester lepas kes motosikal aku pancit sebab tayar pecah tapi kes nih tak pula. Aku belek punya belek elok jer tayar. Habis macam mana boleh pancit? Angin dia keluar dekat mana? Stress punya pasal terus aku minum jer air yang aku beli dekat mesin tadi. Jadi, kawan aku tadi bantulah aku pergi dekat semua bengkel dekat seksyen 7 tu. Semua bengkel tak ada pomen @ mekanik. Yang ada semua nak buat kerja dalam bengkel tu jer. Ada pula tu yang suruh gua bawa motosikal pergi bengkel dia. Aiyo! Dah motosikal gua pancit tahap cium tanah macam mana gua nak bawa motosikal gua pergi bengkel lu? Kalau boleh bawa tak payah lah gua suruh kawan gua berpecah peluh pergi bengkel lu semata - mata nak suruh mekanik datang dekat fakulti gua. Cess!


Gua Rasa Macam Nak Pinjam Jer Pistol Nenek Nih!


Penat gua tunggu 2 jam tapi habuk pun tarak. Member gua lagi sadis. 2 jam dia melilau cari bengkel! Haihhhhhh!!! Sedih betul lah! Patutnya petang nih gua nak buat group assignment dengan member - member gua tapi memang tak dapat lah! Esok pula nak kena tumpang budak rumah pula. Haihhhh! Stress betul gua! Ingat habis midterm tadi nak enjoy lah makan sayur banyak - banyak tapi motosikal pula pancit. Tragis tul nasib motosikal gua! Selalu buat hal waktu - waktu gua memerlukan dia. Haihhhh!!!


P/S : Nak Tengok Liverpool Lawan Man.United Pun Susah!!!

15 ulasan:

  1. tak kira nak cakap gak..glory man u glory!

    BalasPadam
  2. tayar ekau tu btuah btl la. Pancit tak kena masa

    BalasPadam
  3. tayar ekau tu btuah btl la. Pancit tak kena masa

    BalasPadam
  4. shafiq : hahaha..xhabis2 glory2 ko tu

    nisya : tahu xper...aku baru nak bersuka ria hilangkan stress jawab paper yang macam final exam tu alih2 bertambah stress aku...hahahaha

    BalasPadam
  5. ko enjoy makan sayur ke? wades... hahahah

    pahtu muka pun jadi hijau... hahaha

    BalasPadam
  6. kaizen : sayur sedap kut...tu aku suka tu..

    BalasPadam
  7. tak suka moto pancit..pernah alaminya. tgh jalan tader org plak tu..naseb baik uncle kilang kayu nak nolong. kalau tak..bye2 adios..

    BalasPadam
  8. aih lu buat apa ni hans. sampai macam2 kes tjadi ni hah? hehe

    BalasPadam
  9. i ponah tolak motor paancit sampai bajir datu bandan....hahaa

    BalasPadam
  10. salam bro,

    kena spare barang2 tukar tiub dalm box..hehe.belajar jadi pomen :)

    BalasPadam
  11. haishhhhhh..sabor je la ea wahai incik hanssss..
    papepon liverpool ok!!lol

    BalasPadam
  12. Pakai ler tubeless hehehe.. Nasib badan.. :P

    BalasPadam
  13. kalo tayar pecah ngn tiub skali aku bwk kat kedai rm55 kena bayo, habis duit situ je

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com