Konsert Hore! Hore! Bersama Aznil Hj. Nawawi Sangat Menghiburkan


Alhamdulillah! Gua baru balik dari menonton Konsert Hore! Hore! Bersama Aznil Hj. Nawawi. Gua pergi nih pun tanpa dirancang dan berkejar - kejar juga lah sebab member gua tiba - tiba ajak gua pergi dengan dia. Jadi, gua layankan jer lah memandangkan gua pun teringin nak hibur - hiburkan diri.

Gua memang suka dengan gaya penyampaian Aznil jadi gua memang terhibur gila dengan persembahan beliau sebentar tadi. Persembahan dia selama 3 jam tu langsung gua tak rasa pun dengan melihat keletah beliau, anak angkat beliau serta persembahan bersahaja daripada setiap penonton yang terpilih atau berani untuk naik keatas pentas.

Semua lagu yang Pak Nil nyanyi tu semua gua layan kut. Adakah selera beliau dan gua dalam lagu pilihan adalah serupa? Hahahaha! Paling gua gelak - gelak bila Pak Nil nyanyi lagu Ella. Sumpah sempoi habis. Dah macam suara Ella pun ada. Ekekekekeke! Anak angkat Pak Nil pun comel! Hahahaha! Geram jer aku tengok keletah dia. Comelllll!

Seronok tu bila tengok penonton yang menang kereta dengan barangan kemas yang masing - masing bernilai RM50,000. Wow! Rezeki diorang kut! Bertuah betul! Tiba - tiba gua rasa dengki sekejap! Ekekekekeke! Apa - apapun, memang seronoklah tadi dan pada pandangan peribadi gua sememangnya Aznil Hj. Nawawi layak digelar penghibur kerana beliau memang berbakat dan hebat dalam menghiburkan penonton. Tahniah Pak Nil! Moga anda sentiasa berjaya dalam apa sahaja yang anda ceburi.

P/S : Nak Tanya Pak Nil Apa Rahsia Beliau Awet Muda? Kongsikan Dengan Saya! Hehehehe!

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tetiba rindukan mesia lak.. heee

    BalasPadam
  2. GGgrrrrrrrrr.. Dapat tiket free dr nuffnang tapi aku sendiri terpaksa kasi kat orang tiket tu sebab aku tak dapat datang.. *Terkilan owh..


    Entry Terbaru : Cerekarama : Berkalung Noda

    BalasPadam
  3. akak dapat tapi suruh anak gi ajer

    BalasPadam
  4. kf : hahaha...xpayah jeles la paan...ejhhhe

    abang ket : hahaha...rindu balik lah..

    d_tieah : owh,nuffnang ada kasi ekk?baru tahu

    kak ina : hohoho....patut kak ina pergi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama