Review Filem : World Invasion : Battle Of Los Angeles



Filem:
World Invasion : Battle Of Los Angeles


Genre:
Aksi, Fiksyen & Thriller


Pengarah:
Jonathan Liebesman


Pelakon:
Aaron  Eckhart, Ramon Rodriguez, Cory Hardrict, Ne-Yo,
James Hiroyuki Liao, Bridget Moynahan, Noel Fisher & Etc.


Sinopsis:
NASA telah melihat pergerakan meteor yang semakin hampir dengan bumi dan mengjangkakan kesemua meteor itu akan terhempas ke laut. Namun meteor yang terhempas itu sebenarnya membawa makhluk - makhluk yang tidak dikenali masuk ke dalam bumi dan seluruh dunia diserang oleh makhluk - makhluk asing ini. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah mengerahkan kesemua askar mereka untuk bertempur dengan makhluk asing yang mereka tidak tahu apa - apa langsung tentang kelemahan mahu pun kekuatan makhluk itu. Namun, sistem pertahanan Amerika Syarikat yang canggih itu lumpuh dengan serta merta. Pangkalan tentera mereka musnah sekelip mata. Hampir keseluruhan Amerika Syarikat telah dijajah oleh makhluk asing ini. Jadi, kini Amerika Syarikat bergantung harap kepada beberapa orang askar mereka yang masih hidup dan berkebolehan yang diketuai oleh Sarjan Michael Nantz untuk membebaskan Amerika Syarikat daripada dijajah oleh makhluk asing ini. Berjayakah mereka menewaskan makhluk asing ini? Adakah kejayaan itu akan diakhiri dengan kematian mereka? Selamat menonton di pawagam berhampiran anda.


Ulasan:

Aku mendapat banyak komen positif yang menyarankan aku untuk pergi menonton filem ini. Jadi, kerana sedikit terpengaruh maka dapatlah juga akhirnya aku menonton filem World Invasion : Battle Of Los Angeles nih. Baiklah! Bagi aku filem nih sama jer konsepnya dengan filem - filem lain sebelum ini yang bertemakan peperangan antara manusia dengan makhluk asing di mana manusia mahukan kebebasan dan makhluk asing @ alien mahu menjajah bumi kerana bahan mentah.

3 perkara yang aku kurang gemar tentang filem nih. Pertama ialah pergerakan camera atau shot - shot yang agak bergoyang pada beberapa babak yang membuatkan mata aku sedikit pening. Itu agak mengganggu fokus aku. Kedua ialah plot ceritanya yang kadang - kadang agak lambat atau tidak perlu ada. Mungkin sebab itu filem ini agak panjang durasinya. Ketiga ialah rupa - rupa makhluk asing tersebut. Hahaha! Bukannya rupa makhluk asing itu tak menarik atau nampak seperti tidak realistik cuma aku bosan kerana rupa makhluk asing di dalam mana - mana filem hollywood mesti sama jer. Kalau tak macam wajah Predator mesti macam wajah sotong 6 kaki. Hohohoho!

Apa - apapun, aku suka menonton filem nih kerana tema Cintakan Negara serta Keberanian yang ditunjukkan oleh semua pelakon - pelakon di dalam filem nih memang sampai kepada aku. Filem ini sangat berjiwa patriotik. Aku rasa bangga melihat tentera yang sebegitu berani dan tak takut mati semata - mata untuk negara. Memang filem nih sesuai kepada sesiapa yang meminati tema dan mempunyai semangat kenegaraan. Kesan khas atau CGI di dalam filem nih memang tidak boleh dinafikan lagi. Memang terbaik lah!

Dan aku suka satu ayat di dalam filem ini,"Apabila sesuatu yang lain menjajah untuk mendapatkan sumber mineral maka dia akan menghapuskan populasi sebelum itu!" Mungkin ini adalah salah satu kritikan pedas pengarah atau penulis skrip terhadap pentadbiran Amerika Syarikat dan medium terbaik adalah melalui filem ini. Jadi, dari 5 bintang, aku memberi 4 bintang lah untuk filem nih. Selamat menonton!

P/S : Filem Apa Pula Lepas Nih?

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ayat last tu terbaikkkkkk!! hehe..
    cte len beb?

    BalasPadam
  2. hehe..dh dwload xsmpt nk tngok lg..
    :)

    BalasPadam
  3. hhaa... saya baru tg merong mahawangsa...

    BalasPadam
  4. baru tengok smlm. 4.12 stars. kesan bunyik best. and ada part suspens yang buat ak takleh bukak mata. hahax.

    BalasPadam
  5. aku ingat nak tengok cite ni gak td..tp penuh la kat mid valley..aku tgk judgement bereau je la..best gak..

    BalasPadam
  6. aku on the way wat review citer ni, dah tengok sejak movie screen lagi, tiket free dari mangga ads. huhu

    mmg betol weh, bergoyang2 tu bikin aku pening. kurang kemas disitu

    BalasPadam
  7. 1st day tygan aku dh tgk...mmg best!!! cuma mcm ko cakap...tang kamera tu yg memeningkan... :P

    BalasPadam
  8. Macam best jer cita ni... Mungkin dierang sengaja nak kasik pening audience kot.. Nak cover part yang buruk untuk ditonton.. haha..

    BalasPadam
  9. pi layan sucker punch. film tu best

    BalasPadam
  10. makhluk asing amerika mmg macam tu... hahah.. tp mcm best jer.. kena tgk tp bukan kat wayanglah.. heheh..

    BalasPadam
  11. ouchh best ke..?? tp bab2 pening ni la yg mlas nk tgk ni..filem romntik komedi xdek ke..? hehe =)

    BalasPadam
  12. aaaaa....
    best ke.....
    jom tgk lagi brooo

    BalasPadam
  13. rango agaknya best tak hans.
    takmo tgk cter ni. nak tunggu transformers :)

    BalasPadam
  14. Bestttt! semangat gile pg kalahkn 'alien'-'alien'.. LOL XD

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama