Sana Sini Orang Bercerita Tentang Filem Hikayat Merong Mahawangsa



Sana sini orang bercerita pasal filem ini sama di blog, facebook mahu pun di kedai makan atau pun kelas. Memang filem ini memberikan impak yang agak besar kepada rakyat Malaysia selain kejadian tsunami yang melanda Jepun pada minggu ini. Aku juga tidak terkecuali untuk membicarakan serba sedikit tentang filem ini sebelum ini kerana ia adalah salah satu filem yang berjaya menarik hati aku untuk menonton filem ini di pawagam.

Rata - rata ulasan dan komen yang diberi oleh para penonton adalah positif tetapi seperti biasa kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Banyak juga yang memberi kritikan negatif terhadap filem terbitan KRU ini. Ini adalah lumrah kerana akan ada orang yang suka dan tidak dengan hasil kerja kita. Apa - apapun, aku kadang - kadang  hairan bila ada yang cuba membandingkan filem ini dengan filem - filem hebat keluaran Hollywood.

Bagi aku memang tak ada salah pun apabila kita membandingkan filem HMM dengan filem luar kerana dari situ kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada cuma janganlah terlalu mengharapkan kehebatan CGI yang ada di dalam filem - filem Hollywood itu juga ada pada filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Ini adalah filem epik pertama Malaysia yang dibuat untuk penonton - penonton disini(betulkan saya jika fakta ini salah) jadi memang akan wujud banyak kelemahan dan kekurangannya. Cuma sebagai filem epik pertama ia adalah suatu benda baru yang bagus dan menarik untuk ditonton dan dibangga.


**Penambahan Fakta : Filem Epik Pertama ialah Puteri Gunung Ledang. Jadi Filem Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem kedua. Tetapi, bila dibuat perbandingan antara kedua - dua filem ini kita sudah dapat melihat banyak penambah baikan yang dibuat di dalam filem HMM.


Seperti filem animasi Malaysia dahulu di mana filem Silat Lagenda dan Putih juga gagal di pasaran tetapi kemudian muncul pula filem Geng : Pengembaraan Bermula dan Saladin yang melalui banyak revolusi positif dan berjaya menambat hati penonton Malaysia dan dunia di pawagam. Begitu juga dengan filem HMM nih.




Bagi aku tak salah pun untuk mengaku bahawa filem ini masih banyak kelemahan tetapi berbanggalah kerana Malaysia akhirnya sudah mula mengorak langkah di dalam menerbitkan filem - filem bergenre sebegini. Jadilah seperti rakyat Korea, Jepun dan Thailand yang berbangga dengan hasil anak watannya sendiri dan memberi sokongan padu kepada pembikin filem mereka. Hasilnya, daripada permulaan filem - filem mereka yang mungkin boleh dikategorikan sebagai 'filem stok ketawa' oleh masyarakat kita dan kemudian hasilnya berubah secara perlahan - lahan kepada 'filem rujukan' oleh masyarakat dunia.

P/S : Tak Salah Membuat Perbandingan Cuma Jangan Membiarkan
Aura Negatif Itu Berjangkit Pada Yang Lain.

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku setuju ngan kau. bagi aku filem terbitan KRu kali ni better than Magika. Maybe ada sikit2 yg tak logik n x real mcm sampan terbakar time kena pantulan matahari kt cermin n marcus bergayut menyeberangi laut. filem org putih pun ada jgk yg x logik tgk la mcm xmen origin yg 1/2 siap tu. kantoi. nmpk semua kelemahan dorang. aku bangga jd anak malaysia

    p/s: lepas ni nak tgk KOngsi. :)

    BalasPadam
  2. Khai : owh...selamat menonton filem Kongsi nanti...

    Jazli : ar ar...lupa plak aku....tq for remember me...hohoo

    BalasPadam
  3. biasala tue..ad la cikit2 xlogik tp kira ok n bleyh diterima..ak pown layan ja tengok..mata xberkelip lgsung coz jalan cerita menarik..HMM lebih kurang sama jalan citer die mcm citer The Queens of Langkasuka..tp TQOL lg byk xlogiknyer..kuase mlampau2 sgt tp still layanla..hope filem malaysia improve lg..bg yg g pggung tgk cite HMM mmg xrugila..puas hati..

    BalasPadam
  4. member aku ckp best citer ni setaraf filem luar..nnt nak pi tgk :)

    BalasPadam
  5. huih, kena tengokla cerita neh~~

    BalasPadam
  6. harap hikayat lain juga difilemkan :)

    BalasPadam
  7. terbaekkkkk!!!! aku suke giler tgk citer ni :)

    BalasPadam
  8. agree with u hans
    hehe,,.
    apa3 pun benda pembaratan ni mengikut proses.
    kalau filem tptop kua macam filem barat, then 2 da macam ajaib dahh

    syabas


    Have a nice day. 
    •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
    (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
    (=' ;') •::::::::Ahh choom….. :::::::::::•
    (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

    |Blog Menggemok|

    BalasPadam
  9. aku rasa filem leftenan adnan lakonan hairie othaman dulu tu pun dalam kategori epik.

    BalasPadam
  10. cam teringin jugak nk g tengok.. emm...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama