Sabtu, 26 Mac 2011

Selangorlicious Blogger Luncheon

Aku mendapat jemputan melalui email tentang majlis nih. Secara jujurnya sumpah memang aku teringin gila nak pergi sebab benda nih ada kena mengena dengan minat aku -> MAKANAN.




Maklumlah! Aku kan suka berangan - angan nak jadi Pengacara JJCM. Kahkahkahkah! Tetapi, sayangnya semua benda yang aku suka mesti akan datang dekat aku pada waktu yang aku :-
  1. Aku Tak Ada Masa @ Sangat Sibuk Dengan Assignment
  2. Aku Tak Ada Duit @ Sangat Sengkek

Aku secara ikhlasnya cakap masa aku mula - mula dapat jemputan nih melalui email aku rasa gembira sangat sebab aku suka benda - benda macam nih. Sangat suka tapi aku tak tahu lah kalau ramai yang dapat jemputan nih sebab aku tengok email aku tersenarai dekat beberapa email yang bagi aku insan - insan dalam tu memang hebat. LUPA DIRI SEKEJAP masa tengok senarai email - email tu. Hahahaha!




Apa - apapun, sekali lagi aku kempunan! Nak buat macam mana kan sebab memang dah bukan rezeki aku kut! Nak pergi sana pun tak ada transport! Duit pun tak ada! Tambah - tambah aku nih bab jalan - jalan dekat Shah Alam pun kantoi apatah lagi tempat lain. Hahahaha! Lagipun aku pun sedar sekarang aku tak ada duit jadi aku tak bolehlah ajar diri aku macam aku nih sentiasa berduit. Nasib aku dah biasa dah dengan kes macam nih sebab keluarga pun bukan senang sangat dulu - dulu.

Kadang - kadang telan air liur jer tengok kawan - kawan lain senang betul berbelanja. Senang betul dapat duit dari mak ayah tapi aku tak kisah lah sebab dah mak ayah mereka mampu. Aku nih sebab tak mampu jadi selagi aku boleh jimat memang aku cuba jimat lah. Alhamdulillah, nasib kawan - kawan aku faham dan aku pun gembira jadi diri aku sendiri.

Apa - apapun, kepada sesiapa yang dapat jemputan dan dapat pergi Selangorlicious Blogger Luncheon tu moga korang semua bergembiralah yer dan moga event tu berjaya. Okaylah! Penatlah! Nak rehat kejap! Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!


P/S : Aku Dengki Sekarang! Hahahaha!

2 ulasan:

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com