Susah Betul Nak Menang Lucky Draw Kan?

Walaweh! Pagi - pagi lagi gua dah bangun awal semata - mata nak jumpa supervisor gua. Memang gua minta hari nih sebab Jumaat nanti gua ada benda nak settle. Jadi, gua memang gigih lah tunggu sejam lebih. Macam orang gila jugalah gua menunggu tapi dah gua yang nak sangat jumpa hari nih jadi gua memang kena tunggulah. Hahahaha. Apa - apapun, gua dah sangat gembira sebab gua cuma kena tambah sikit - sikit dan dah boleh mula membuat soalan questionnaire gua. Nanti pada sesiapa yang ada komen pada review - review filem yang gua selalu tulis dekat blog gua nih boleh lah bantu gua yer jawab soalan - soalan yang bakal gua bagi nanti.


Okaylah! Hari nih member - member gua yang berlainan course tapi sefakulti dengan gua buat Karnival Jom Mendaftar dekat Parking Dewan Sri Budiman, Uitm, Shah Alam dan gua baru jer balik dari tempat tu. Memang gua duduk dekat sana dari tengahari sampai ke petang. Hehehehehe! Bukan sebab apa tapi gua gigih tunggu lucky draw pasal nak dapatkan Ipod. Kehkehkehkhe!


Mula - mula gua pergi sana gua dengar talk daripada Faradiba ker apa yang TV9 tu. Lepas tu muka gua nih pergi dengar seminar Clinique sebab nak dapatkan goodies bag yang ada barang dalam tu. Sanggup kut sebab benda dapat percuma! Hahhaha! Lepas tu gua masuk pertandingan makan epal pula tapi gua dapat nombor satu dari belakang atau lebih tepat lagi gua kalah. Hahahaha! Gua sebenarnya bukan nak bertanding sangat pun tapi sebab dah lama gua tak makan epal. Itu pasal gua masuk tu. Ekekekekeke! Nasib epal sedap! Alhamdulillah!


 Kempunan!!! Hahahaha!


Gua punya lah semangat tunggu sampai akhir cabutan bertuah sebab nak dapatkan Ipod. Tapi, malangnya rezeki tak ada. Member gua dapat tapi hamper jer lah. Haih! Gua ingat gua gigih tunggu dan atas semangat dan sifat kesabaran gua nih maka gua berpeluang lah dapat tapi memang gua tak bertuah lah hari nih. Hahahaha! Apa - apapun, nak buat macam mana kan! Tak kisahlah! Janji gua dah pergi event member gua dan support diorang. Okaylah! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


 Manalah Pergi Nombor 'Bertuah' Aku Tadi? Hahahaha!


P/S : Boleh Tahan Jugalah Goodies Yang Gua Dapat Tadi!
Syampu Dah Tak Payah Belilah Kut! Ekekekeke!

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. lucky draw ni lagi tunggu lagi takde luck

    hohohoh

    BalasPadam
  2. hahaha..best kan kalau dpt bnda prcuma ni..

    BalasPadam
  3. benda free memang la sesangat best..ha3

    BalasPadam
  4. haha..besala tu ak pon spnjang hidup ni pon masuk cbutan bertuah xpnah la lgi bertuah dapat adiah apa2..=)

    BalasPadam
  5. alahai namapun lucky draw... ikut nasih le... tahniah jua atas usaha untuk dapatkannya... peace !!!

    BalasPadam
  6. nama pun lucky draw... nasib2 jee

    BalasPadam
  7. hahahaa aku nih lg la tak penah betuah. Tak penah dpt pun lucky draw

    BalasPadam
  8. Kita tak pernah lucky dalam lucky draw hohoho

    BalasPadam
  9. pergh x pernah menang adiah lucky draw lg hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama