Selasa, 12 April 2011

Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 2



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Akan Diberitahu Pada Episod Ke-3


Ulasan Hans:

Pada episod ke-2 ini, kebanyakkan peserta telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dan tidak kurang juga yang masih belum panas dan ada juga beberapa peserta yang kurang menyerlah pada episod kali ini berbanding minggu pertama mereka beraksi. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-2 ini.


Kumpulan XN3:


Persembahan pertama dimulakan oleh kumpulan ini dengan judulnya bertajuk Sambungan Pocong. Lawak mereka minggu ini kurang menjadi dan agak biasa saja. Jika dibandingkan persembahan mereka pada minggu lepas, nampaknya prestasi mereka pada minggu ini kurang menyerlah. Moga persembahan pada minggu depan semakin mantap.


Jihan:


Jihan menjadikan 'Miss J' dari rancangan America Next Top Model sebagai modal lawak beliau pada minggu ini. Jika dibandingkan dengan minggu lepas, memang persembahan Jihan menunjukkan peningkatan yang sangat baik dan agak menghiburkan. Walaubagaimanapun, masih banyak kekurangan yang perlu Jihan perbaiki dan moga pada minggu depan Jihan akan tampil dengan aksi yang lebih lucu dan segar. Semoga berjaya Jihan pada minggu depan!


Alex:


Alex pula tampil dengan aksi sebagai seorang gangster yang ditugaskan menjaga tandas awam. Mesejnya ada tetapi komen yang diberi oleh Saiful Apek kepada beliau ada juga benarnya. Alex memang bergurau atau mengusik  melalui persembahannya itu tetapi untuk melawak seperti kurang sesuai. Masih ada lagi kekurangan yang perlu Alex perbaiki. Apa - apapun, moga Alex tampil dengan lawak yang sememangnya sesuai digunakan untuk melawak pada episod akan datang.


Kumpulan R2:


Kumpulan R2 tampil dengan kisah dua orang perompak yang cuba merompak sebuah rumah. Seperti biasa lawak mereka memang mencuit hati namun aku amat bersetuju dengan komen Mamat Khalid dimana kedua - keduanya perlu bijak dalam memberi peluang kepada satu sama lain supaya kedua - duanya dipandang sama rata oleh penonton yang akan melihat kedua - duanya boleh melawak dan bukannya seperti sekarang yang menunjukkan hanya seorang sahaja yang mampu melawak. Namun, lawak mereka memang menarik kerana susunan cerita mereka kemas dan ada kesinambungan. Semoga aksi mereka lebih lucu pada minggu hadapan.


Amir:


Aksi Amir pada minggu ini memang ada peningkatan dan peningkatan itu amat bagus bagi aku. Akhirnya, ada jugalah bunyi ketawa daripada aku apabila menonton aksi Amir pada minggu kedua ini dan aku amat bersetuju dengan komen Ahmad Idham pada Amir yang kelihatan terkejar - kejar sewaktu persembahan beliau. Bukan semua mampu memahami loghat sesuatu negeri jadi dengan berkata - kata terlampau cepat menyukarkan penonton untuk memahami apa yang Amir cuba sampaikan. Moga Amir menjadikan nasihat Ahmad Idham sebagai panduan untuk memperkemaskan lagi persembahan beliau pada minggu depan. Apa - apapun, peningkatan yang baik daripada Amir.


Man:


Man mengambil karakter orang minyak pada minggu ini di dalam persembahannya namun lawaknya pada minggu ini tidak menjadi. Mungkin menjadi pemenang raja lawak musim ke-5 yang belum sampai sebulan pun lagi tempohnya memberi tekanan kepada Man untuk menunjukkan aksi yang terbaik. Namun, Man perlu tampil dengan lebih yakin juga dengan lawak yang lebih lucu jika masih mahu bersaing di pentas Maharaja Lawak. Moga Man kembali memberi saingan pada minggu hadapan.


Kumpulan Jambu:


Aksi kumpulan Jambu sebagai pesakit mental pada minggu ini memang menarik. Aku cukup terhibur melihat keletah dan mimik muka Yus. Memang menarik dan apa yang aku perasan mereka tampil dengan lawak yang aku sendiri tidak jangka dan lawak mereka itu berjaya membuatkan aku seolah - olah percaya bahawa adanya Zila Bakarin dan Ketua Kampung. Untuk 2 episod pertama ini, apa yang aku boleh katakan kumpulan ini telah menetapkan penanda aras kepada peserta - peserta lain untuk menyaingi mereka. Persembahan kumpulan Jambu memang unik, segar dan terbaik. Tahniah kumpulan Jambu. Moga minggu hadapan sekali lagi persembahan kalian akan menghiburkan aku. Moga berjaya!


Kumpulan Sepah:


Lawak kumpulan Sepah pada minggu ini berkisah tentang keadaan di penjara. Kumpulan ini telah menunaikan impian aku untuk menyaksikan lawak mereka seperti episod pertama dimana tiada lawak - lawak panas seperti mana musim mereka menjadi juara. Memang bagi aku lawak mereka kelihatan betul - betul spontan dan menarik. Aku sangat terhibur dan aku ucapkan tahniah pada kalian bertiga. Teruskan persembahan sebegini lagi. Tahniah kumpulan Sepah!


Nabil:


Lawak bersiri Nabil ini memang mencuit hati aku dimana Nabil mengambil karakter salesman untuk dijadikan sebagai watak yang menghiburkan. Nabil memang seorang pelawak yang aku kenali amat kreatif apabila bertanding di dalam Raja Lawak dan tahap kreatifnya masih juga tinggi sewaktu beraksi pada pentas Maharaja Lawak ini. Persembahan Nabil memang menarik dan kreatif. Tahniah Nabil kerana kamu telah menjadikan pertandingan ini bertambah sengit lagi. Moga persembahan pada minggu hadapan semakin menarik dan hebat.


Kumpulan Jozan:


Kumpulan Jozan menjadikan Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof sebagai lawak mereka pada minggu ini. Seperti yang diketahui, Johan memang hebat dalam meniru suara artis atau orang - orang terkenal jadi Johan perlu diberi pujian pada minggu ini. Zizan juga tidak kurang hebatnya dan alhamdulillah persembahan mereka pada minggu ini amat baik. Namun, mungkin kerana aku pernah melihat lawak sedemikian sewaktu mereka menjadi pengacara Raja Lawak maka tahap terhibur aku itu tidaklah terlalu tinggi seperti sepatutnya. Apa - apapun, momentum mereka telah kembali dan tahniah diucapkan kepada kumpulan Jozan. Moga persembahan mereka semakin mantap pada minggu hadapan.


Kumpulan Wai:


Jika minggu lepas Amir tidak berjaya membuatkan aku ketawa langsung maka pada minggu ini kumpulan Wai telah mengambil alih tempat Amir. Persembahan mereka pada minggu ini memang kelam kabut. Tak ada langsung nilai lucu disitu kerana lawak - lawak yang mereka cuba sampaikan memang tidak sesuai untuk gelanggang Maharaja Lawak. Sebagai gabungan peserta dimana ada antara mereka pernah memenangi raja lawak musim ke-4, ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku. Mungkin keputusan mereka untuk bergabung adalah salah kerana memang tiada langsung keserasian disitu. Jika minggu hadapan pun persembahan mereka masih juga begini maka bersedialah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Maharaja Lawak. Moga kalian bertiga cepat - cepat mencari keserasian jika masih mahu kekal bersaing dengan peserta - peserta lain.


Kumpulan Balas:


Aksi kumpulan Balas pada minggu ini nampaknya kurang menyerlah seperti pada minggu lepas. Memang masih ada rasa lucu itu tetapi momentumnya sangat kurang jika mahu dibandingkan pada minggu lepas. Apa - apapun, moga mereka akan kembali dengan aksi yang hebat seperti mana pada minggu pertama pada episod ke-3 nanti. Moga berjaya kumpulan Balas.


Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kedua :

  1. Sepah
  2. Jambu
  3. Nabil
  4. Jozan
  5. R2
  6. Balas
  7. Jihan
  8. Amir
  9. Man
  10. Alex
  11. XN3
  12. WAI

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

10 ulasan:

  1. aku tengok persembahan jambu jer.. boleh tahan..

    BalasPadam
  2. sepah ngan jambu je best..hihihihi

    BalasPadam
  3. tak pnh tgk ag...
    exam sekrg...
    tgk buku je...
    sob2,,sob2..

    BalasPadam
  4. jozan macam kering idea..tensen aku..kenapa la diorang recycle lawak tu balik..minggu depan muzikal..aku harap diorang wat len dari len..

    btw..aku suka sepah,jambu dgn nabil wat masa sekarang..lawak diorang lain dari lain

    BalasPadam
  5. Pasnie dh xpat tgkla.. X subscribe MUSTIKA..

    BalasPadam
  6. busan AC jadi pengacara
    kakakaka

    BalasPadam
  7. wee ~ sy suka sepah jugakk :)

    BalasPadam
  8. Saya rasa WAI patut terkeluar..
    Mereka bukannya nak berlawak tetapi nak bergaduh...

    Peribahasa Jepun ( Part 2 )

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com