Selasa, 19 April 2011

Halangan Paling Berbahaya Untuk Mendapatkan Lesen P Bagi Motosikal



Pada zaman aku belajar menunggang motosikal dulu, kalau tak salah aku ada 6 ujian yang perlu aku lepasi sebelum aku berjaya membawa pulang 2 keping lesen P yang besar gedabak untuk dilekatkan pada motosikal aku dengan perasaan yang cukup bangga dan megah ketika itu. Alhamdulillah sebab untuk ujian motosikal nih aku buat sekali jer. Kalau tidak melayang duit nak bayar lagi.




 1. Pusingan Bulatan

Tahap Kesukaran : 0/5

Halangan ini sebenarnya langsung tidak mencabar kerana aku tidak dipaksa untuk melajukan pergerakan motosikal. Bawa jer lah selaju siput pun asalkan jangan jatuh atau berhenti maka anda pasti lulus ujian pertama ini. Macam aku dulu sambil bawa sambil nyanyi - nyanyi tenangkan hati. Hehehehe!
 




 2. Menyeberangi Titi

Tahap Kesukaran : 4/5

Fuh! Ini adalah salah satu halangan yang amat ditakuti oleh para pelajar. Ini kerana titi yang sebesar tapak jari dan juga masa yang diberi agak menakutkan. Jika melepasinya kurang dari 7 saat dikira gagal jadi memang perlu bijak mengimbangi badan dan motosikal anda sewaktu mengharungi ujian sukar ini. Aku lepas dah lulus ujian nih memang terus senyum sudah. Hilang semua stress untuk ke halangan berikutnya. HAHAHAHAHA!





 3. Kon

 Tahap Kesukaran : 0/5

Halangan nih sebenarnya korang boleh lepas sambil makan chewing-gum atau pun membalas sms rakan - rakan(gila berlagak). Hahahahaha! Memang senanglah! Pusing - pusing jer pun! Senang jer nih! Sangat senang!




4. Brek Mengejut

Tahap Kesukaran : 5/5

Ini juga adalah salah satu halangan yang selalu membuatkan para pelajar rasa seperti mahu membakar diri kerana gagal di halangan ini. Keberanian diperlukan di dalam ujian ini dan kepakaran dalam menghentikan motosikal di dalam kotak yang disediakan. Mencabar juga sebenarnya halangan nih tambah - tambah kalau lepas hujan! Jalan licin kut! Kira masa aku ambil ujian nih memang aku ala - ala mat rempit lah. Hahahaha!




 

 5. Selekoh

Tahap Kesukaran : 0/5

Halangan nih pun sangatlah mudah! Tak tahu nak cakap apa! Sangat senang! Sambil menyanyi jer kut buat ujian nih! Aku siap nyanyi lagu dangdut kut waktu ujian nih! Hahahahaha!





6. Jalan Raya

Tahap Kesukaran : 0/5

Halangan terakhir nih sangat menarik! Bukannya susah mana tapi agak memalukan sebab nak kena angkat tangan sepanjang masa padahal signal dekat motosikal tu berfungsi jer. Nak buat macam mana kan sebab latihan dia macam tu. Kui kui kui! Ini pun kena bijak mengimbangkan diri juga terutama wanita lah sebab selalu kaum wanita nih cepat gayat sikit kalau bawa motosikal guna sebelah tangan jer. Hehehehe!


Kemudian, selepas dah selesai menamatkan kesemua enam halangan tu maka korang akan nantikan keputusan ujian korang sama ada korang akan :- 




atau




P/S : Kepada Yang Gagal Jangan Sedih Kerana
Anda Pasti Berjaya Juga Suatu Hari Nanti.

30 ulasan:

  1. lepas ujian tu sambil balas status fesbuk member. kool tak? kehkehkeh :D

    BalasPadam
  2. shukri : hahaha...gila cool kalau macam tu

    BalasPadam
  3. huhu..semua ct lepas...titi tu...pakai gear 3...kompem lepas...hahaha....kalau break agak takut jugak..lagi-lagi kalau salah step...

    BalasPadam
  4. bismillah. assalamualaikum. (x jawap dosa) hehe. masa ana amik lesen P dulu halangan yg mencabar titian tu je la. ingatkan lesen P ni susah rupanya senang.. senang giler ah.. (ada rasa riak sikit je. hahaha)

    BalasPadam
  5. ujian superman dah tak ada ke? :)

    BalasPadam
  6. wua.......sengaja buat entry nak perli aku.arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:D

    BalasPadam
  7. next week nak amek test jpj motor
    cuak2..

    BalasPadam
  8. next week nak amek test jpj motor
    cuak2..

    BalasPadam
  9. next week nak amek test jpj motor
    cuak2..

    BalasPadam
  10. haha...
    nice..
    teringat mase amik lesen dulu..
    part tak suke time titi : mg la leh buat tapi rase cam hape je bawa mto sambil kira capai masa tahap minimum..
    ag satu part brek emergency : ade ke patut cikgu tu kate tak cukup tu..
    padahal da brek cam nak jatuh da...

    tapi alhamdulillah..
    sekrg pemegang lesen competen..
    hehe..(tak riak tak berlagak)

    BalasPadam
  11. Aku pernah jumpa sorang pakcik buat bulatan nombor 8 fail smp 5 kali..

    BalasPadam
  12. Assalam..:)
    wakkaap...part last skali tu tk suke...tpi skali je da lulus..ngeh2..:)

    BalasPadam
  13. disebabkan titi aku fail 2 kali..

    BalasPadam
  14. selalu susah tang titi dengan brek kecemasan tu je.. kalau takut2 memang boleh jatuh.hehe

    BalasPadam
  15. tak mau amik lesen motor sebab bawak motor dkt2 rumah FAMA~kat kampung je. (jgn bagitau polis. syyhhh!!!)

    BalasPadam
  16. aku suke part brek mengejut...syiok owh....paling mencabar bg aku tang titi 7 saat tuh la..

    paling ntah ape2..bile kene berlakon,betulkan helmet,check side mirror..yeay,luckily dh pass!!

    BalasPadam
  17. aku takde lesen moto, tp lesen kete ade.

    BalasPadam
  18. test dekat titi memang tension. banyak kali jugak la x lepas. huhu.


    My latest entry : Iklan Kempen Seks Secara Selamat MTV (NSFW)

    BalasPadam
  19. Aku dah lulus dah ujian motor.. Sekali jugak.. Paling gerun masa emergency brek.. Nasib baik lepas.. Double stand pun satu benda yang buat aku kecut.. Huhh! Giler lah.. Nasib baik dapat kalo tak memang menangis lah.. Tap sekarang dah tak boleh dah aku nak double stand motor.. Hahaha..

    BalasPadam
  20. Aku dah lulus dah ujian motor.. Sekali jugak.. Paling gerun masa emergency brek.. Nasib baik lepas.. Double stand pun satu benda yang buat aku kecut.. Huhh! Giler lah.. Nasib baik dapat kalo tak memang menangis lah.. Tap sekarang dah tak boleh dah aku nak double stand motor.. Hahaha..

    BalasPadam
  21. aku baru nak amek lesen, hahahaha sedih kan? hahaha

    BalasPadam
  22. memang susah gak brek mengejut tu

    BalasPadam
  23. takde keberanian nak amik lesen motor. takut jatuh
    kekeke

    BalasPadam
  24. alamak! teringat sesuatu kenangan pahit la pulok.. huhu

    BalasPadam
  25. aku tak pernah lagi ambik lesen. tapi cam mudah jer.. lalalala~

    BalasPadam
  26. teringat masa test mtor 7thn lepas..huhuhu..memang mencabar mtor yg dpt tue macam hampeh..tp sis luluss..huhu

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum....teringat time masa ambil lesen P...msa tu ujian jpj,,,msa buat latihan smua ok ja...tpi bila jumpa jpj fuhh jantung berdegup dgn kuat hehehe,,,,takut pn ada...tpi Syukur Alhamdulilah smuanya dh selesai..skrng tngah pakai lesen P..tkut jga buat silap...

    BalasPadam
  29. Slm hans. Bestla. Mohon share. Tkasih.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com