Ahad, 17 April 2011

Mana Perginya Sepasang Tangan Segelintir Rakyat Malaysia Nih?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Hans yang budiman sekalian. Hari nih gua nak meluahkan perasaan kecewa gua terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang sangatlah pengotor dan malas dalam menjaga kebersihan tandas awam.


Budaya Kita Ker?


Gua tak rasa pelik sangat kalau tandas awam tu kotor disebabkan oleh pihak yang menjaga tandas awam tu tidak efisyen dalam menyelenggara tandas awam mereka. Ialah! Kalau dah paip air atau mana - mana alat dalam tandas tu rosak dan manusia - manusia yang gunakan kemudahan tu pula dalam keadaan yang amat terdesak memanglah tak boleh salahkan mereka. Sebab apa aku kata mereka tak boleh disalahkan? Bayangkan jika kalian berada dalam keadaan kecemasan macam tu memang kalian dah tak terfikir dah dalam tandas tu ada air ker tak. Janji segala bahan kumuh tu berjaya disingkir daripada badan kalian sebelum tercicir dekat tempat yang tak sepatutnya.




Tapi yang gua rasa pelik dan marah tu sebab ada juga manusia yang masih tak tahu apa yang mereka perlu buat selepas buang air besar atau air kecil. Macam tadi adalah seorang lelaki nih kencing dan kemudian keluar dari bilik air tanpa membersihkan dulu bahan mineral hasil badan dia tu. Apa kau ingat pengguna selepas tu gembira ker nak pandang mangkuk tandas tu sambil tengok 'harta' kau dekat dalam tu? Kalau kata tandas tu rosak tak apa lah juga kalau tak flush mangkuk tandas tu tapi ini aku tengok okay jer pun. Apa punya malas lah manusia tu sampai gua pun tak tahu nak klasifikasi mamat tu sebagai apa.


 Gua Tahu Lu Bukan Cleaner Tapi Lu Masih Manusia!


Bukannya nak suruh kau cuci - calat tandas tu sampai bersih bersinar. Bukannya nak suruh kau mop lantai tu sampai berkilat sebab gua tau lu bukannya cleaner tapi takkan sampai nak pam tandas pun tak tahu? Nak kata tak ada tangan gua tengok ada jer. Nak kata luka - luka gua tengok tak ada pula berbalut simen ker apa. Habis tu dah kenapa sampai malas macam tu sekali? Pam tandas jer kut! Berapa kilo joule sangat lah tenaga kau hilang semata - mata nak pam tandas.


Mana Perginya Sepasang Tangan Kau?


Gua nih bukan apa. Kalau lah gua tengok air kencing lu atau najis lu dan benda tu boleh buat gua panjang umur ker atau gembira sampai sebulan ker memang gua relaks jer. Tapi, sebab bahan - bahan najis lu tu buat gua tak selera nak guna tandas sampai terbantut hajat gua. Tolonglah kepada sesiapa manusia yang selalu buat perkara tak senonoh macam nih. Hargailah sepasang tangan kurniaan Allah tu. Bukannya susah pun kerja lu! Lepas guna lu pam jer lah tandas tu! Bukannya lepas lu pam tandas keluar kepala hantu Ju On pun dekat mangkuk tandas tu.


 Kalau Ini Alasannya Kau Tak Flush Boleh Juga Aku Terima!

P/S : Tandas Rumah Sendiri Boleh Pula Pam Tetapi  Kenapa Tandas Awam Malas Nak Pam? Hargailah Nikmat Sepasang Tangan Tu!

9 ulasan:

  1. orang cam gini takde common sense ke ha?

    huhuh

    BalasPadam
  2. serik. banyak kali terpandang harta dalam itu mangkuk.
    jadi, aku biasakan flush dulu baru pakai.

    BalasPadam
  3. ak xmasuk, trus keluar kalau x flush. terbantut hasrat -_____-"

    BalasPadam
  4. Semuanya bermula dari pendidikan.Mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna nampaknya...


    6 Bom Tangan di temui di Brickfields

    BalasPadam
  5. huh. tak pernah masuk public pnya toilet.hahaha

    BalasPadam
  6. tak pernah jumpa tandas awam kot...

    BalasPadam
  7. hans, kandang2 tandas yang kat opis yang cume gune tah berape orang je pown dorang tak tau nak flush..hampeh je...bayg kan la kalau kat rumah sendiri, tah bersih tah tidok..kebersihan melambangkan diri sebenar tak gitu~

    BalasPadam
  8. sebab tu dalam agama ihsan tu kena ada. ihsan tu ialah buat baik pada semua orang. jangan menyusahkan orang. memang la cuci tandas tu keje makcik cleaner, tapi kita kena la bantu dia...bukan susah pun nak flush.

    ni yang marah ni.

    BalasPadam
  9. errk..geli la dengan orang sebegini. sis sanggup carik tandas yg okay2 baru masuk.

    apa la yg susah dengan flush tu, 2-3 saat je.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com