Rabu, 13 April 2011

Manusia Sekarang Dah Tak Kisah Halal Haram Ker?

Baru - baru nih aku ada terbaca satu berita di surat khabar mengenai sebuah lori yang membawa beratus - ratus kampit beras yang terbabas di sebuah jalan. Kemudian berlakulah lagi Pesta Curi Kampit Beras seperti pada bulan Februari lalu jika tak salah aku. Bezanya pula kali nih ialah beras yang diambil ialah di dalam kampit berbanding bulan Februari lalu yang diberi nama Pesta Kaut Beras kerana beras masih belum dibungkus lagi di dalam kampit.


 Pesta Kaut Beras Pada Februari Lalu


Aku memang pelik dengan sikap manusia sebegini. Tak terdetik ker rasa bersalah di dalam hati apabila mencuri kampit beras untuk di makan oleh anak isteri atau keluarga masing - masing? Kalau beras tu digunakan untuk diberi makan pada haiwan ternakan sekali pun dan jka haiwan ternakan itu digunakan sebagai bahan jualan dan bukannya untuk makanan sekeluarga namun adakah mereka fikir wang hasil jualan haiwan ternakan itu adalah halal?


 Pesta Angkut Kampit Beras Pada Minggu Ini


Paling aku ingat dan agak sedih dengan sikap segelintir manusia ini ialah kes yang sama juga pernah berlaku tetapi aku kurang pasti bila tarikhnya. Sewaktu itu pemandu lori atau treler yang membawa muatan beras ini juga turus terbabas dan pemandu tersepit di dalam lori. Ramai manusia yang memberhentikan kereta di tepi jalan tetapi tidak ada seorang pun yang berniat mahu menolong pemandu lori tersebut. Mereka hanya menuju ke arah longgokan beras dan mengambil beras tersebut dan memasukkan ke dalam kereta masing - masing dan kemudian meneruskan perjalanan seperti tiada apa - apa yang berlaku. Mana pergi perasaan simpati mereka ini? Mana pergi akal mereka yang bersusah payah belajar hukum halal haram di sekolah mahu pun kelas agama? Tidak ingatkah mereka semua tentang hal tersebut?

Aku berasa sedih dengan hal ini kerana yang menjadi mangsanya ialah keluarga mereka juga terutama pada anak - anak mereka yang masih kecil. Sumber makanan yang diberi berpunca daripada yang haram jadi mungkin itulah salah satu punca sifat dan keletah manusia sekarang adakalanya diluar jangkaan akal. Aku berharap sangat kepada sesiapa yang telah melakukan atau terfikir untuk melakukan perkara ini supaya hentikan sahajalah niat atau sikap tersebut. Ingat bila kita makan benda atau apa - apa yang puncanya dari sumber yang haram maka ia akan menjadi darah daging kita dan keluarga. Kamu yang terlibat tak rasa bersalah ker?

P/S : Manusia Sekarang Dah Tak Kisah Halal Haram Kan?

23 ulasan:

  1. depa lagi suka makan dari suka pikirkan halal haram kot.huuu

    BalasPadam
  2. sedih tengok gelagat masyarakat sekrang..makin moden dunia..makin tergadai maruah dan agama

    BalasPadam
  3. teringat yg pasal duit syiling tu,,kesian pulak,,dah la skit,duit diambil org +_+

    BalasPadam
  4. diorang ingat ambik macam tu x haram kot..

    BalasPadam
  5. itulah kalau sifat tamak brmaharajalela.. halal haram dah tak peduli.. makanan ni jadi darah daging.. bg makan kat anak bini pastu jadi perangai tak berapa nak berjenis sgt..

    BalasPadam
  6. isy. depa pikir tu rezeki. halal haram tolak tepi T___T"

    BalasPadam
  7. orang zaman sekarang, men bedal je...

    BalasPadam
  8. tula..sedih bila fikirkan gelagat rakyat mesia sekarang ni..

    BalasPadam
  9. penyakit tak kisah orang sekeliling.
    semua bermula dari rasuah.

    BalasPadam
  10. mungkin bg mereke ni..'rejki dari langit'

    tak sempat nak pikio halal haram..

    nauzubillah jauhkan aku dari terjebak same Ya Allah!

    BalasPadam
  11. dh tak fikir halal haram dh dorang nie..

    free la katakan...
    akhirat jawab...

    BalasPadam
  12. manusia bro..pikir duniawi je..

    BalasPadam
  13. asal bnda percuma, semua orang dah tak tahu yg mna 1 halal yg mana 1 haram..

    BalasPadam
  14. kalau dah dalam badan tu bersarang benda-benda yang haram, memang ar perangai pun macam haram..

    BalasPadam
  15. Mereka yang terlibat mengambil barang hak orang lain patut merasa malu kerana 'mencuri' secara terang-terangan. Tapi rasanya diaorang ni memang spesis tak tau malu kot..

    BalasPadam
  16. Mereka yang terlibat mengambil barang hak orang lain patut merasa malu kerana 'mencuri' secara terang-terangan. Tapi rasanya diaorang ni memang spesis tak tau malu kot..

    BalasPadam
  17. benda free bro..cam 2lah..xkisahlah mane datangkan..
    tp kecianlah kat drebar lori 2..tgh kesakitan tggu bantuan..
    manelah tahu die ade anak kecik yg baru lahir..xsempat nk tgk lagi dah arwah ssb xde org nk tolong..mati di tempat kejadian..cian ank n bini die...huuuu

    BalasPadam
  18. masih berada pada tahap minda kelas ketiga

    BalasPadam
  19. bukan tu je... duit syiling berterabur atas jalan pun nak kebas

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com