Sabtu, 30 April 2011

Review Filem : Fast & Furious Five



Filem:
Fast & Furious Five


Pengarah:
Justin Lin


Genre:
Aksi, Drama & Jenayah


Pelakon:
Vin Diesel, Paul Walker, Jordana Brewster, Dwayne Johnson,Tyrese Gibson,
Ludacris, Matt Schulze, Sung Kang, Gal Gadot & Etc.


Penilaian:
5 / 5

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Brian O'Conner dan Dom Toretto yang melarikan diri bersama adiknya iaitu Mia Toretto ke Rio Janeiro, Brazil selepas mereka berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis. Mereka kini telah menjadi antara penjenayah yang amat dikehendaki oleh pihak Amerika. Untuk mendapatkan kebebasan mereka kembali maka mereka merancang untuk merompak orang paling berpengaruh di Rio iaitu Reyes yang merupakan ahli perniagaan yang paling kejam dan korup di sana. Tetapi, untuk merompak harta Reyes bukannya mudah kerana Reyes telah merasuah dan mempunyai hubungan yang cukup baik dengan ketua polis disitu.


Jadi, mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk misi merompak harta Reyes ini demi membeli kebebasan mereka. Masalah mereka bertambah apabila Luke Hobbs iaitu salah seorang ejen yang tidak pernah gagal di dalam setiap tugasnya telah di arah oleh pihak polis Amerika untuk menangkap mereka bertiga. Jadi, mampukan Brian O'Conner, Dom Toretto, Mia Toretto serta kumpulan baru mereka merompak harta Reyes? Adakah mereka akan ditangkap oleh Luke Hobbs? Apakah yang akan dilakukan oleh Reyes untuk menyelamatkan hartanya? Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda.


Ulasan Hans:

Kepada sesiapa yang menonton filem Fast Furious daripada filem pertama hingga yang terbaru pasti akan terhibur dan sangat berpuas hati dengan filem Fast & Furious Five ini. Semalam aku hanya menonton dalam format biasa dan aku sangat teruja dan gembira. Jadi, aku mengesyorkan agar korang menonton dalam format 3D kerana aku yakin mesti akan lebih seronok dan dramatik menonton aksi - aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini.


 Pertemuan Pertama Untuk Misi Merompak Harta Reyes


Filem kali ini memang sangat menarik kerana jalan ceritanya yang bagus dan plot yang tersusun tidak seperti filem sebelum ini yang hanya lebih kepada perlumbaan kereta sahaja. Di dalam filem kali ini korang semua akan dipertontonkan dengan nilai kekeluargaan, setiawakan, kebebasan dan elemen komedi serta aksi kejar - mengejar dan berlawan yang sangat menarik dan hebat atau boleh aku kategorikan sebagai WOW! Korang akan terpesona melihat kereta mahal yang menjunam ke tasik, perlumbaan kereta menggunakan kereta polis, letupan tandas dan berbagai - bagai lagi aksi dan suasana yang direka dengan cukup kreatif dan menghiburkan.


 Babak Nih Memang WOW!


Aku terhibur dengan humor yang ditonjolkan oleh watak Roman dan Tej serta aksi yang dilakonkan oleh Van Diesel serta Dwayne Johnson. Memang korang tak akan kering gusi menonton sebab memang lucu dan sangat dramatik. Aku tak tahu nak taip apa tapi senang cakap filem ini memang terbaik dan kreatif kerana dari babak permulaan filem nih sahaja dah buat korang teruja, ingin tahu dan bersemangat menonton sehingga lah kepada penamat filem ini.


 Salah Satu Adegan Kejar Mengejar Diantara Dom Toretto Dan Hobbs.


Senang cakap duit tiket korang memang sangat berbaloi untuk dilaburkan kepada filem terbaik ini. Daripada 5 bintang aku dengan gembiranya memberi 5 bintang untuk filem Fast & Furious Five. Jadi, selamat menonton di pawagam berhampiran anda untuk menikmati kualiti gambar dan bunyi yang amat mengagumkan!



P/S : Aku Rasa Macam Nak Tengok Lagi Sekali Lah Filem Nih!

19 ulasan:

  1. phewww
    hokayy mmg aku x sbr nak tgk.

    BalasPadam
  2. ery : xsabar pegi lah tgok

    shafiq : download? filem macam nih bro kalau download tak ada feel...macam tengok filem Khurafat versi download lah...mana best..tgok wayang tu baru feel...kualiti gambar..sound effect semua tu hanya lengkap bila dekat wayang jer...

    BalasPadam
  3. oh vin diesel..
    sangat ohsem !
    filem wajib tengok ni.
    hehe

    BalasPadam
  4. ades...bila la boleh download ni tak sabar nak tengok.. :)

    BalasPadam
  5. haaa... tidak... cerita x betoi... x suka... eh... kung fu panda 2 x nk review ker??/

    myetech9[dot]com @ Enchik Nine

    BalasPadam
  6. tak pernah tgk langsung cite ni dari dlu..tp sbb ada org ajak tgk...kena bace gak la sinopsis die..ngehh~ mcm best....emm

    BalasPadam
  7. wahh..ko dah tgk citer ni bro..bile la dpt tgk ni...rajin ko tgk wayang kan..

    BalasPadam
  8. tak sabar nak tunggu tengok nie .. hoho ! :)

    BalasPadam
  9. ehh? dah kuar ke?

    kena tgk ni

    BalasPadam
  10. J.Syazwana : memang wajib tgok

    Salim : download dah ada tapi format TS...gambar n sound memang sangatlah tak cantik

    Izzudin : kungfu panda? malas nak tgok dekat wayang....download jer

    wanie san : tgok jer...ko mesti tak menyesal

    faiz : hahaha..2 bulan lepas aku tak ada masa nak bersosial..so skrg memang rajin sikit lah

    Ajeyy : xpayah tunggu...benda dah tgh tayang dkt panggung kut

    Redvixen : betul tu

    Delarocha : dah keluar lah...semalam aku tgok midnight dekat depan The Curve..Cineplex ke Cineleisure ke apa entah nama wayang tu..

    BalasPadam
  11. citer ni antara ditunggu2 oleh ezay..
    so tak sabar nk pergi tengok..bagus2 hans dah review ^^

    BalasPadam
  12. mcm besh ni! hee...

    acane ML tis week? xsmpt tgk =(((

    BalasPadam
  13. cite fast & furious mmg best..suka tgk aksi dorg..nmpk real !

    BalasPadam
  14. wahaha.. macam best je...
    *saya suka kalo hans review filem.. sekali gus mghasut saya nk tgk citer tu.. ^^

    BalasPadam
  15. yg bestnya ada org nak blanje abg eq tgk cite ni...hehe

    BalasPadam
  16. Ezay : hehehe..selamat menonton

    Mya : u means Maharaja Lawak? nanti saya buat analisis episod minggu nih

    Sutera Kasih : bagus kamu pun dah tengok

    Ishiko : hahaha...lepas tengok bagi tahu la setuju ke tak dengan review film saya nih

    eqbalzack : bro belanja saya pula lah...heehe

    BalasPadam
  17. then rock pun ade...terbaik..huhuhuhu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com