Selasa, 19 April 2011

Siapa Disini Minat Superstar Rajnikanth

Alhamdulillah! Gua gembira sangat hari nih sebab akhirnya tugasan gua yang paling mencabar sepanjang gua belajar pada peringkat ijazah nih siap juga walaupun dah terlewat daripada orang lain. Gua tak dapat nak gambarkan bagaimana gembiranya gua rasakan sekarang sebab assignment gua tu sudah membuatkan hidup gua tak terurus dan sekarang gua dah dilanda batuk, selesema dan pening kepala yang semakin teruk atau lebih tepat dikatakan gua telah pun disahkan menghidap demam oleh diri gua sendiri. Hohohoho!



Walaupun tugasan membuat dokumentari nih penuh dengan macam - macam cabaran yang gua tak pernah sangka yang buat gua terpaksa ponteng kelas serta tidak sempat menjawab ujian dan macam - macam lagi lah tetapi gara - gara tugasan nih jugalah macam - macam perkara yang gua belajar. Alhamdulillah, memang pengalaman yang cukup berharga yang gua dapat daripada perkara nih.

Apa - apapun, gua bukan nak bercerita pasal cabaran - cabaran gua tapi gua nak bercerita tentang pengalaman pertama kali gua membeli DVD filem Tamil di kedai yang 100% menjual DVD dan VCD filem - filem Tamil tak kira baru mahu pun lama. Berkat menonton filem Tamil di panggung wayang Coliseum bulan lepas maka ilmu gua tentang dunia perfileman filem Tamil bertambahlah sedikit. Jika sebelum nih gua hanya kenal Kamal Hasan mahu pun Superstar Rajnikanth tetapi sekarang gua dah kenal lagi seorang pelakon iaitu Jeeva yang berlakon dalam filem Singam Puli.

Jeeva Nih Berlakon Memang Hebat Kut!


Pagi tadi gua dengan rakan - rakan pergi ke Little India di Brickfields sebab nak cari VCD filem Tamil. Memang kalau cari dekat tempat lain tak pernah berjumpa. Jadi, masa gua masuk dalam kedai tu memang gua terpesona dan kagum lah sekejap. Punyalah banyak filem - filem Tamil sementelah gua memang suka menonton filem Tamil nih cuma sayangnya filem - filem baru tak ada sarikata Bahasa Melayu mahu pun Inggeris. Kalau tidak memang gua dah beli sudah.


 
Sumber Gambar Disini


Sebab gua dan member gua yang pergi beli tadi tu minat filem Tamil dan kitaorang ada kepakaran sikit pasal pelakon - pelakon dan filem Tamil jadi memang tuan punya kedai tu macam kagum sikit lah dengan kami berdua. Paling seronok tu bila ditanya dengan soalan," Siapa yang disini minat dengan Superstar Rajnikanth?" Memang jari - jari semua dituding dekat gua sudah tapi gua tak kisahlah sebab memang gua layan pun filem - filem Rajnikanth. Gua rasa mesti tuan punya kedai tu pelik sebab mungkin ini kali pertama ada pelanggan macam aku dan kawan - kawan aku yang beli DVD dekat situ sebab selalunya potensi untuk remaja Melayu menonton filem Tamil nih sangat lah rendah. Hehehehe!




Apa - apapun, filem Tamil memang menarik dan best kut! Gua memang layan gila filem - filem nih. Seronok! Bila gua baca balik entry nih gua pun tak tahu apa sebenarnya gua merepek. Jadi, gua minta diri dulu. Assalammualaikum dan salam sejahtera.


P/S : Menaip Dalam Keadaan Batuk, Selesema Dan Pening Kepala.

2 ulasan:

  1. saya minat rajnikanth... tp sayang di jb kedai jual cd tetap tak de subtitle english.. jadi tengok cerita mcm tengok wayang bisu heheheh

    BalasPadam
  2. wow..aku dah jumpa dah..orang yang minat sama ngan aku..hahaahahahaha....jemput datang blog gua broo..sana lu bleh nampak Tamil dari Utara plak..heheheheh...anyway nak tanya sana punya CD memang xda subtitle ka bro?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com