Selasa, 10 Mei 2011

Aku Seorang Yang Sangat Bijak Dan Rajin

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah! Berakhir sudah kertas peperiksaan gua yang terakhir tadi. Walaupun macam - macam kejadian berlaku sewaktu tengah berada di dalam dewan peperiksaan tadi namun akhirnya dapat juga menjawab hingga tamat. Doakan gua dan rakan - rakan lulus kesemuan paper sebab nanti gua nak praktikal dah. Yehaaaaaaaa!

Jadi, lepas habis exam pergi lah lepak - lepak dengan classmate kejap tapi gua tak tahu kenapa tiba - tiba gua tak ada mood. Orang lain semua seronok karok tapi gua malas nak karok padahal duit gua dah bagi. Biar jer lah! Gua kalau tak ada mood memang apa benda pun tak boleh(Jambu punya ayat). Kesian member - member gua.





Lepas tu balik tadi beli Mcd sambil layan drama Juvana dekat tonton.com.my. Kemudian tu gua pun kemas lah barang. Masukkan barang - barang yang nak di post esok ke dalam kotak. Dah siap dah gua balut. Dah lah macam apa lagi gua balut. Salotip sana sini. Tengah gua mengelamun tu tiba - tiba gua teringat tiket bas gua. ALAMAKKKKKKKKKK!!!!

Tiket bas gua dalam poket kemeja yang kini berada di dalam kotak yang dah siap berbalut dengan kertas minyak. Adoiyaiiiiiiiiiiiii!!! Malas betul nak buka tapi kalau tak buka pun susah juga! Terpaksa lah gua buka dan alhamdulillah kemeja gua duduk dekat bahagian atas. Lepas tu gua terpaksa balut balik kotak tu. Nasib gua beli kertas minyak lebih. Sob Sob Sob! Apa - apapun, gua syukur gila sebab gua sedar awal pasal tiket gua. Kalau gua dah hantar kotak - kotak tu ke pejabat pos memang menangis lah gua tak berlagu sebab duit tak ada dah nak beli tiket bas. Hahahahaha!

Gua seorang yang sangat bijak dan rajin bukan bila melihat kepada situasi gua di atas. Hahahaha! Esok gua nak kena settle banyak benda lagi. So, gua chow dulu lah! Assalammualaikum!


P/S : Gembira Dan Sedih Bila Meninggalkan Dunia Pelajar!

17 ulasan:

  1. deanza : tu la pasal...gua manyak careless la ini hari

    BalasPadam
  2. sangat bijak dan rajen!!! =P

    BalasPadam
  3. sedihkan meninggal dunia pelajar kan...papepon pasni cabaran lebih hebat menanti...

    BalasPadam
  4. kena sindrom ape la tu.. mujur sempat diselamatkan. :-)

    BalasPadam
  5. besnya dah hbis exam..
    hepi holiday..=)

    BalasPadam
  6. aduhai.
    membalut pun sakit pinggang.
    balut semula no no no.

    BalasPadam
  7. kalau pergi karok tapi tak karok, lu memang bukan pengkarok sejati ar beb.hahaha

    BalasPadam
  8. haha, tu lah kau.. len kali cek dulu ! haishh~ babab kang ! :P

    BalasPadam
  9. huaa.mekdi best ^_^

    keh3. parah betul kne bukak balik =P

    BalasPadam
  10. bijaknyeee! gila kagum! hahaha

    BalasPadam
  11. selamat bercuti...
    exam dah habis, boleh enjoy..
    eheheeee

    BalasPadam
  12. tahniah hans sbb ko dah abis exam. jgn menangis pulak kat umah nanti sebab dah berpisah dgn kawan2 kat U tu. haha

    BalasPadam
  13. selamat cuti..goodluck result exam nanti..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com