Rabu, 18 Mei 2011

Apabila Sudah Bekerja Jangan Lokek Dengan Ibu Bapa

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Pada hari yang indah dan permai nih gua ingin lah menaip serba sedikit berkenaan tajuk di atas. Gua ingin berpesan pada pembaca sekalian serta diri gua sendiri apabila kita nanti sudah bekerjaya jangan sesekali kita lokek, kedekut mahu pun berkira dengan ibu bapa kita sendiri walaupun kita tahu mereka berduit.




Berilah sedikit hasil pendapatan yang kita dapat kerana kadang - kadang kita tak tahu kesusahan yang ibu bapa kita alami. Mungkin kadang - kadang ibu bapa kita senang tapi apa salahnya kita gantikan wang dengan perkara lain seperti makanan atau sebagainya asalkan tidak menyalahi hukum Islam dan dalam masa yang sama kita berkongsi hasil rezeki kita yang berpunca dari sumber yang halal itu dengan mereka.

Jangan takut atau risau duit gaji anda akan habis kerana insyaallah hidup anda akan lebih berkat dengan berkongsi hasil keringat anda dengan ibu bapa anda. Lagi pun kedua - dua insan itulah yang selama ini membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa berkira apa - apapun dengan kita. Senang cakap jangan sesekali kita terlalu kedekut dengan ibu bapa sendiri. Insyaallah, hidup kita selamat dunia dan akhirat. Tak akan pernah rugi sekali pun berkongsi rezeki dengan ibu bapa sendiri.

19 ulasan:

  1. kalau mmg rezeki lebih takkan berkira dengan famili. InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Kedua ibu bapa membesarkan kita.. Sepatutnya kita berterima kaseh dengan mereka walaupun dengan sedikit hasil titik peluh kita bekerja..

    BalasPadam
  3. Alexandriana : bukannya kira rezeki lebih ker tak...kalau rezeki tu kita rasa tak cukup pun mesti beri juga pada mak ayah...jgn risau sebab keberkatan hidup tu pasti ada...susah2 dahulu akhirnya senang dikemudian hari

    amir : betul tu

    BalasPadam
  4. ye btul..ibu bapalah yg bersusah payah membesarkan kita..jasa mereka memang tidak dapat dibalas walaupun dgn wang ringgit

    BalasPadam
  5. semoga dpt keje cepat bro..

    BalasPadam
  6. Setuju ape yg Hans katakan dlm entry kali ni. Jgn lupakan mak bapak kita yg bersusah payah membesarkan kita kan. Ni idak, dah keroje beli lappy mahal2, beli henpon canggih-manggih, beli kemre yang mahal2 berat tapi nak bagi mak bapak duit pun susah.. Betul tak? Tak semua le tapi mmg ade hehe :)

    BalasPadam
  7. betul2..setuju sgt...tak kesah la bpe byk jumlah tu, yg penting ikhlas...=))

    BalasPadam
  8. terima kasih atas nasihat anda..sgt setuju dgn pendapat anda

    BalasPadam
  9. betul. kalo dpt kirim ckit pon jadi la. keberkatan 2 InsyaAllah ada. kalo ikutkan nk dpt gaji besa br nk kirim, haih,,, mmg x pnah nk ckup.

    BalasPadam
  10. yup..betol tu..jangan lokek dgn mak ayah... kita kena sntiasa fikir..dan ingat... masa kita kecil smpai dewasa..hingga menjadi manusia yg berjaya.. semua tu atas pertolongan siapa.. mak & ayah..sanggup gadaikan kesenangan dan kemewahan diri sendiri semata2 utk lihat anak bahagia dan gembira.. jadi apa laa salaha kalau kita pula membalas jasa mereka kan...

    BalasPadam
  11. salam..
    Betul tuh..yg laki jangan plak habiskan duit utk awek plak..utamakan ibubapa dulu okey..he..hee

    BalasPadam
  12. betul tu, kalo dyeorg tanak, mskkn dlm akaun jep.. huhuu^^

    BalasPadam
  13. sangat setuju!!!!! jangan lupe macam mane ibu ayah kite berhabis duit membesarkan kite kan hans?

    BalasPadam
  14. bagus niat hans tu. semoga jadi anak lelaki yang mengenang budi :)

    BalasPadam
  15. betul2.. biar banyak mana gaji yg kita dpt.. ibu bapa kita jgn sesekali dilupakan.. haih lama dah tak bg mak ayah ni... rasa nak keje balik jer.. =]

    BalasPadam
  16. thanks atas ingatannya..hehe nnti sy bila dh keja, dpt gaji sulung, msti bagi kt mak ! :)

    BalasPadam
  17. Setuju!!! sebab dulu pown ibu bapa x pena lokek ngan kita kan? ^___^

    BalasPadam
  18. saya tak suka orang yang kedekut,trutama kepada kluarga,

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com