Asli Dan Cetak Rompak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Hari ini gua nak bertanya pandangan kamu semua tentang apa yang kamu fikir tentang maksud asli dan cetak rompak? Pasti masing - masing ada pandangan tersendiri tentang maksud perkataan - perkataan ini bukan? Bagi gua apabila menceritakan tentang perihal ini semestinya asli itu menjadi pilihan kerana apabila asli bermaksud tulen dan tidak berdasarkan tiruan daripada perkara lain sedangkan cetak rompak pula lebih kepada peniruan atau penyalinan terhadap kehebatan sesuatu benda yang asli itu untuk kepentingan atau keuntungan sendiri.




Jadi, apabila kita sendiri yang menghasilkan sesuatu karya atau naskhah dengan jari jemari kita sendiri semestinya kita akan dapat mengetahui atau menyedari itu adalah hasil karya kita apabila kita terpandang karya orang lain tetapi seakan - akan karya itu seperti kita yang punya. Mungkin orang boleh kata itu kebetulan. Mungkin sememangnya itu kebetulan. Tetapi, apabila ada sesuatu perkara yang sememangnya kita menaip sendiri dan itu menjadikan ia betul - betul sesuatu yang baru atau asli disebabkan susunan ayatnya yang lain daripada orang lain yang belum pernah lagi kita baca pada karya orang lain dan selepas beberapa hari tiba - tiba karya kita itu kelihatan sama pada karya orang lain yang kita baca pada hari ini. Bagaimana?


 Google Lepas Tu Terjumpa..Cantiklah Gambar Nih!


Mungkin itu semua kebetulan tetapi ada sesetengah perkara yang kita pasti bukannya kebetulan kerana kita yang menaip mengikut apa yang kita rasa dan adakah kebetulan juga jika hampir semuanya sama sahaja? Entahlah! Namun perasaan gua tidak lah pula berada di tahap gelap kerana gua berasa gembira kerana jika betul ini semua kebetulan maka gua kini berada di tahap yang sama seperti itu dan jika betul ini adalah cetak rompak maka sedikit sebanyak gua bangga juga apabila karya gua dijadikan rujukan.

Apa - apapun, kita pasti akan sedar sesuatu karya itu asli atau cetak rompak jika kita menaip sepenuh hati mengikut gerak hati. Percayalah!


P/S : Entry Gua Nih Macam Skema Jer! Hahahaha!

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bila langit pun tersenyum.. takkan kita masih nak berduka...

    BalasPadam
  2. aku baru jumpa satu kes
    ada orang cetak rompak description di twitter ak letak kat twitter dia,haha
    sekali pikir cam entah apa2 smp ayat description pun nk kopipes
    tp dari sudut berbeza, mungkin satu penghargaan sbb dia suka apa yg kita tulis

    BalasPadam
  3. cantiklah gmbr tu..
    nape..ada org copy n3 hans ker?

    BalasPadam
  4. kebetulan apanya..kalau dah copy tu mengaku je la kan..habis cite.. :)

    BalasPadam
  5. encik Saif : yups...hidup kena gembira :-)

    pena : yups...mungkin juga :-)

    wida : ar ar..ada

    mrs yie : hahaha...tu la pasal...tapi xtahu la dia copy or tak...atau mungkin kebetulan

    BalasPadam
  6. lumrah kehidupan blogger~

    sama lah jgk mcm jd student. ade je nk cetak rompak =))

    BalasPadam
  7. tak skemalah..luahan yg ikhlas tp penuh bermakna :)

    BalasPadam
  8. mungkin boleh ade sedikit kebetulan kesamaan...tapi kalo dah byk nmpk sgt cetak rompak..

    BalasPadam
  9. memang sakit hati kan... penat2 kita tulis dengan senang hati dan paru2 dia kopipes... huk3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama