Isnin, 23 Mei 2011

Alhamdulillah! Meatball IKEA Halal! (Update Terbaru)

 Berita Petang Tadi:


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Mak datooooooooooo!!! Terkejut gua tadi bila terbaca satu tweet dekat twitter gua yang menyatakan Meatball di Food Court Ikea tidak pernah meminta pensijilan halal daripada JAKIM untuk makanan - makanan yang dijual di situ.


  Kenangan Tahun Lepas!


Untuk mengesahkan itu lagi gua dengan rajin pergilah usha dekat blog yanmieonline.com dan memanglah sangat sedih bila gua baca benda nih. Adoiyai! Dah gua pernah makan dekat sana dalam 2 atau 3 kali. Mati - matilah gua ingat dekat situ ada pengiktirafan sijil halal sebab pekerja pun ramai Melayu dan yang makan dekat sana pun ramai jer orang Melayu.

Apa - apapun, gua harap agar mana - mana pihak terlibat buatlah pengumuman dengan segera yer sebab mungkin kes ini hanya berlaku dekat luar negara tetapi mungkin di Malaysia tak pernah berlaku dan menggunakan sumber daging yang halal. Mudah - mudahan!

Kalau Betul Sumber Gua Baca Tu Alangkah Sedihnya Guaaaaaaaaaaa Sebab Pernah Makan Benda Nih!! Minta - Minta Lah Halal!

P/S : Susahnya Nak Makan Sekarang Sebab Benda Yang Kita Ingat Halal Pun Boleh Bertukar Menjadi Haram Macam Kes Biji Kopi Dan Mentega. Harap - Harap Meatball IKEA Nih Halal!


Berita Terkini Diperoleh Dari Blog yanmieonline.com :
 

Meatballs Ikea dikeluarkan oleh MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD, jika dirujuk menggunakan nama syarikat tersebut di laman halal jakim, produk tersebut adalah halal dan sah laku sijil sehingga 31.03.2013.


P/S : Yehaaaaaaaaaa!! Alhamdulillah! Lepas Nih Bolehlah Makan Meatball Dekat Sana Kalau Berkesempatan Pergi The Curve. Kepada Yang Telah Makan Jangan Risau Sebab Insyaallah Makanan Disitu Selamat Dan Halal Dimakan! Cuma Kalau Betul Food Court IKEA Tu Tak Minta Pensijilan Halal Daripada Jakim Maka Eloklah Kalau Cepat - Cepat Minta Agar Tak Ada Lagi Khabar - Khabar Angin Macam Nih Sebab Dekat Dunia Nih Ramai Musuh Yang Kita Tak Nampak Yang Cari Jalan Untuk Menjatuhkan Kita Secara Sedar Atau Pun Tidak! (^_^)Y 


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




52 ulasan:

  1. ye ke? baru plan nak makan...

    BalasPadam
  2. menda dah meragukan dari awal2 lg sbnrnya. cuma kdg2 kita je ignorant. mmg resepi org eropah untuk buat meatball campur dgn sikit unsur babi.

    BalasPadam
  3. baru makan beberapa hari lepas. faveret kot :((

    BalasPadam
  4. patut la rasa sedap.
    ada babi rupanya kan.
    hahahaahahahah

    BalasPadam
  5. aku tak pernah makan lagi benda ni. meat ball bukan sama cam bakso ke?

    persoalam kat sini, diorang belum mintak pengesahan sijil halal kah atau JAKIM yang tak sahkan meatball tu tak halal?

    BalasPadam
  6. Ramai yang cita pasal nie.. Betul ker? Aku lom pernah jejak lagi ke IKEA..

    BalasPadam
  7. apakata ko talipon sendiri JAKIM untuk kepastian...

    BalasPadam
  8. asada : kalau ikut sumber aku baca tadi Jakim kata diorang tak minta sijil halal tu....apa2pun aku harap benda tu datang dari sumber yang halal lah...adoiyai...dan harap2 FoodCourt IKEA tu minta sijil halal lepas nih kalau betul makanan diorang halal supaya orang tak was - was dah nak makan

    BalasPadam
  9. Nerzhul : haih...lepas nih dah tak pergi dah kut...aku skrg dah jauh...ko call lah...boleh share dkt sini nanti.. :-)

    AmirFX : entah lah...tu lah..nanti kalau dah kecoh2 macam nih mesti Food Court IKEA tu buat pengumuman...harap2 halal

    BalasPadam
  10. hmmm dah banyak kali jugak makan dekat situ :(

    masak seniri lagi bagus.
    senang jimat sedap :)

    BalasPadam
  11. J.Syazwana : ada 2-3 orang kawan aku bagitahu tadi yang Meatball IKEA dekat malaysia nih guna sumber meatball yang halal cuma diorang tak minta pengesahan sijil halal daripada JAKIM...hopefully betul! :-)

    BalasPadam
  12. hadoi la. benda macam ni bukan boleh buat main woo.. kadg2 tegok je workers semua melayu islam, tapi barang makanan kat situ kita nda tahu.. payah2..

    BalasPadam
  13. Hasrol : tu la pasal...senang cakap alang2 dah ramai dok bising pasal benda ni dkt twitter n blog lagi bagus pihak foodcourt IKEA tu buat press conference kan... :-)

    BalasPadam
  14. wah dah byk kali gua makan bende nih kat Ikea...Jakim kene buat sidang akhbar pasal bende nih...betul ke x...kalo x ramai yg keliru nih...

    BalasPadam
  15. Papa Mifz : yups...tu la pasal...Pihak Foodcourt IKEA pun rasa2 nya dah kena minta2 cepat2 sijil pensijilan halal tu supaya tak ada lagi berita2 macam nih sebab nanti yg rugi pun diorang juga

    BalasPadam
  16. Izzad : lega weih...kerisauan dan kesedihan dah berakhir :-)

    BalasPadam
  17. jom jom pergi makan. awk belanja. hahaha

    BalasPadam
  18. EYFAalias : saya duduk jauh la skrg...hahahaha...xdapet nak belanja..kuikui

    BalasPadam
  19. sejujurnya makanan sekarang sukar di ramal halal atau tidak sebab kerana duit apa pun boleh di isytihar halal hahaha

    BalasPadam
  20. baru plan nak pegi...xpernah rase lagi...

    BalasPadam
  21. naz : yups...tu pun salah satu masalah yang melanda kita skrg

    faiz : hehehe...

    qarr : sedap la bagi aku

    BalasPadam
  22. kalau rase ragu2 baik jgn makan. ye dak?

    BalasPadam
  23. so kesimpulannya. lain kali berhati2. tak semestinya kalau sesebuah kedai tu pekerja ramai melayu terus jadi halal. kalo x de babi pun mungkin campur dengan arak. mintak dijauhkan...

    BalasPadam
  24. aku beratur panjang benor dulu...last sekali mak aku ajak makan tempat lain.hehe

    BalasPadam
  25. haa... nasib baik.. baru je rase nk g pekena meatball ujg mggu ni..

    BalasPadam
  26. Sy baru pg semalam, foodcourt IkeA ditutup sementara.. Until further notice.. Ade upgrading katenye..

    BalasPadam
  27. tanpa nama : ar ar...dengar ceritanya macam tu lah

    BalasPadam
  28. nanti bila2 hang mai sini, kita p makan lagi nah? rindu! :))

    BalasPadam
  29. pikaliciou5 : tempat nih buat aku sedih sebab teringat Amri selalu suruh belanja dia makan dekat sini

    BalasPadam
  30. thanx 4 da info..da la ske sgt ngan meatball ikea ni..hee..mnx share ley??

    BalasPadam
  31. nazirah : sila2...benda macam nih kena share supaya orang lain dapat maklumat :-)

    BalasPadam
  32. baru jugak dpt info drp membe td... nasib byk org sebar info:)

    BalasPadam
  33. thanks for this info...dunia skrg ni byk benda yg haram di halal kan...

    BalasPadam
  34. tahu pon takut...ayooookkkk..ahahahaha..gi samak lidah tali perut tu dgn pasir..ekekeke..tpi sy pon mkn jugak..hehehe=p

    BalasPadam
  35. byk pulak info makanan x halal ni yer..b4 ni SR.

    tp dh halal ni, boleh lah hans mkn puas2..

    akak x pernah mkn pon

    BalasPadam
  36. merahitujambu : nak samak apa benda tu halal? kalau tak halal pun tak pernah pula dengar kena samak lidah bagai

    BalasPadam
  37. kalau ragu2 jgn mkn..sbb mende tuh syubahah..

    ::p/s: sdapnye meatball tuh huhu::

    BalasPadam
  38. sedaap tuh..nasib baik halal..

    BalasPadam
  39. mmg skrg payah nk percaya.jgn tgok muka cam Melayu,kita dh senang2 ingat tu semua halal.yelah muka cam melayu tapi entahnya org mana-vietnam,siam ke apa ke...terutama kt food court dlm shopping complex.entahlah ,mcm mne leh jadi cam ni kt negara kita..sedih rasanya kalau ditipu hidup2 mcm ni

    BalasPadam
  40. kopitiam lagi banyak tak halal, xde orang kecoh2 pun

    BalasPadam
  41. received an email about this. ade papan notis dlm bhs malaysia tntg penutupan & turut tercatat tntg perkakas & peralatan akan disamak!

    So, adakah Ikea acknowledged the ingredients are as per claimed?

    Slalu denga org ckp, "sedap giler meatball Ikea" & aku pun dh merasa skali. Ordered yg 15 ketul.

    BalasPadam
  42. nasib bek halal..tak pernah mkn lg..wlupun ikea blakang umah je XD

    BalasPadam
  43. aq slalu makn kt situ, meaball pnye la sdap air plak blh refill bnyk kali. xtau plak timbul kes halal or x halal plak...

    BalasPadam
  44. aku takpernah makan sebab aku takpernah yakin. kalau ada unsur syubhah dalam hati lebih baik elakkan ((: even pekerja diluar orang islam, tapi dalam yang masaknya?? ((:
    orang kafir akan buat apa sahaja utk mengelirukan umat islam.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com