Pengalaman Baru Menonton Wayang

Semalam gua dengan 3 orang kawan gua pergi menonton wayang dekat Panggung Wayang Cineleisure yang depan The Curve tu. Waktu tu, gua dengan kawan - kawan gua nih tak tahu pun filem apa kitaorang nak tengok. Dalam kepala gua waktu tu cuma ada 2 filem jer sama ada Thor atau Fast Furious 5. Jadi, waktu beratur nak beli tiket tu tengok - tengok filem Fast Furious 5 dah ditayangkan dah. Harga tiket RM12 sebab filem baru kan. Kalau tidak RM10 jer.

 Panggung Wayang Nih Selesa Dan Murah

Gua pelik kenapa ramai blogger dan kawan - kawan gua asyik tanya gua tengok filem tu dekat mana. Gua nih kadang - kadang kepala angin sikit bila tanya soalan - soalan yang gua penat nak jawab. Ialah! Gua dah cakap gua tengok dekat wayang ada pula member - member gua tanya gua download filem dekat mana lah apa lah! Ada pula yang tanya bukan filem tu keluar 5 Mei ker? Gua pun dah tak tahu nak cakap apa dah. Takkan semalam gua mimpi pula siap boleh makan pop corn dengan roti nan cheese bagai. Hahahahahaa!

 Gua Rasa Macam Nak Layan 3D Pula Filem Nih

Nak dijadikan cerita sebab filem Fast Furious 5 nih adalah sebuah filem baru yang dinanti - nantikan oleh penonton maka memang lah semua tempat duduk penuh. Jadi, gua dan rakan - rakan terpaksa lah duduk dekat baris ketiga dari depan skrin wayang tu tetapi alhamdulillah lah still selesa sebab skrin tu jauh dan gua pun tak perlu nak mendongak ke atas pun walaupun tempat duduk gua depan. Tetapi, sebelum tu gua dengan seorang member gua nih pergi tandas dulu. Jadi, dua orang lagi member gua masuk dulu ke dalam.


Lepas tu gua dan member gua nih pergi lah masuk dalam panggung wayang tu. Kitaorang dah seronok dah nih dengan tempat duduk kitaorang yang selesa tu. Depan tempat duduk kitaorang masih tak ada orang lagi yang duduk. Gua dah berfikir macam nak letak kaki jer atas kerusi tu. Hahahaha! Wayang tak mula lagi tapi dah ramai gila dah orang masuk. Tengah gua seronok layan makan pop corn tu tiba - tiba gua nampak ada kelibat beberapa manusia yang memandang dekat tempat duduk gua. Mereka masuk sekejap lepas tu duduk selang satu kerusi dari tempat duduk gua. Lepas tu mereka seolah - olah berbisik dan kemudian bangun dan pergi ke belakang dan hilang entah ke mana.

 Gua Tak Suka Bisik - Bisik Nih! Hohoho!

Gua macam tak ambil kisah sangat sebab sibuk mencari pop corn yang manis. Tension betul gua sebab banyak pop corn putih. Hahahaha! Tiba - tiba anak mata gua menangkap lagi pergerakan dan kelibat beberapa orang manusia tadi berlegar - legar di hujung sana sambil memerhatikan tempat duduk gua. Gua mula rasa tak sedap hati. Kemudian, gua teringat apa yang akak kaunter tiket tu cakap,"Tempat duduk adik nih baris ketiga dari depan skrin. Saya rasa okay lah kedudukan adik nih!" Terus gua dengan automatiknya melihat tempat duduk dari depan.

 Adoiii! Macam Mana Nih! MAMPUSSS!

"1! 2! 3! 4! Mak oiiiiiiiiii!!! Mati!! Mampussss!! Sudahhhh!!! Sumpah malu nih!!!"jerit gua dalam hati. Tiga orang member gua nih tak sedar apa. Masing - masing sedang bergembira berborak sementara menunggu filem bermula kan. Kemudian, kelibat manusia - manusia tadi hilang sekali lagi. Hati gua macam dah tenang sikit walaupun gua tahu bahana yang bakal tiba kejap lagi. Alih - alih mereka datang balik dan seorang gadis datang bertanya dekat gua,"Boleh minta tiket tak sebab nak minta tengok betul ker tak tempat duduk nih."

Seronoknya Kalau Semalam Plastik Pop Corn Besar Macam Nih! Hahahaha!

Gua pun mengiyakan jer lah sambil minta tiket dekat kawan gua padahal dalam hati gua,"MALUUUUUUUUUUUUU!!!!!" Pada waktu tu gua sedang berfikir,"Kalau gua terus duduk sini pun gua malu! Gua bangun tukar tempat pun sah - sah lah gua malu sebab orang tahu gua salah tempat duduk. Maluuuuuuuu nyaaaaaaaaaaaaaaaaa!" Akhirnya memang terbukti kawan gua salah tempat duduk dan waktu kitaorang bangun nak tukar tempat duduk tu skrin tengah tayang trailer - trailer filem baru. Owh mak aihhhhh!! Gila babi punya malu tak tahu nak cakap macam mana! Gua cakap Sorry lah dekat gadis tu. Nasib gadis tu cakap baik - baik jer tapi gua tetap malu juga.


Dah tukar tempat duduk tu memang gua menyembunyikan kepala gua. Malu punya pasal! Member - member gua yang malu tu pula walaupun malu boleh pula cakap kuat - kuat kata malu sampai kena tegur dengan orang belakang. Yang tak tahan tu ada pula aksi balas - membalas antara member gua tu dengan orang - orang belakang! Hahahaha! Gua malas ambil kisah sebab malu punya pasal! Nasib filem Fast Furious 5 tu best gila sampai gua rasa masing - masing dah masuk dalam dunia filem tu dah. Jadi, terus hilang perasaan malu tu buat sementara waktu. Hahahah!

Lepas habis filem tu gua suruh member - member gua keluar lambat sikit sebab gua masih malu dengan peristiwa tersalah tempat duduk tu. Masa gua dengan member gua berjalan - jalan nak pergi tempat parking kereta tu memang kitaorang gelak macam nak gila sudah.

Member 1 : Hahahaha! Aku punyalah tunggu siapalah yang nak duduk depan kita nih. Kosong jer dari tadi! Rupa - rupanya tu tempat kita!

Member 2 : Tu lah pasal! Punya seronok berbual! Dah seronok dah dengan posisi tempat duduk nih alih - alih kena pindah ke depan! Hahahaha!
Member 3 : Kau tak tengok pula si Hans nih! Siap berangan nak letak kaki dia lagi! Padahal tempat duduk sendiri! Hahahaha!

Aku : Nih semua sebab korang berdua lah nih! Confidentttt!!! Tiket baris ke-3 pergi duduk baris ke-4 buat apa! Hahahahaha!!!!

Kesimpulannya, sila lihat tiket wayang anda betul - betul dan pastikan kedudukan anda sama seperti apa yang tertera di tiket. Hahahaha! Maluuuuuuuuuuuuu!!!!


P/S : Menyesal Aku Pergi Tandas! Kalau Aku Masuk Dulu Dalam Wayang Tu Pasti Perkara Macam Nih Takkan Terjadi!

25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hahahaha... xpe. pengalaman.. :P
    BTW, I give Fast Five 10per sepuloh.. hahahaha ^^

    BalasPadam
  2. Dewi : hahaha...pengalaman yang memalukan...ialah...kalau 5 bintang saya bagi 5...kalau 10 bintang saya bagi 10 juga....hahaha

    BalasPadam
  3. gua ngan member2 dulu pernah jgak jadi macam ni. tapi ktorang punya lagi otai. dah tau tempat duduk kat depan tapi nak jugak duduk belakang sikit, bajet xorg lain xjd dtg sbb cite dah nak start. sekali dtg tuan pnya tempat. ktorang turun setangga. pstu dtg lg org claim tmpat duduk dia. last2, 3-4 kali beralih tempat, kena duduk tempat asal ktorang jgak. celaka. haha.

    BalasPadam
  4. pernah gk kena sekali dl..malu tp cover baik punyaa..:)

    BalasPadam
  5. hehee.. huhuu... hahaa... tu je mampu kata... jangan mareh yer... pengalaman baru dicipta...

    BalasPadam
  6. eh tgk cite ni kat mane? donlod ke?? kehkehkeh.. gurau2...

    sebab tu kawan tak penah nak gi sorang kalo tgk wayang.. kawan ni bukan nmpk sgt nak cari tempat duduk.. maunye jadi cam kat atas ni.. memang tobat nak gi wayang lagi.. maluuuuuuuu

    BalasPadam
  7. hehehee.lawok2....btw.nak tgk jgk cte ni!!!

    BalasPadam
  8. gua tak pernah kena. tapi orang yang ambil tempat gua apa kes? haha

    BalasPadam
  9. Cineleisure tu dekat dengan rumah saya....Nanti boleh tgk movie sama2..hehehe

    BalasPadam
  10. salam
    lama dah tak tengo ayang sjak ada dvd dan net ni download je..he he he

    BalasPadam
  11. Sogeking : itu maknanya cari nahas....hahahahaha

    Wahidah : sama la kita...cover muka cool...hahaha

    Shaker : pengalaman nh kalau tak tercipta pun okay juga...hahaha

    Fariq : ini sebab aku pergi toilet befoe masuk...kalau x mesti xsalah punya

    Tun Teja : kena tengok filem nih sebab best

    Naz : maybe orang tu macam gua n the geng kut...haahha

    Sandra Azwan : adoi...baru skrg nak bagitahu...kalau tak ari tu dah ajak dah...hohohoh

    Shafiq Ahmad : hahahahaha

    Khairul : normal? bagi aku tak normal benda nih...hahaha

    Brutalsolo : filem nih kalau download xbest...kesan bunyi dan kualiti gambar tu yg penting

    BalasPadam
  12. fast furious 5 aku bagi kosong bintang.
    sebab aku belum tengok lagi :)

    BalasPadam
  13. minggu depan aku wajib tengokk!!

    BalasPadam
  14. hahahaah kesalahan teknikal..mmg malu kot :p

    BalasPadam
  15. :-)
    hurm ok la tu
    ada bnda nk di ingat dan digelakkan;-p

    BalasPadam
  16. hakhak. takdela malu sangat, kalau aku, dah tau salah, gentle je aku panggil gadis tu. gentle la, nama pun laki. hahaha

    BalasPadam
  17. Kap : tgok trailer sudah...hahaha

    Izzudin : suka betul komander

    Redvixen : sila2 tgok

    Salim : hahaha..tu la pasal..malu meh

    Hasni : ar ar..sampai skrg ketawa lagi

    AkuMuzikFilem : memang dah gentle la tu...walaupun aku yang keluar dulu tapi aku bagi member2 aku masuk dulu...nak gentle macam mana lagi>?

    BalasPadam
  18. hahaha.. malunya saya.. wa paham perasaan hang tu hans.. kekeke..

    BalasPadam
  19. hehe normal la tu...ak lg la..pernah silap masuk wayang lg..hampeh btl!

    BalasPadam
  20. hahahhaa.. agak memalukan la.. lain kali tgk 10 kali dulu betul ke tidak tmpt duduk tu. hehehe

    BalasPadam
  21. mana ada. tu maknanya cuba nasib. haha

    BalasPadam
  22. HAkhakhak ... Tulaaa ... xcited sangat nak nengok wayang sampai tersalah tempat duduk ... Hikhikhik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama