Tarikh Luput @ Expired Date
Hans Hanis
Khamis, Jun 30, 2011
88
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Walaweh! Semalam iaitu hari Rabu merupakan hari yang agak mengecewakan tetapi masih menyeronokkan kerana pertama kali membuat kerja gila dengan blogwalking ke blog - blog sempena Wordless Wednesday. Hahahaha! Seronok juga dapat tengok blog - blog blogger lain! Macam - macam bentuk header! Macam - macam tagline! Macam - macam kisah! Memang menarik!
Apa - apapun, kecewa dengan pasukan bola sepak Malaysia sebentar tadi sewaktu menentang pasukan Taiwan. Permainan separuh masa kedua sangat menyedihkan. Lagi menyedihkan apabila prestasi perlumbaan gua di dalam Churp Churp Night Race merosot. Pelik sebab dikatakan jika berjaya invite seorang pemain akan ditambah 100km tetapi dah ramai di invite tak pula bertambah. Hahahaha! Apa - apapun, jika ada sesiapa yang sudi nak menambahkan jumlah kilometer gua boleh lah KLIK SINI.

Wah, panjang gila mukadimah! Hahahah! Okay! Berbalik kepada tajuk entry ini iaitu tarikh luput maka gua nak fokuskan pada tarikh luput makanan. Mesti korang pernah menghadapi situasi di mana termakan atau terminum makanan atau minuman yang sudah luput tarikhnya tanpa korang sedar atau tahukan. Jadi, mari kita lihat satu situasi yang mungkin korang pernah alami melalui watak Joyah dan Bedah ini yer :-
Kisah Roti Cheese GardenHans
Joyah : Ooooo mak iahhhh!!! Sodap bebenor roti cheese nih! Mana kau beli nih Bedah? Roti jenama apa nih? Sedap lah!
Bedah : Owh! Roti cheese tu ker? Aku beli dekat Hans Bakery tu! Jenama GardenHans! Sedap kan! Mahal owhhh aku beli! Maklumlah! Jenama terkenal tu!
Joyah : Betul weh! Sedap gila! Aku habiskan semua yer! Nyum nyum!
Bedah : Eh! Eh! Joyahhhhhh!!! Jangannnnn!!!!
Joyah : Dah kenapa kau nih?
Bedah : Cuba ko tengok tarikh luput roti tu bila! Aku rasa dah lama dah roti tu!
Joyah : Tarikh luput dia 29 Jun 2011! Kenapa?
Bedah : Hari nih berapa haribulan?
Joyah : 30 Jun 2011! Kenapa?
Bedah : Kenapa lah kau nih lembab sangat Joyah? Roti tu dah tak boleh makan lah! Dah tarikh luput tu! Kang kau keracunan makanan pula!
Joyah : Hek eleh! Relaks lah Bedah! Dekat sini kan ada label tulis ROTI CHEESE INI SAH DIMAKAN SEHINGGA 29 JUN 2011! Jam baru menunjukkan pukul 12.00 tengah malam! Roti nih baru masuk fasa luput jer! Boleh makan lagi nih! Okay jer aku makan!
Bedah : Kalau kau sakit perut aku tak bertanggungjawab! Kau pergi lah sendiri Klinik Doktor Hans dekat bandar tu!
Joyah : Okay apa! Kalau sakit perut boleh aku jumpa Doktor Hans yang Kacak tu! Alah kau nih Joyah! Chill bro! Eh, bila masa kau bro plak! Bertenang beb! Aku makan roti nih tadi pukul 11.59 malam bersamaan 29 Jun 2011. Jadi, waktu aku makan tu roti nih mana expired lagi. Relaks sudah!!
Bedah : Yer lah! Yer lah! Kau menang! Kau menang!
Joyah : Yes! Yes! Yes! Boooooooo Bedah!
Bedah : Kurang ajar punya kawan booooo aku! Ingat sikit roti kau makan tu roti aku!
Joyah : Gurau jer lah! Hik hik hik!
Bedah : Kurang ajar punya kawan booooo aku! Ingat sikit roti kau makan tu roti aku!
Joyah : Gurau jer lah! Hik hik hik!
P/S : Pernah Tak Anda Mengalami Situasi Seperti Bedah Dan Joyah Nih? Hehehehehe! (^_^)Y