Jumaat, 17 Jun 2011

Alhamdulillah! Terima Kasih Rakan - Rakan!

Alhamdulillah! Tengah best gua layan filem hindustan tiba - tiba gua dapat email daripada Uitm. RESULT DAH KELUAR!! O.M.G! Gua tiba - tiba rasa berdebar - debar walaupun sebelum - sebelum nih gua tak pernah terfikir pun pasal result. Cuma gua nih macam ada instinct sikit dimana kalau gua tak berdebar langsung tu mesti result gua boleh kata okay atau lulus semua lah. Tapi kalau gua rasa berdebar - debar tahap payah nak tidur ker apa tu ada lah subject dapat C+ ker B- ke apa. Hahahaha!


 Dup Dap Dup Dap! Bunyi Jantung!


Apa - apapun, macam biasa memang mulut terkumat - kamit lah berdoa agar lulus semua sebab ini ialah semester terakhir gua belajar di kampus sebab semester akan datang gua dah kena start practical. Tapi, kalau gua tersangkut satu subject maka gua tak boleh practical dan memang kacau bilau lah hidup gua. Mana tak nya kalau dah kena repeat paper bermaksud gua kena pergi kembali ke Shah Alam. Nak kena cari rumah sewa lagi. Duit lagi. Itu buat gua risau gila tu!!!! Jadi, bila email tu terpampang jer dekat skrin laptop buruk gua nih terus gua scroll bawah tengok dekat bahagian Lulus dan Gagal. Alhamdulillah semua lulus! Lega!!!




Gua sebenarnya cuma mengharapkan lulus dan pointer result kekal di atas 3 tetapi gua hampir - hampir mengulangi keputusan semester lepas. Biasalah manusia tak pernah berpuas hati kan! Kalau tak lulus minta lulus. Kalau tak dapat result dekan nak kan result dekan. Hahahaha! Walaupun tak dapat mengulanginya tapi bersyukur sebab result kali nih memang gua tak sangka memandangkan pelbagai masalah melanda hidup gua semester lepas gara - gara satu subjek yang membuatkan hidup gua dan kawan - kawan memang huru - hara jadinya. Apa - apapun, itu pengalaman yang memang indah walaupun penat dan tekanannya memang hebat.


 Bermasam Muka Dan Bergaduh Lumrah Biasa Bila Kerja Berkumpulan


Jadi, gua sangat bersyukur kerana lepas nih dah tak payah susah payah nak pening - pening kepala dah pilih groupmate. Biasalah assigment - assignment yang melibatkan group nih lah selalunya akan buat rakan - rakan yang rapat kecil hati, bergaduh, bermasam muka dan sebagainya. Alhamdulillah dah tak payah nak menghadapi semua ini sebab semester lepas memang macam - macam dugaan yang terjadi. Kadang - kadang rasa risau rakan - rakan baik terasa bila salah seorang kena masuk group lain ke apa kerana ahli kumpulan sudah ditetapkan pada 3 atau 4 ahli sedangkan rakan - rakan ada ada 4-5 orang. Dan dah tak payah nak berhadapan dengan orang - orang yang plastik dan sebagainya. Walaupun gua akui gua nih cepat rasa marah bila ada orang buat palat dekat gua dan rakan - rakan tapi bersyukur kerana gua mampu mengawal perasaan itu dengan agak baik walaupun tak sepenuhnya.


 Banyak Kenangan Di Sini Pada Semester 5


Apa - apapun, satu semester yang menarik yang gua tak dapat lupakan dalam hidup gua selagi gua masih bebas daripada penyakit Alzheimer. Mana mungkin gua lupa pengambaran 3 hari 2 malam di Coliseum, jadi bendahari kumpulan, lakonan mandarin, tayar motosikal pancit, jalan - jalan cari makan bersama budak rumah gua, lakonan tambahan bersama rakan gua, layan filem Tamil, peristiwa di Pejabat Pos, makan Butter Chicken, Midnight Movie, kisah hantu dan macam - macam lagi yang buat gua ketawa sendiri bila teringatkan semua tu. Jadi, disini gua minta maaf lagi lah pada rakan - rakan gua jika ada salah dan silap sebab kadang - kadang gua tak sedar yang gua tercakap kasar atau mengguris hati kalian. Selamat maju jaya pada semua rakan - rakan dan buatlah yang terbaik sewaktu praktikal nanti. Tunjukkan kita graduan berkualiti dan berdaya saing. Assalammualaikum dan salam sejahtera.



 Result Gua! Percaya Tak? Harap Jangan! Hahaha!


P/S : Esok Nak Makan Satay Lah! Meraikan Keputusan Yang Buat Gua Tenang Nih! (^_^)Y

25 ulasan:

  1. Tahniah Hans! U're the best..!

    BalasPadam
  2. congratz hans..semoga awk berjaya dgn cemerlang hingga tamat pengajian k :)

    BalasPadam
  3. congratess!! risau kan if ade kantoi paper? ahah selamat ber-practical ok!

    BalasPadam
  4. tahniah hans.. harap result yang bawah tu menjadi kenyataan :D

    BalasPadam
  5. fuhhhhhh. fuhhh wa caya sama lu lah bro

    BalasPadam
  6. congrats!
    semoga grad on time ;)

    BalasPadam
  7. makan satay? nak ikut..nak ikut! hehe

    BalasPadam
  8. tahniah......
    akhirnya lulus semuanya...
    selamat berpraktikal ye!
    :D

    BalasPadam
  9. tahniah hans..esti puas hati bile susah payah lalui semua rintangan nk study...last2 dpt habiskan..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Tahniah Hans!
    Dah tau dah tu bukan result hang sebab sejak bila hang ambil Chemistry? haha

    Cepat betul update blog kan :)
    Akak pun (akak???? hehehe) lulus semua, alhamdulillah, dan tamat sem ni.

    BalasPadam
  11. Tahniah jugak Hans.. Nanti belanja ye.. hehehe...

    BalasPadam
  12. tahniah hans. biasalah manusia kan. dah dapat dekan sentap sebab tak 4 flat. haha

    aku sentap xleh cek result lagi. dia kata sufo xlengkap. xde dlm sistem. padahal aku dh isi SEMALAM. hahahaha

    BalasPadam
  13. Tahniah!!! blanja i makan cendol ye. haha

    BalasPadam
  14. hoi tahniah2.
    hehehe
    aku tak suke satey kenapa semua orang suke makan satey. arrrghhhh !
    :P

    BalasPadam
  15. tahniah hansssssss ! kita nak satay jugak :D

    BalasPadam
  16. tahniahh!!
    :)
    pergh,aku bru check result td.nsb tak kene repeat!!haha

    BalasPadam
  17. ngeh3... kalau result aku macam tuh~ memang aku dah dapat kete sebijik tahu! hahahaha

    anyway~ congratz~ hahaha

    BalasPadam
  18. tahniah hans.. aku memang tak pecaya result ko letak tu result ko. hahaaha..

    tapi tetap tahniah jugak dari aku sebab lulus semua subjek. selamat berpraktikal lah pulak lepas nih..

    nanti jangan lupa satay untuk aku jugak. lalala~

    BalasPadam
  19. tahniah hans.. :)

    kalau saya mmg setiap kali nk tgk result rasa berdebar2.. darah gemuruh la katakan.. bukan apa, takut x dapat mantain..

    selamat berpraktikal.. kaut sebanyak mgkin pengalaman...

    BalasPadam
  20. tahniah..
    sedapnya mkn satay..belanja sekali

    BalasPadam
  21. TAHNIAH HANS!

    Terlambat pulak nak join ko makan satay hehhe

    BalasPadam
  22. respect kat lu lah bro...blogging pun rajin... pergghh result pun gemmpakkkk seyh... aku dulu nak dapat 3pointer susah... fail tuh biasalah... hehe..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com