Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 10



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Tiada


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, setiap peserta diberi masa selama 7 minit untuk membuat persembahan masing - masing. Persembahan kebanyakan para peserta pada minggu kesepuluh ini bagi aku kurang menarik dan kadang - kadang sedikit meleret mungkin kerana masa yang diberi untuk persembahan mereka kali ini terlalu lama sehingga membuatkan mereka kekeringan idea. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-10 ini.


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini boleh tahan juga lucunya. Mereka berlakon sebagai 2 orang lelaki lembut yang menunjukkan cara bagaimana mengelakkan diri mereka daripada diganggu oleh mat rempit dan kelembutan pada karakter mereka itu memang berjaya dilakonkan dengan jayanya oleh Zizan dan juga Johan yang hebat dengan watak Mak Cemah nya. Aku boleh katakan persembahan mereka ini sebenarnya berjaya kerana ia merupakan salah satu realiti yang kini memang wujud di Malaysia. Cuma risikonya persembahan mereka pada kali ini ialah apabila  lawak mereka lebih tertumpu pada lawak double meaning dan akibat terlalu fokus kepada perwatakan lelaki lembut menyebabkan mungkin ada sesetengah penonton yang kurang gemar atau kurang faham dengan lawak sebegini. Namun bagi aku ia masih menghiburkan cuma kekurangannya disini ialah persembahan mereka kurang berkembang dan ia kadang - kadang berlegar di dalam zon yang terlalu seleasa dari permulaan hingga akhir. Apa - apapun, semoga berjaya kepada kumpulan Jozan dan tahniah kerana lawak sebegini pastinya berdasarkan kerajinan membuat rujukan kerana sukar sebenarnya untuk berlawak tentang kisah sebegini.


Nabil


Persembahan Nabil pada minggu ini pula bertemakan kisah penculikan kanak - kanak  yang berlaku daripada pelbagai situasi dan pada pandangan peribadi aku ia sebenarnya merupakan satu lawak yang mempunyai mesej yang boleh aku katakan amat bagus dan menarik. Cuma sayangnya lawak - lawak Nabil pada permulaan persembahannya kurang mendapat sambutan daripada penonton - penonton sedangkan aku rasa persembahannya ketika itu boleh tahan juga menariknya. Mungkin juga penonton - penonton di sana sedikit pemalu atau kurang selesa dengan 'loghat utara' Nabil di dalam video selingan sebelum persembahannya yang menyebut CULIK dengan bunyi yang begitu aneh iaitu CULIAQ. Untuk pengetahuan Nabil, orang utara tak pernah - pernah menyebut perkataan CULIK yang berbunyi CULIAQ dan mereka masih menyebut CULIK atau lebih menarik lagi ialah KIDNAP. Cuma pada pandangan aku, Nabil mungkin boleh mengelak atau mengurangkan lawak dan gurauannya berkenaan fizikal manusia kerana ia secara tidak langsung boleh memberi kesan negatif kepada Nabil sendiri. Apa - apapun, persembahan Nabil bagi aku punyai isi dan semoga persembahan Nabil pada minggu hadapan lebih baik dan secara tidak langsung mendapat lebih perhatian daripada penonton. Tahniah diucapkan dan diharapkan semoga berjaya Nabil.



Kumpulan Jambu


Persembahan kumpulan Jambu pada episod ke-10 ini berkisarkan tentang kisah penyanyi kumpulan rock iaitu kumpulan Gersang dimana salah seorang adalah pekak manakala seorang lagi adalah buta. Persembahan mereka disukai penonton kerana sejak dari awal persembahan lagi sehinggalah kepada penamat sememangnya penonton tidak henti - henti ketawa. Walaupun lawak Jambu tidak mempunyai mesej tetapi lawak mereka sememangnya lawak cuma tahap kelucuan mereka pada persembahan kali ini bagi aku kurang menyengat. Aku bersetuju dengan komen Saiful Apek yang mengatakan mungkin mereka terlampau selesa atau berasa selamat untuk berentap di gelanggang akhir lalu ia jelas terpancar pada persembahan mereka kali ini yang bagi aku tidak lah sehebat persembahan mereka pada episod yang lepas - lepas. Apa - apapun, tahniah dan semoga berjaya kepada kumpulan Jambu.


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini pula berkisarkan tentang Bidan dan memaparkan situasi genting seorang wanita mahu melahirkan anak. Aku suka dengan persembahan Sepah pada minggu ini yang boleh aku katakan antara lawak yang terbaik berbanding persembahan peserta - peserta yang lain. Kerjasama mereka bertiga amat bagus dan mereka bijak memanfaatkan kelebihan setiap ahli yang akhirnya kita boleh lihat pada persembahan mereka yang begitu bertenaga dan menarik. Tahniah Sepah kerana persembahan anda mendapat sorakan yang hebat dan mengundang hilai tawa daripada penonton - penonton! Itu satu kejayaan yang bagi aku amat berharga kerana lokasi persembahan mereka kali ini cukup besar ruangnya dan bila ketawa penonton kelihatan jelas kedengaran maka memang terbukti persembahan mereka berjaya memikat hati penonton - penonton. Lawak kalian sememangnya lawak tempatan yang segar dan begitu lucu. Semoga kumpulan Sepah berjaya.




Kumpulan R2


Persembahan terakhir kali ini dijayakan oleh kumpulan R2 yang menunjukkan perihal satu situasi yang berlaku di sebuah kedai Gunting Rambung G.I.S(Gunting Ikut Suka). Lawak mereka pada permulaan sehingga pertengahan boleh aku katakan sedikit menjadi tetapi kemudian bertukar hambar sehingga ke akhir persembahan mereka. Mungkin 7 minit terlalu lama bagi mereka sehingga kelihatannya mereka seakan - akan kebuntuan idea. Nampaknya kerjasama antara mereka berdua pada minggu ke-10 ini jelas tidak banyak membantu menjadikan persembahan mereka lebih menarik dan lucu. Jadi, kumpulan R2 harus lebih berusaha membuat yang lebih terbaik pada minggu hadapan jika mahu bersaing di gelanggang akhir Maharaja Lawak. Semoga berjaya kumpulan R2.



Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kesepuluh :

  1. Sepah
  2. Jozan
  3. Jambu
  4. Nabil
  5. R2

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku pun ckp sepah plg best..

    BalasPadam
  2. aku tengok semua macam hambar.. siyes. lama sangat 7 minit tu kot sampai cam tercari2 joke yang nak d isi. huhu..

    BalasPadam
  3. aku tgk nabil list kat rendah2 cm ske plak hahah.. nmpk beno org dh kureng ngan die

    BalasPadam
  4. ak pun sokong ko bro..kali ni smua xngancam...jambu pun mcm kureng cket..xmapu nk buat ak gelak besar...

    sepah jer ok..=)) mgkin ms menjadi faktor kot..

    BalasPadam
  5. nabil saje2 sebut culik sebagai culiaq semata2 nak tiru loghat utara. joke yg dah biasa orang buat walaupun hujung perkataan tu takde huruf R sekalipun diorang akan tambah AQ kat belakang eheh.

    check kat astro tadi nabil kedudukan no. 1 skang ni. pelik...

    BalasPadam
  6. sepah jambuu!!

    BalasPadam
  7. sepah mmg terbaik . konsisten dari ep 1 lagi :)

    BalasPadam
  8. tengok sepah je. lain2 tak tangok.. hahaha..

    BalasPadam
  9. buat pertama kalinya..peserta pilihan hans sama dgn saya:)

    BalasPadam
  10. minggu kesepuluh sepah terbaik..(:

    BalasPadam
  11. Kali ni aku suka jozan.. mmg lawak yg menjadik.. Haha!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama