Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 11



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Tiada


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, setiap peserta dikehendaki melakukan 2 persembahan untuk menghiburkan penonton. Persembahan kesemua peserta pada minggu kesebelas ini bagi aku sangat menarik dan cukup menghiburkan yang membuatkan aku mengakui kesemua mereka layak berada di pentang pada minggu ini. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-11 ini. Persembahan pertama dimulakan oleh :-


Kumpulan Jambu


Persembahan pembukaan kali ini dimulakan oleh kumpulan Jambu yang bertemakan Ladies Night di sebuah kelab malam dimana Rokiah iaitu seorang penari yang dilakonkan oleh Yus digoda oleh Tauke tetapi sebenarnya Rokiah ialah seorang polis yang menjalankan siasatan disitu barangkali. Aku terhibur menonton persembahan kumpulan Jambu yang aku boleh sifatkan sebagai aksi yang begitu lucu namun aku rasa seperti ada kekurangan pada persembahan kumpulan Jambu minggu ini. Mungkin kerana persembahan mereka lebih banyak ditunjukkan melalui pergerakan tubuh dan ini secara tidak langsung mengurangkan dialog mereka menjadikan lawak mereka hanya sekadar untuk menghiburkan tetapi cuma itu sahaja atau lebih tepat lagi tiada kreativiti dari segi dialog. Ini menjadikan persembahan Jambu kali ini kurang menyengat sedikit dari segi jalan cerita yang mereka cuba sampaikan.


Apa - apapun, pelukan maut Yus terhadap AC Mizal membuatkan aku ketawa agak lama kerana mimik muka Ac yang begitu melucukan. Hahahah! Tahniah kepada kumpulan Jambu cuma diharapkan pertingkatkan lagi kekuatan jalan cerita untuk persembahan anda pada minggu hadapan. Semoga berjaya.


Kumpulan R2


Minggu ini kumpulan R2 tampil dengan persembahan mengenai seorang orang asli yang menjual buah - buahan dan didatangi seorang pelanggan yang bukan orang asli. Lawak mereka diharapkan diambil secara positif oleh sesiapa yang berketurunan orang asli yer. Apa - apapun, agak kelakar bagi aku cuma lawak mereka tidak seimbang atau lebih tepat lagi aku bersetuju dengan Ahmad Idham kerana apabila berlawak berkumpulan seboleh - bolehnya biarlah lawak itu terhasil sama banyak antara kedua - dua ahli tetapi apabila kita melihat salah seorang lebih melangkaui seorang lagi jadi secara tidak langsung ia memberi kesan juga kepada persembahan mereka. Apa - apapun, tahniah kumpulan R2.


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pada kali ini bagi aku WOW! Jalan cerita ada dan keserasian mereka bertiga memang jelas terbukti malam nih dengan persembahan yang begitu bertenaga dan cukup menghiburkan. Ketawa aku menonton aksi Shuib yang ingin membunuh diri dengan terjun bangunan gara - gara kekasih dirampas oleh rakan sendiri tetapi akhirnya rakan beliau sendiri yang membunuh beliau. Ayat paling lucu malam nih dari kumpulan Sepah ialah "Kau Kena Terima Kenyataan Memang Rupa Kau Tak Ada Rupa Dafi" yang membuatkan aku ketawa geli hati. Aku suka dengan lawak mereka ini kerana ia sebenarnya adalah salah satu gejala sosial yang semakin galak melanda masyarakat Malaysia terutama di kalanganpara remaja kini yang selalu mengambil jalan pintas dengan melakukan gejala terkutuk dan merugikan nyawa ini. Selain daripada kerjasama mereka yang bagus, kumpulan Sepah juga bijak memanfaatkan kelebihan masing - masing seperti membuat mimik muka, pergerakan tubuh dan nada suara yang menarik dan penuh unsur humor menjadikan persembahan mereka antara terbaik malam ini. Tergelak - gelak aku apabila permainan Tora dan Dingdang diungkapkan dalam lawak mereka minggu ini. Penuh nostalgia. Hanya ini sahaja aku mahu katakan pada kumpulan Sepah iaitu cuma dua patah perkataan ini -> Sepah Terbaik. Tahniah Sepah!


Nabil


Persembahan Nabil pada malam ini pula menunjukkan peningkatan yang cukup membanggakan bagi aku. Walaupun hanya beliau sahaja kini yang berjuang sebagai seorang peserta tunggal berbanding peserta - peserta lain yang mempunyai kelebihan dari segi jumlah ahli namun aku setuju untuk mengatakan persembahan Nabil sebagai tukang urut ini adalah yang terbaik dan cukup menghiburkan daripada permulaan sehinggalah kepada penamat. Seronok kerana Nabil pandai mengambil salah satu isu iaitu tentang lambakan pekerja asing di Malaysia dan menjadikannya sebagai satu jenaka yang secara tidak langsung membuatkan kita sekali sekala terfikir juga tentang hal ini. Tahniah Nabil. Satu persembahan yang mantap!


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan kali ini membuatkan aku sangat sangat sangat dan sangat kagum serta amat terhibur. Bagi aku inilah persembahan yang amat aku nanti - nantikan daripada kumpulan ini. Mereka bijak menggunakan kelebihan yang mereka ada sebagai contoh pada kali ini Zizan telah memperkenalkan sebuah karakter baru yang diberi nama Zamri Rockers yang bagi aku sangat sempoi. Kemudian mereka bijak memanfaatkan props yang diberi yang kononnya ialah sebuah televisyen dan disini lawak yang terhasil sangat segar dan penuh dengan elemen humor yang membuatkan aku ketawa tidak henti - henti. Tahniah Jozan. Kalian berdua adalah Maharaja Lawak pada minggu kesebelas ini.



Peserta Pilihan Hans Untuk Persembahan Pertama :

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Nabil
  4. Jambu
  5. R2


Persembahan Kedua pula memerlukan mereka menjadikan 2 alat yang diberi sebagai bahan serba guna mengikut kreativiti mereka seperti mana salah satu segmen yang kita lihat di dalam rancangan Spontan sebelum ini. Jadi persembahan dimulakan oleh  :-


Kumpulan Jambu


Persembahan kedua mereka kali ini bagi aku menarik dan menghiburkan cuma aku rasa aku pun berpandangan sama seperti Saiful Apek dimana persembahan kedua ini masih tidak mampu menandingi persembahan pertama mereka sebentar tadi. Apa - apapun, ia masih lucu, kreatif dan sepastinya menghiburkan cuma di pengakhiran persembahan mereka kurang UMPH sikit. Tahniah kumpulan Jambu cuma aku harapkan mereka kembali tampil dengan persembahan yang lebih memukau pada minggu hadapan.


Kumpulan R2


Persembahan kedua kumpulan R2 ini bagi aku tidak menarik kerana kegunaan alat yang diberi oleh mereka disampaikan dengan cara yang begitu minima sekali seperti mereka kekeringan idea. Dialog - dialog mereka juga kurang menyengat menjadikan persembahan kedua mereka ini tidak berseri dan semestinya kurang menarik untuk dijadikan sebagai hiburan untuk bergelak ketawa. Bagi aku persembahan ini lebih kepada sekadar untuk membuat penonton ketawa sahaja namun masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Apa - apapun, semoga berjaya kumpulan R2 pada minggu hadapan.


Kumpulan Sepah


Persembahan kedua kumpulan Sepah kali ini juga begitu hebat seperti mana persembahan pertama mereka. Aku boleh katakan mereka begitu konsisten dalam memberikan yang terbaik untuk semua persembahan mereka setakat ini. Sangat menarik melihat bagaimana idea - idea yang digunakan oleh mereka untuk menjadikan alatan yang diberi iaitu raket badminton dan beg sebagai salah satu kelebihan di dalam persembahan mereka kali ini. Tahniah Sepah! Kalian bertiga memang terbaik!


Nabil


Persembahan kedua Nabil pula bagi aku boleh tahan menarik kerana walaupun bergerak secara solo namun masih mampu menghiburkan penonton dengan dua benda yang diberi iaitu timun dan kuali dengan kreativiti beliau mereka sebuah cerita tentang penemuan UFO di Malaysia. Bagi aku lawak yang dipersembahkan Nabil pada persembahan ini sangat kreatif dan tidak kekeringan idea sehingga penamat persembahan beliau. Tahniah Nabil! Semangat sang juara Raja Lawak akhirnya kembali minggu ini!


Kumpulan Jozan


Persembahan terakhir datangnya daripada kumpulan Jozan yang membuatkan aku ketawa girang menonton persembahan mereka berdua. Walaupun pada pandangan peribadi aku persembahan kedua ini tidak lah selucu persembahan pertama mereka namun kreativiti mereka sangat terbaik dan apa aku mampu katakan malam ini kumpulan Jozan memang memberikan yang terbaik kepada penonton. Tahniah kumpulan Jozan! Anda berdua memang berbakat dan cukup hebat malam ini!


Peserta Pilihan Hans Untuk Persembahan Kedua :

  1. Sepah
  2. Jozan
  3. Nabil
  4. Jambu
  5. R2


Jadi, secara keseluruhannya pada minggu ini
maka peserta pilihan Hans untuk minggu ke sebelas ini ialah :-




Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kesebelas :

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Nabil
  4. Jambu
  5. R2

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. yang peserta pilihan persembahan pertama tu memang setuju sangat :D

    BalasPadam
  2. JOZAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNN!!!

    BalasPadam
  3. nak kena donlod pulak la lpas ni..hehe

    BalasPadam
  4. JOZAN bestt ohh dgn lawak TV dia tu.

    kreatiff

    BalasPadam
  5. Seperti biasa,Hans tidak pernah mengecewakan aku kalau membuat sesuatu review...Best..
    Aku pilih Sepah..Sebab persembahan diaorg best dan sentiasa konsisten..

    BalasPadam
  6. jozan lawak tv tu mmg best hehe
    tp sepah plg terbaik la x bole nak kawal gelak ekeke

    BalasPadam
  7. belom tengok. kene tengok kat utube je lah. hehehe :P

    BalasPadam
  8. Jozan dan Sepah memang mantap! Susah nak pilih siapa yang patut jadi Maharaja Lawak.

    Sepah. Lawak minggu-minggu boleh dikatakan konsisten banding dengan peserta lain. Dan lawak dia lawak ada mesej dan menghiburkan. Jozan pula, walaupun kadang ada minggu tenggelam ada minggu timbul, bila dia timbul, dia kasi hit betul-betul. Memang ketawa tak hengat.

    Kesimpulannya, Jozan dan Sepah tetap juara di hati. ;)

    BalasPadam
  9. persembahan jambu x best..sy x gelak pon.
    kenapa asyik yus jer yg jadi prempuannya.

    tp jozan & sepah mmg terbaek..puas hati

    BalasPadam
  10. mmg jozan,sepah ngan nabil terbaik semalam...jambu bg aku xlawak semalam..

    BalasPadam
  11. Aku tetttap sokong Nabil!! ;D

    BalasPadam
  12. Awan nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano~~~~


    JoZAn Besttt!~ ;)

    BalasPadam
  13. bunga pun setuju...:)

    bunga sokong jozan dan sepah..

    BalasPadam
  14. jozan ak kureeengg sket..

    sepah paling layak kot~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama