Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 12



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Kumpulan R2


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, setiap peserta dikehendaki melakukan 2 persembahan untuk menghiburkan penonton. Persembahan kesemua peserta pada minggu ke-12 ini bagi aku sangat menarik dan cukup menghiburkan yang membuatkan aku mengakui kesemua mereka layak berada di pentang pada minggu ini. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada minggu ke-12 ini. Persembahan pertama dimulakan oleh :-


Kumpulan Sepah


Persembahan pembukaan dimulakan oleh kumpulan Sepah yang mengisahkan tentang perihal berkhatan dan bersahur. Bagi aku persembahan pertama mereka aminggu ini masih di tahap unik dan membanggakan kerana memperkenalkan budaya masyarakat Islam khasnya orang Melayu dan aku suka dengan bagaimana lawak mereka ini dipersembahkan dengan persediaan yang cukup rapi. Kerjasama yang bagus daripada setiap ahli dimana masing - masing saling membantu membuatkan tidak ada seorang pun kelihatan terlebih atau terkurang di dalam persembahan ini. Tidak sah persembahan mereka jika nama Dafi tidak disebut namun setiap kali keluarnya nama tersebut pasti akan mengundang tawa sesiapa yang menonton. Cuma aku kurang berkenan dengan lawak mereka tentang pelakon, penyanyi dan pelawak iaitu Ali Mamak kerana bagi aku lawak itu tidak sepatutnya ada. Apa - apapun, persembahan mereka tetap menarik dan tahniah kepada kumpulan Sepah untuk persembahan pertama yang cukup mantap ini.


Nabil


Nabil yang merupakan satu - satunya peserta solo yang masih tinggal di dalam gelanggang maharaja lawak kali ini nampaknya berjaya menunjukkan satu persembahan yang bagi aku cukup menarik dan penuh dengan idea yang sangat lucu. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menjual vcd atau dvd cetak rompak di pasar malam dan menawarkan kepada pelanggan beliau pelbagai cerita sememangnya melucukan kerana Nabil bijak memanfaatkan dan memanipulasi pelbagai perkara dan idea untuk persembahan Nabil beliau ini. Tahniah Nabil! Satu persembahan yang cukup matang dan memang menarik. This is best brooooooooooo!


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan kali ini menampilkan tentang kisah Fazli Yusof iaiut seorang juruhebah radio yang berhutang dengan seorang Ah Long dan sewaktu beliau sedang bersiaran tiba - tiba Ah Long ini datang ke konti untuk menuntut hutang daripada beliau. Aku seronok menonton aksi Zizan yang persis seorang juruhebah sebenar serta nada dan gaya percakapan Johan yang membuatkan aku ketawa tanpa henti melihat keletahnya. Mengambil nama David Teo sebagai modal persembahan mereka kali ini ternyata berkesan kerana ia disukai oleh penonton dan ternyata ia sesuatu yang amat berbaloi dalam memberikan kesan yang positif kepada persembahan mereka. Ayat paling aku suka di dalam persembahan mereka ini ialah Cintai Sungai Kita. Walaupun lucu tapi setidak - tidaknya ada juga mesej yang disampaikan walaupun bukan itu fokus utama mereka. Apa - apapun, aku sangat sukakan persembahan mereka ini dan tahniah aku ucapkan kerana mereka berjaya mengekalkan momentum cemerlang seperti minggu lepas. Tahniah Jozan!


Kumpulan R2


Persembahan kumpulan R2 pula pada minggu ini yang menceritakan tentang kisah suami isteri dua orang pemancing bagi aku agak baik. Persembahan mereka juga agak menarik dan kali ini nampak kesefahaman yang baik antara abang dan adik dimana pada pandangan aku kelihatan si abang dan si adik sama - sama hebat. Aku suka pengakhiran persembahan mereka walaupun lawak itu aku pernah dengar namun asalkan ia bijak dipersembahkan dan membuat aku ketawa maka bagi aku mereka sudah berjaya. Apa - apapun, mungkin kerana persembahan - persembahan sebelum ini lebih lucu berbanding persembahan mereka jadi kumpulan R2 kelihatan sedikit tenggelam. Namun bagi aku mereka masih salah sebuah kumpulan yang terbaik dan tahniah untuk R2 pada persembahan pertama mereka ini.


Kumpulan Jambu


Persembahan terakhir untuk pusingan pertama diakhiri oleh kumpulan Jambu. Persembahan mereka bagi aku menarik tetapi aku tak tahu kenapa aku kurang terhibur dengan lawak mereka kali ini. Mungkin kerana kekerapan menggunakan ayat yang sama atau lawak yang kelihatan seperti pengulangan pada persembahan terdahulu menyebabkan aku sudah mampu mengagak apa yang akan berlaku dan ini secara tidak langsung menyebabkan unsur humor tu berkurangan secara drastik. Aku mengharapkan kumpulan Jambu mempersembahkan yang lebih baik pada persembahan kedua mereka. Apa - apapun, semoga berjaya kumpulan Jambu.


Peserta Pilihan Hans Untuk Persembahan Pertama :

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Nabil
  4. R2
  5. Jambu


Persembahan kedua mula memerlukan setiap peserta berganding bahu dengan pelawak terkenal tanah air yang dipilih untuk digandingkan dengan mereka bagi mempersembahkan sebuah jenaka yang mampu menghiburkan penonton. Persembahan kedua dimulakan oleh :-


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah memang membuatkan aku pecah perut kerana mengambil inspirasi daripada program Semanis Kurma di TV9 dan menceritakan tentang Hari Bapa. Pelakon komedi yang bergandingan dengan mereka pula ialah Yassin. Mungkin ada sesetengah penonton yang kurang selesa dengan lawak mereka kali kerana kata mereka ia seperti mempermainkan individu - individu yang terlibat sebagai hos di dalam program itu tetapi aku lebih suka menganggap ini hanya sekadar satu hiburan yang cuma mengambil program itu sebagai inspirasi semata - mata dan bukannya karakter pengacara. Jika anda boleh menerima lawak Johan tentang Dato Fadzilah Kamsah maka janganlah terlalu emosi tentang hal berkaitan semput yang dilakonkan mereka kali ini kerana bagi aku itu cuma sekadar rekaan untuk menjadikan persembahan mereka lebih berseri dan secara tidak langsung mempromosikan rancangan Semanis Kurma kepada ramai penonton maharaja lawak yang aku percaya tidak ramai yang menonton rancangan tersebut. Apa - apapun, jika ada pihak terlibat yang terasa dengan lawak Sepah ini aku menyarankan agar kumpulan Sepah meminta maaf kepada mereka tetapi jika pihak terlibat tidak berkata apa - apa maka jangan lah pula orang - orang di luar sana yang lebih sudu dari kuah. Baiklah! Aku sangat teruja melihat bagaimana salah seorang ahli kumpulan Sepah disolek kerana wajah beliau sangat melucukan cuma sayangnya Yassin tidak digunakan oleh mereka sepenuhnya kerana aku boleh lihat disini dialog Yassin tidak lah sebanyak mana. Namun, persembahan kali ini menarik dan menghiburkan. Tahniah Sepah! Semoga persembahan minggu hadapan lebih menarik dan menghiburkan cuma jikalau boleh elakkan persembahan kontroversi sebegini.


Nabil


Persembahan Nabil pula mengisahkan tentang sebuah rancangan kesihatan dimana Bob Kuman bergandingan dengan Nabil dan bagi aku walaupun permulaan persembahan sedikit hambar dimana dialog yang diungkapkan oleh Bob seperti tiada aura namun ia bertukar menjadi menarik dan semakin menarik sehingga ke akhirnya. Adegan paling menarik apabila cawat tertanggal tanpa sengaja. Tak ada dalam plan tu! Hahaha! Tahniah Nabil dan Bob atas persembahan yang bagi aku cukup menghiburkan dan pengakhiran yang betul - betul melucukan. Nampaknya Nabil betul - betul bangkit pada minggu ini.


Kumpulan R2


Persembahan kumpulan R2 pula menceritakan tentang kisah pertandingan debat peringkat terakhir yang bertajuk Peranan Bapa Lebih Penting Dalam Rumah Tangga di mana Ali Mamak yang memegang peranan sebagai pihak pembangkang bergandingan dengan kumpulan R2 pada persembahan kali ini. Bagi aku Ali Mamak memang banyak membantu persembahan kumpulan ini dan aku tabik kepada Ali Mamak kerana tahap selambanya yang tinggi walaupun warna fizikal tubuh beliau menjadi bahan lawak kumpulan R2 kali ini. Pada pandangan aku, jika persembahan ini dikemaskan lagi aku pasti ia akan lebih menarik dan menghiburkan. Apa - apapun, satu persembahan yang hebat dan bertenaga daripada mereka dan tahniah aku ucapkan pada kumpulan R2.


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pula nampaknya menggandingkan mereka dengan juruhebah Suria FM yang terkenal iaitu Linda Onn dan bagi aku persembahan mereka kali ini memang memukan dan gandingan mereka bertiga sememangnya serasi dan menghiburkan. Seronok melihat keletah Johan yang memang seperti kanak - kanak, aksi Linda Onn yang bersahaja serta gelagat Zizan yang tidak pernah duduk diam. Setiap persembahan mereka pasti akan 'melahirkan' banyak ayat atau perkataan yang melucukan seperti 'Hidung Dia Nak Patuk Mulut Saya', 'My Mom Chichken Riss', dan macam - macam lagi. Adegan Zizan dan Linda Onn yang konon hendak berpeluk gara - gara Zizan sebagai kanak - kanak menangis tu memang melucukan serta bunyi ular memang betul - betul menggamatkan suasana dan ayat - ayat terakhir yang diungkapkan kepada Linda Onn sememangnya sungguh lucu dan aku tabik pada Linda Onn yang memang selamba habis. Tahniah kumpulan Jozan serta Linda Onn. Persembahan yang betul - betul menghiburkan! Tahniah!


Kumpulan Jambu


Persembahan kumpulan Jambu menutup tirai episod kali ini bersama Ah Chong yang bergandingan dengan mereka untuk persembahan terakhir ini. Aku kurang terhibur dengan persembahan mereka minggu ini kerana mungkin persembahan sebelum ini jauh lebih hebat jadi apabila melihat persembahan kali ini terasa seperti sangat hambar dan elemen komedi yang sudah biasa dilihat dan dipersembahkan oleh mereka juga semakin berkurangan. Apa - apapun, persembahan mereka masih boleh tahan dan harap - harap agar minggu depan mereka bangkit kembali dengan persembahan yang lebih memukau. Semoga berjaya kumpulan Jambu.


Peserta Pilihan Hans Untuk Persembahan Kedua :

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Nabil
  4. R2
  5. Jambu


Jadi, secara keseluruhannya pada minggu ini
maka peserta pilihan Hans untuk minggu ke-12 ini ialah :-



Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Ke-12 :

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Nabil
  4. R2
  5. Jambu


P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

57 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. alamak.. tak de astro WARNA la..?!!

    BalasPadam
  2. dah dua minggu terlepas tgk MRL..huhu baca analisis hans je la :)

    BalasPadam
  3. biasa la jambu...lawak di ayat ulang2 je..

    BalasPadam
  4. suka baca analisis di buat oleh kamu.;p

    btw. tak minat jambu.huhu

    BalasPadam
  5. layan kat youtube jeee...

    sepah n jozan bersaing hebat untuk gelaran juara nampaknya.

    BalasPadam
  6. aku tak layan lagi kat youtube... nanti ar layan..ermm jambu memang dah tak best ke?

    BalasPadam
  7. ikhram : youtube sudahhhhhhhh... :-)

    sutera kasih : hahaha..thanks

    faiz : itulah pasal..tak ada pembaharuan

    amiraliyana : terima kasih suka baca.. :-)

    delarocha : yups..setakat ni nampak 2 kumpulan tu la bersaing..Nabil pula makin meningkat naik

    Fitrihadi : jambu nih lawak dia tak berkembang..lawak dia banyak pengulangan..so,tu la rasa kurang umph tu..bukannya tak best tapi aku mahukan yang lebih baik dari mereka...

    BalasPadam
  8. mornin hans..
    layan sepah dan jozan jerk..
    hehehe..

    *hari tu ternampak yus dan shiela rusli kat pasar pagi untuk rancangan ketuk2 ramadan. hehehe..

    *nice review..

    BalasPadam
  9. yep..jambu dah kurnag sikit..jozan ngan sepah lah yang bersaing skrang ni..dua-dua sama gile lawak..haha

    BalasPadam
  10. kenapalah juri nak guna imuniti masa ni..rasa mcm unfair kt R2.

    sepah mmg best.gelak smpai sakit perut.

    BalasPadam
  11. JOZAN bagus, tapi sepah punya idea lagi baik..saya rasalah!!

    BalasPadam
  12. yeay!! Jozan the best la!! hik3.. xtgk lg tp dri cara hans review mcm best je lawak2 dorang sume..

    BalasPadam
  13. Giler lengkap review ko Hans.. tahniah.. salute! :)

    BalasPadam
  14. erk best jugak

    tp r2 persembahan kedua tu cm tk bpe nk menghiburkan

    jambu tak pnh suke

    BalasPadam
  15. aku pun tak gemar la Jambu yg 2nd round tu.. tak kelakor la..

    BalasPadam
  16. yeahh! Jozan dpt masuk final!

    setuju dgn Hans part lawak Sepah yg ada Ali Mamak tu! Sepatutnya sentimen warna kulit jgn la dibangkitkan! Takut ada yg anggap perkauman kan? Tapi apa2 pun congrats to all finalists!

    Hopefully Jozan menang! :D

    BalasPadam
  17. huhuhu....syok ahhh tengok depa ni...
    tp sy x tengok lagi yng minggu terbaru ni...sat g ahhh..heheh

    BalasPadam
  18. apsal jambu skrang tak best ha??haish..
    ape2 pun,GO JOZAN!!!ekkeke

    BalasPadam
  19. kenapa jambu makin lama makin tak best :(

    tapi nasib baik tak terkeluar. harap2 final boleh bagi yang terbaik. pape pon suke semua !! yeahhh. :)

    BalasPadam
  20. mmg best la JOZAN dan SEPAH malam tadi.. yg paling best JOZAN ngan Linda Onn.. tergelak besar tgk persembahan tu..

    BalasPadam
  21. sepah n jozan memang terbaik semalam..nabil pun ade improvement..terbaik...
    aaahhhh...semmput......hahhaa

    BalasPadam
  22. aku baca ulasan hg pun dah wat aku gelak..blh rasa dah kelawakan nyaa.. hehe... =)

    (p/s: baru tgh dok dwnload mhrajalawak episode minggu ni..=)

    BalasPadam
  23. fuh!!!!panjangnya karangan kali nie....
    apapun byk blog yg wat n3 ttg raja lawak....

    BalasPadam
  24. JOZAN mantap! NAbil pun boleh tahan BEST BRO!! ;D


    Tapi JAMBU macam agak merapu sikit la Hans kan..

    BalasPadam
  25. kalau kita tengok , sepah diantara konsisten dia punya persembahan.... tapi jozan pun dah meningkat banyak last2 week nih... aku rasa jozan atau sepah juara... apepun tak boleh nak predict awal sangat.... misterii...

    BalasPadam
  26. aku xtgk lagi nnt sapa terisngkir?

    BalasPadam
  27. lama dah aku tak tgk...tgk dalam utube ada dak?

    BalasPadam
  28. nabil! aku memang tunggu kan kebangkitan dia sejak down sikit minggu2 sebelumnya ni.ternyata dia bijak menggunakan elemen yang dekat dengan hati orang johor tu. this is best bro~

    BalasPadam
  29. i prefer sepah.. pengganti laksmana do re mi :)

    BalasPadam
  30. Tak sabar tunggu final episod maharaja lawak...

    BalasPadam
  31. ekceli pilihan aku cuma JOZAN.. kenapa? sebab drg ni kreatif dan matang. SEPAH ok, tp ada waktunya drg ni mcm tak serius nak berlawak.maksud aku bukan lawak kene buat muka serius tp kena lawak yg lucu tp profesional.. ada satu episod tu one of member dlm group SEPAH ni tegur tentang kamera lah, gelak sendiri atas pentas (aku lupa sape nama ahli kumpulan tu, yg paling rendah tu sape nama?dia lah). so perkara ni mencatatkan persembahan n menunjukkan yg mereka tak brapa profesional dlm membuat persembahan.yg peliknya juri akan cakap bagus bagus bagus terbaek terbaek terbaek... tak salahkan juri, maybe sbb juri tahu yg drg ni mmg dah ada nama dlm industri.. SEKADAR PENDAPAT YE...

    jom terjah hrrp://eddysyrol.blogspot.com

    BalasPadam
  32. jozan dengan sepah best malam tadi.
    tapi kesian kat R2 tak pergi final sekali..lagi-lagi fiq rasa malam tadi R2 lebih kelakar lawaknya dari jambu.

    BalasPadam
  33. fuhhhhh..

    analisis yang terperinci....

    orang xsempat nak tengok....ne baru nak tgk la...heheh

    BalasPadam
  34. Lawak paling best sekali jozan n sepah! suka diorang! :D

    BalasPadam
  35. Xada Astro Warna La..Baca ulasan nie pun jadilah..terbaik

    BalasPadam
  36. jambu tiap minggu tak best...pehal la semalam dapat imuniti...baik keluar je bagus :)

    BalasPadam
  37. adoi..panjangnya aku nak baca bangggg....tak terbaca den..sory sorry sorry...heee...2 kumpulan yang tak pernah mengecewakan aku..jozan n sepah..tarbaek ah dua kumpulan ni....nabil pon sempoi dowwww

    BalasPadam
  38. dah agak dah yg masuk final mesti deap 4 org. tp rasanya jozan juara :D

    BalasPadam
  39. He3, nanti final harap best la...

    BalasPadam
  40. xde astro..tapi ada tgok di you tube..mmg suka tengok..ehhehe..mmg sokon jozan n sepah..jambu sekarang dah xmenyengit..dah xbest sangat..

    BalasPadam
  41. sama jee kedua2nyaa..tapi jozan best..sy suka sgt..jambu makin kurang laaa

    BalasPadam
  42. suke jozan =)))

    tp da bole agak mesti imuniti akan digunakan utk jambu dan sudahnya 4 finalis di final. politik yg sudah dijangka. even jambu lgs xbest malam tu... hmm....

    BalasPadam
  43. jozan n sepah mmg best lah..
    suka sgt...=)

    BalasPadam
  44. semangat betul entry ko.. may the best win..

    BalasPadam
  45. jambu minggu 6 je best yg sukan tu
    lain hampeh

    gua suke gaya lawak nabil dr raja lwak lg
    brilliant

    BalasPadam
  46. ekh korg sume da macm juri jgak da...
    hahahaa kepoh x abis org kite nie..

    BalasPadam
  47. boyboyboi : semua orang ada hak dan citarasa masing2...anda pun sama juga :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama