Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 13 (AKHIR)


Pengacara:
AC Mizal

Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta Maharaja Lawak Minggu Akhir:
Jozan
Sepah
Nabil
Jambu


Keputusan:


Tempat Pertama : Kumpulan Sepah


Tempat Kedua : Kumpulan Jozan


Tempat Ketiga : Nabil


Tempat Keempat : Kumpulan Jambu


Ulasan Hans:

Pada minggu terakhir Maharaja Lawak ini, seperti biasa setiap peserta dikehendaki melakukan 2 persembahan untuk menghiburkan penonton. Persembahan kesemua peserta pada pertandingan akhir ini bagi aku tidak sehebat persembahan pada minggu lepas namun masih menghiburkan dan membuatkan aku mengakui kesemua mereka memang layak berada di pentas akhir ini. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada final maharaja lawak yang berakhir sebentar tadi. Persembahan pertama yang memerlukan setiap peserta mempersembahkan lawak mereka selama 7 minit dimulakan oleh :-


Nabil


Persembahan pembukaan dimulai oleh Nabil yang menggabungkan idea daripada 2 persembahan beliau yang lepas iaitu mengambil watak penjual atau salesman yang menjual barang - barang yang pelik serta patung spiderman yang sentiasa dibuli serta dipukul dan kedua - dua ini digabung lalu dijadikan sebagai sebuah kisah baru yang bagi aku boleh tahan juga menariknya walaupun tidak secara keseluruhannya. Persembahan selama 7 minit sememangnya membuatkan Nabil yang merupakan satu - satunya peserta yang beraksi secara individu di dalam pertandingan akhir perlu bekerja keras untuk memberi yang terbaik dan aku memuji hasil persembahan pertamanya ini. Kekuatan Nabil ialah pada ayat - ayat yang diluahkannya yang kelihatan begitu selamba dan mengikut arus zaman di mana salah satu ayat yang menarik perhatian aku ialah "Ekau ada pendrive? Den nak transfer dato cinto den doket dio nih hah!" dan apa yang menariknya disini ialah patung spiderman yang digunakan kali ini sebenarnya bukannya sebuah patung kosong tetapi mempunyai 'isi' di dalam. Patutlah aku rasa aneh melihat isipadu padung nih yang tebal semacam jer dan bagi aku manusia di dalam patung itu banyak membantu menghidupkan persembahan Nabil yang pertama ini. Apa - apapun, persembahan ini masih boleh dipuji. Tahniah Nabil! This is best broooooo!


Kumpulan Jambu


Persembahan kumpulan Jambu pula pada malam akhir ini bagi aku ada peningkatan yang agak banyak juga berbanding 2 persembahan mereka sebelum ini. Mempersembahkan jenaka berkaitan 2 orang lelaki yang menunjukkan kehebatan seni bela diri masing - masing sememangnya berjaya mencuit hati aku walaupun tidak secara keseluruhannya. Aku nampak semangat mereka untuk kembali menarik hati para penonton seperti sebelum ini dan aku puji kesungguhan mereka itu. Walaupun persembahan pertama mereka ini masih belum setanding dengan persembahan - persembahan hebat mereka sebelum ini namun aku masih mahu memuji gandingan Yus dan Tauke yang bagi aku mantap dan hebat. Tahniah Jambu! Korang memang jambu lah!


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pula bagi aku amat menarik dan betul - betul menghiburkan kerana mempunyai mesej yang bagus dan dialog - dialog yang begitu melucukan. Mempertaruhkan sekali lagi watak Ustazah yang menjadi pengacara rancangan Manisnya Kurma Ini seperti pada minggu lepas namun kisahnya kali ini lebih menarik apabila ia melibatkan dua orang perompak yang mahu merompak rumah ustazah tersebut. Situasi - situasi yang ditimbulkan mereka sememangnya berjaya menjentik emosi aku untuk turut sama terhibur apabila melihat telatah mereka yang sangat menghiburkan. Sekali lagi trademark kumpulan Sepah yang paling popular iaitu berkenaan Dafi berjaya mengundang tawa besar dari aku kerana ia berlaku pada adegan yang aku tidak jangka perkataan Dafi itu akan terungkap dari mulut Shuib. Hahahaha! Tahniah kumpulan Sepah! Persembahan pertama yang paling menghiburkan bagi aku! Baik punyaaaaaaa!


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pula bagi aku boleh tahan lucunya juga. Mengisahkan tentang seorang perompak yang memecah masuk muzium untuk mencuri keris taming sari dan tiba - tiba mendapati Hang Tuah yang berada di dalam gambar sebenarnya boleh bersuara dan hidup. Seperti biasa gelagat Johan dan Zizan sememangnya mencetuskan suasana lucu yang bukan sedikit namun ini bukanlah persembahan terbaik mereka pada pandangan aku kerana mereka sebenarnya boleh melakukan yang lebih baik dari ini. Namun, persembahan mereka ini masih lagi boleh dikategorikan sebagai terbaik dan tahniah aku ucapkan kepada kumpulan Jozan.


Peserta Pilihan Hans Untuk Persembahan Pertama :

  1. Sepah
  2. Jozan
  3. Nabil
  4. Jambu


Persembahan kedua pula bertemakan komedi muzikal dimana peserta dikehendaki membuat persembahan selama 7 minit juga. Persembahan kedua ini dimulakan oleh peserta :-


Nabil


Persembahan kedua Nabil ini bagi aku sangat - sangat menarik dan ada mesej yang memang bagus. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bergelandangan sehelai sepinggan yang terjumpa sebuah buku magik di tempat pembuangan sampah. Jadi, bermula disitu beliau mula membaca isi - isi di dalam buku tersebut untuk mencuba beberapa magik dan disinilah kekuatan Nabil yang bijak menggunakan perkataan - perkataan yang mencuit hati yang mampu menggeletek hati penonton untuk ketawa. Aku sangat bersetuju dengan komen Ahmad Idham dan Mamat Khalid bahawa Nabil sepatutnya tampil dengan lawak sebegini pada 2 persembahan sebelum ini kerana persembahan terakhirnya ini bagi aku sangat memukau dan paling aku suka tentang nyanyiannya yang mengambil inspirasi muzik daripada lagu penyanyi Bruno Mars. Jika didengar betul - betul nyanyian itu banyak mesej - mesej berguna yang membuatkan persembahan Nabil ini bukan sekadar lawak kosong tetapi sangat bernilai. Tahniah Nabil! This is best broooooo!


Kumpulan Jambu


Persembahan kumpulan Jambu pula yang mengambil inspirasi daripada 3 filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang serta Laksamana Doremi dan mereka bijak menggunakan kelebihan itu untuk memberikan sebuah persembahan yang bagi aku cukup memukau dan pada pandangan aku sepatutnya kumpulan Jambu harus tampil dengan persembahan bertenaga sebegini pada 2 persembahan yang lepas. Aku sangat terhibur dengan persembahan mereka terutamanya sewaktu mereka berdua menyanyi di dalam adegan membahagi duit emas yang memang begitu mencuit hati aku untuk ketawa dan kemunculan Zila Bakarin sememangnya menghangat lagi suasana dan membantu kumpulan Jambu untuk mencetuskan komedi yang bukannya sedikit seterusnya membuatkan suasana menjadi riuh - rendah dengan hilai ketawa daripada penonton - penonton. Tahniah aku ucapkan kepada kumpulan Jambu atas persembahan yang begitu menghiburkan. Ini baru betul kumpulan Jambu! Korang jambulahhh!


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah yang menceritakan tentang kehidupan suami isteri yang tidak lagi sehaluan sekali lagi berjaya menawan hati dan seterusnya menghiburkan para penonton serta penyokong mereka. Bijak memanfaatkan kelebihan ahli dan kerjasama yang begitu baik antara mereka bertiga sememangnya menjadikan persembahan mereka yang terakhir ini begitu menarik  dan menjadi bertambah hebat serta penuh dengan humor yang memikat. Melihat muka Shuib yang berambut palsu kerinting itu sahaja sudah membuatkan aku ketawa terbahak - bahak apatah lagi dengan ayat - ayat yang lancar keluar daripada mulut mereka yang sememangnya sentiasa menjadi fenomena tulisan biru di facebook. Kemunculan Dafi pada akhir persembahan ini juga secara tidak langsung menjadikan penutup persembahan kumpulan Sepah kelihatan begitu sempurna kerana lagak Dafi yang begitu selamba dan yakin memasuki pentas dan seterusnya mencetuskan hilai ketawa di kalangan penonton sama ada di stadium mahu pun dirumah. Tahniah Sepah! Kalian memang layak bergelar juara kerana persembahan kamu bertiga sentiasa konsisten dan menarik! Sepah memang terbaik! Baik punyaaaaaa!


Kumpulan Jozan


Persembahan terakhir kali ini dijayakan oleh kumpulan Jozan yang mempersembahkan komedi muzikal yang bagi aku terbaik dan sangat menghiburkan. Mempertemukan 2 karakter terkuat dan punya pengaruh besar di kalangan penonton maharaja lawak dalam persembahan - persembahan mereka sebelum ini iaitu Mail Lambung serta Ah Chai sememangnya berjaya membantu menguatkan lagi persembahan yang bergenre komedi muzikal ini. Tidak ada banyak yang mampu dikatakan cuma apa aku boleh kata aku terhibur dan tidak kering gusi melihat gelagat Johan dan Zizan yang sememangnya melucukan dan penuh karisma. Tahniah kumpulan Jozan atas persembahan hebat ini! Aku sangat terhibur!


Peserta Pilihan Hans Untuk Persembahan Kedua :

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Nabil
  4. Jambu


Jadi, secara keseluruhannya pada minggu ini
maka peserta pilihan Hans untuk minggu akhir Maharaja Lawak ini ialah :-



Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Akhir Maharaja Lawak :

  1. Sepah
  2. Jozan
  3. Nabil
  4. Jambu

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Nabil kalah pun , dia makan sorang je 150ribu tu. ahhahahaha

    BalasPadam
  2. tumpang baca & linked ye encik hans. tq in advance. :-)

    BalasPadam
  3. Cepat updated!hehehe..

    walaupun jozan x menang..tp puas hati gak lah sebab sepah yg menang:)

    BalasPadam
  4. puas hati so far.. bab ustazah tu lawak gila...

    BalasPadam
  5. sememangnya sepah yang terbaik !

    BalasPadam
  6. sepah mmg best..dan nabil lagi best sbb dpt 150k..hihi

    BalasPadam
  7. mmg best la sepah n jozan..
    tpi nabil paling bertuah sbb 150k dia sorank je.. hehee.. apa pun tahniah tuk finalis maharaja lawak semua..

    BalasPadam
  8. kalau tengok, memang layak sepah menang. tapi jozan tak kurang hebatnya.. suka persembahan kedua jozan!

    BalasPadam
  9. ehh sama la pilihan hans dgn keputusan,, hehe

    BalasPadam
  10. maharaja lawak final ni memang puas hati aku tgk...aku terpaksa merantau jauh semata-mata nk tgk ML ni...yelah kat umah xde astro..secey2..huhu
    pape pun pilihan aku kali ni sebenarnye jozan..aku suke giler lawak dorang time mase kedua..memang terbaik punya..huhuhu
    cian jozan..selalu dapt num 2..huhuhu

    BalasPadam
  11. dah 4x tengok kat Channel 188 ni.. hehe!

    BalasPadam
  12. Sepah punya lucu yang ori...tapi kesian pula sepah belasah semanis kurma kaw2...hehe

    BalasPadam
  13. sepah memang patut juara....best gila la....
    tapi kesian pulak kat jozan :)

    BalasPadam
  14. nabil and sepah the best ar wei! ^^

    BalasPadam
  15. aku pun setuju jozan terbaek second task..first task sepah terbaek..

    boringla nnti tiap jumaat akan dtg xda ML dh huhu

    BalasPadam
  16. Ulasan yang terbaek... apapun best gak bila sepah menang.. yezza!

    BalasPadam
  17. ok la tu.. 3 ratus ribu 3 org, 2 ratus ribu 2 org, 1 ratus lak utk 1 org haha

    BalasPadam
  18. abang Blogger : ko salah nih...johan 350 ribu...naib johan 250 ribu..tempat ketiga 150 ribu....

    BalasPadam
  19. semua peserta keseluruhannya fiq rasa dorang dah buat persembahan yang best..(:

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama