Khamis, 2 Jun 2011

Bila Api Dan Angin Bertemu

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang dihargai sekalian. Pada hari ini gua nak berkongsi dengan anda semua tentang pandangan gua tentang tajuk di atas. Fokus gua ialah pada bagaimana cara kita menasihati sesama insan. Bila ada perkara yang kita rasa tak betul atau memang terbukti perkara itu bersalah semestinya kita akan tegur si pelaku terbabit bukan. Tetapi, bagaimana caranya kita menegur itu yang menjadi persoalan disini.

Selalunya si pelaku yang membuat kesilapan sama ada mereka ini sedar atau tidak mempunyai ego yang tinggi. Jadi, aku simpulkan mereka disini sebagai api. Kemudian pasti akan ada orang yang mengambil berat untuk cuba menegur mereka yang bersalah ini. Golongan ini selalunya terbahagi kepada 3 iaitu api, air dan angin. Mari kita lihat apa maksudnya api, air dan angin ini.


1) Api atau lebih tepat lagi nasihat yang lebih kepada berbahasa kesat dan tidak ada langsung nasihat yang menyuruh si pelaku agar berubah. Selalunya si pelaku yang melakukan masalah tidak memandang langsung nasihat daripada golongan ini atau pun apabila mendengar atau membaca maka si pelaku akan tetap merasa dirinya betul. Sebagai contoh, si pelaku ditegur kerana mengguna bahasa kesat tetapi yang menegur atau menasihat pun menggunakan bahasa kesat. Jadi, nasihat daripada golongan api ini tidak membawa apa - apa makna melainkan melahirkan lebih kebencian dan membuatkan si pelaku merasa diri mereka betul.



2) Air pula membawa maksud nasihat yang lembut, fakta yang benar dan mendoakan supaya si pelaku berubah ke arah yang positif. Nasihat sebegini selalunya walaupun kadang - kadang susah untuk diterima oleh si pelaku yang melakukan kesalahan tetapi insyaallah mereka pasti akhirnya akan terfikir kata - kata nasihat yang mereka baca daripada golongan air ini. Ini kerana si pelaku selalunya mempunya ego yang amat tinggi dan sukar untuk mengaku kesalahan tetapi apabila menerima nasihat daripada golongan air maka sedikit sebanyak ego mereka ini akan jatuh sedikit demi sedikit.



3) Angin pula membawa maksud nasihat yang kelihatannya baik atau memang baik tetapi sebenarnya secara sengaja atau tidak sengaja mengapi - apikan orang sekeliling serta si pelaku. Kadang - kadang golongan ini tidak sedar bahawa nasihat mereka bukannya memberi kesan positif untuk si pelaku berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya kerana si pelaku ini selalunya lebih suka mengikut jiwa muda mereka tanpa mempedulikan pandangan orang lain.


Apa - apapun, sama - sama lah kita berdoa agar orang yang melakukan kesalahan diberi hidayah dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Doa agar hatinya dibuka untuk menyedari kesilapan yang dilakukannya. Kadang - kadang kita sebagai penasihat ini terlupa bahawa tidak ada sesiapa di dunia ini yang suka dinasihat dengan cara maki - makian dan dimalukan dihadapan ramai orang termasuklah diri kita sendiri. Cubalah contohi sifat Rasullulah S.A.W yang menasihati dengan lembut sebab selalunya hati yang keras ini mudah cair dengan kata - kata yang lembut dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar si pelaku dan kita sendiri dijauhkan daripada melakukan perkara - perkara yang berdosa dan dibenci oleh Allah itu. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Keruntuhan Moral Remaja Sekarang Semakin Menjadi - Jadi! 


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




25 ulasan:

  1. mintak2 aku tergolong yg air tu..

    BalasPadam
  2. faiz : sama la aku pun...minta2 kita sentiasa tergolong dalam air tu :-))

    BalasPadam
  3. api, air dan angin
    tu memang ada
    tapi yg jadi minyak tanah dan petrol lagi banyak kot bro
    kes berat, makin tenat

    BalasPadam
  4. pena : owh...api,air dan angin tu aku yang klasifikasikan sendiri...ekekke...bab petrol minyak tanah tu lagi dasyat tu :-)

    BalasPadam
  5. setuju dengan analogi yg ko gunakan
    nice entri bro

    BalasPadam
  6. good info
    saya suka nasihat kan org dgn cara air tu...
    tapi sesekali guna api pun ok gak, kalau guna air tak jadik2 jugak! :)

    BalasPadam
  7. pena : tq :-)...wah analogi tu..hehe

    my little diary : tq :-)

    BalasPadam
  8. mungkin saya angin kot, yelar saya bagi nasihat kat orang, entah diorang dengar atau buat-buat pekak je. Habis berbuih kita berkhutbah hehe.

    BalasPadam
  9. Sifat tanah takder ke? Kalau dak lengkaplah Kapten Planet.. haha..

    BalasPadam
  10. hummmm...sy pon tak tau saya yg mana..aishh~~

    BalasPadam
  11. memang tersangatlah betulnya..

    ko api ke?

    mcm api jeh nih? mcm ade bekas2 salu terbakar je... wakakaka

    BalasPadam
  12. kaizen : aku batu... :-)

    BalasPadam
  13. entry ni mmg bersifat air :)

    BalasPadam
  14. mintak2 kite semua nie tergolong dlm golongan yg baik2..nice entry

    BalasPadam
  15. woahahahahahaha

    batu? cube search pribahasa melayu

    salunya batu dikaitkan dengan?

    Api! haha

    Batu Api! lalalala~

    BalasPadam
  16. ella : mudah2an..amin

    kaizen : ko nih Angin lah...insaf2 la yer :-)

    BalasPadam
  17. betol tuh.
    aku memang tak suka orang tegur aku dengan maki2.
    cuba kalau nak bagi nasihat tuh lembut2 sikit.
    baru lah boley terima ye tak?
    :)

    BalasPadam
  18. Dalam keadaan tertentu perlu juga api dalam kehidupan..

    Rasulullah sentiasa lembut dalam kata2 tetapi pernah juga marah ketika agama dipermainkan..

    BalasPadam
  19. saya yang mana satu???kalau di beri pilihan semua nak yang baik2 kan..moga baik selalu..=)

    BalasPadam
  20. sgt terok moral anak2 muda.. sedih tgk..ape akn jd kat generasi akn dtg..sdn yang skang pon dh terok..

    BalasPadam
  21. sungguh intelektual post kali ni. (i like)

    BalasPadam
  22. aku golongan air kan? kan.. kan..

    lalala~

    BalasPadam
  23. hans,bagus info ni.nk share jugak utk diri sndiri.

    mmg klu org tgh marah-kita siram dia dgn air.tapi bila dah siram berkoyan2 pun dia tak sedar tu yg tiba2 naik hangin dn api memarak tu..aduhai...cam no tu? SABAR...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com