Boleh Tak Jangan Jadi Penonton Yang Menjengkelkan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi sekalian. Semalam memang semua entry khas untuk Maharaja Lawak memandangkan gua memang membuat ulasan daripada episod pertama lagi. Tak sangka ramai juga yang buat entry pasal maharaja lawak cuma untuk bahagian ulasan rasa - rasanya tak ramai jadi terima kasih lah kepada yang sudi membaca ulasan - ulasan gua tu yer.


Baiklah! Berbalik kepada tajuk di atas, gua memang dah lama nak menaip entry nih tapi mesti ada jer halangan - halangannya tapi akhirnya alhamdulillah dapat juga gua berkongsi pengalaman dan pandangan gua tentang tajuk diatas pada entry kali ini. Baru - baru ini kan gua pergi menonton filem Rasuk seorang diri di pawagam berhampiran rumah tetapi buat pertama kalinya gua rasa seronok sebab ramai betul di dalam wayang tu datang menonton seorang diri. Selalunya asyik gua jer yang keseorangan jadi hari tu gua tak rasa apa - apa lah sangat. Heheheh!


Tetapi, nak dijadikan cerita tiba - tiba wujud sekumpulan 'makhluk asing' yang tak bertamadun masuk dalam panggung wayang tu. Gua rasa dalam 10 orang mungkin sebab satu baris tempat duduk tu penuh dengan mereka semua. Awal - awal masuk wayang tu mereka dah menjerit, memekik, ketawa sekuat hati dan berbahasa kesat sesama mereka dan gua tak pasti apa tujuan mereka cuma gua lebih suka untuk menganggap mereka nih budak - budak yang mungkin baru pertama kali nak mengenali dunia luar atau pun mungkin pertama kali masuk panggung wayang.


Tetapi, gua tak kisah lah sebab mereka di hujung sana dan gua dihujung sini. Lagi pun filem masih belum ditayangkan lagi jadi di dalam fikiran gua mungkin mereka akan menyepi selepas filem mula ditayangkan tetapi sangkaan gua jauh meleset sama sekali. Mereka semakin bising dan asyik merungut mengomel mencarut dan sebagainya terhadap filem tersebut. Hakikatnya memang filem itu bagi gua agak membosankan pada peringkat awal tetapi ditambah dengan gelagat mereka yang tak bertamadun tu membuatkan hati gua sangat panas. Tiba - tiba gua terfikir alangkah bagusnya jika gua bertukar menjadi Jai iaitu watak Adi Putra di dalam filem KL Gangster pada ketika itu sebab gua pasti gua akan bangun dan membelasah kesemua 10 orang makhluk asing tersebut tetapi gua sedar gua cuma Hans si jejaka kacak sahaja jadi gua terpaksa bersabar jer lah. Memang cari nahas lah kalau gua pergi pukul diorang yang 10 orang tu. Hahahaha!


Paling kurang ajar sekali bila ada adegan seksual atau panas di dalam filem itu dan mereka mulalah bercakap bahasa lucah sesama mereka tetapi dengan nada yang cukup kuat. Gua cukup benci betul dengan budak - budak hingusan nih pada waktu tu. Gua tak kata gua baik sangat tapi budak - budak hingusan nih kalau nak bercakap lucah pun tengok tempat lah beb! Tak hormat langsung orang sekeliling! Nasib filem tu tak menarik jadi gua tak adalah tekanan sangat. Buat kata filem tu filem Harry Potter dan mangkuk - mangkuk tu wujud sewaktu gua tengah menonton memang cari pasal lah! Kemudian, disebabkan penonton tak ramai jadi keadaan di dalam panggung wayang sangat sejuk. Gua memang tahan kencing gila - gila punya lah! 10 minit terakhir tu memang tak senang duduk gua dibuatnya.

Jadi, habis sahaja filem tu gua pun berjalan lah dengan lajunya pergi ke tandas awam tetapi dengan gaya yang macho lah walaupun dah tak tahan sangat dah nak kencing. Hahaha! Tengah gua khusyuk berada dalam tandas tu tiba - tiba gua dengar suara - suara sumbang dari luar dan suara tu makin lama makin dekat dan akhirnya gua menyedari si mangkuk - mangkuk ayun tadi pun masuk dalam tandas yang sama dengan gua. Berlakulah perbualan di dalam tandas tersebut antara mereka :-

Mangkuk Ayun 1 : Haram jadah wehhh!! Bosan gila filem tu! Hantu tak ada pun! Bazir RM9 aku! Kalau aku tahu tak best aku dah tengok filem lain dah! &^^%&$^%(Mencarut)

Mangkuk Ayun 2 : Tahu tak apa! Tapi, dalam wayang tadi kita bising gila kan? Hahahaha!

Mangkuk Ayun 3 : Peduli apa semua tu! Kita bayar tiket kut! Hahahaha!

Gua : Habis tu lu ingat gua masuk free ker? Celaka betul sekoq - sekoq nih!! (dalam hati)

Mangkuk Ayun 4 : Tu lah pasal! &&^&*^&(Mencarut). Kita bayar kut! Rasa macam wayang tadi tempat kita yang punya kan? Hahahaha!

Mangkuk Ayun 5 : Tu lah pasal! Kau perasan tak tadi orang belakang kita suruh kita diam kan? Tapi, peduli apa aku! Bukan mak bapak dia bayar duit tiket kita!! **&**&^&!!!(Mencarut)

Mangkuk Ayun 6 : Hahahaha! Tahu tak apa! Macam &^&^*^%&^&(Mencarut) jer orang belakang tu!!

Gua : Mangkuk - mangkuk nih tak pernah belajar Sivik ker atau tak pernah pergi sekolah? (dalam hati)

Kemudian, mereka semua pun beredar sambil bergelak ketawa sekuat hati dan bercakap pun ibarat masing - masing mengalami masalah telinga tuli atau pekak badak. Gua pun keluar lah dari tandas sebab gua malas nak tengok muka mangkuk - mangkuk tadi. Gua dengar suara mereka pun gua dah menyumpah - menyumpah dah apatah lagi kalau gua tengok muka mangkuk - mangkuk tu. Hahahaha! Lepas tu gua pergi lah Watson beli losyen - Awak Nih Asyik Pegang Saya! Hahahaha! Korang rasa losyen apa tu? Ekekekeke! Gua beli pun sebab untuk hindarkan nyamuk dari menggangu - gugat hidup gua di kala malam bulan mengambang. Alhamdulillah berkesan!


Selepas tu gua pergi lah dekat motosikal gua nak balik dan kemudian sekali lagi gua terdengar suara - suara sumbang dari jauh! Gua rasa gua macam pernah dengar suara - suara nih. Adakah.....?? Yeahhh! Suara mangkuk - mangkuk tadi! Sempat lah gua tengok muka seorang - seorang. Mula - mula gua fikir muka makhluk - makhluk asing nih macam pecah rumah tapi muka semua okay jer! Tetapi, sayang seribu kali sayang sivik tak ada! Apa - apapun, harap mereka semua nih berubah menjadi lebih baik! Janganlah bangga sangat tunjuk kuat atau rasa megah terlampau sebab korang tak ada apa - apapun yang boleh dibanggakan! Bila ramai korang memang rasa korang kuat tapi bila korang seorang diri berani ker kau nak berkelakuan gila macam tadi? Haihhh! Lagi menyedihkan sebab mangkuk - mangkuk tu sekaum dengan gua. Memalukan jer!


Gua harap lepas nih gua tak akan jumpa lagi dah penonton - penonton yang menjengkelkan seperti mangkuk - mangkuk nih! Gua lebih sanggup dengar budak menangis dalam panggung wayang daripada dengar suara sumbang mangkuk - mangkuk yang tak ada sivik nih! Mudah - mudahan!

P/S : Penonton Depan Gua Dan Belakang Gua Pun Panas Dengan Mangkuk - Mangkuk Tu! Gua Yang Susah Nak Panas Nih Pun Boleh Jadi Panas! Kalau Korang Rasa - Rasa Panas Tak?

36 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. rugi betul. kalau orang dalam panggung tu ramai2 sound diorang, confirm senyap punya. berlagak bising gitu je diorang. sbb tu berani cakap kutuk2 dalam jamban je.

    BalasPadam
  2. gambar entri ni berjaya mmbuatkan org ketakutan pd pkul 1.20 pagi...

    BalasPadam
  3. ala.. bnyk dah mcm tu.. takde sivik ! vuds

    BalasPadam
  4. ekeleh bajet dyeorang aje yg byr. weii dush2x,,

    BalasPadam
  5. movie seram ku pling bosan n meluat skli tengok "dilarang masuk".mmg hampeh btl..bosan tahap gaban.mmg btl tajuk tu jgn bg masuk..aku msuk jgk.damn!

    BalasPadam
  6. movie seram ku pling bosan n meluat skli tengok "dilarang masuk".mmg hampeh btl..bosan tahap gaban.mmg btl tajuk tu jgn bg masuk..aku msuk jgk.damn!

    BalasPadam
  7. tula byk sgt org macam ni..dieorng ni sume nak mencapap je..

    BalasPadam
  8. eee kalo ader jupe org cmtu dlm panggung ..aishh...geram jugak..

    btw saye mmg bce ur ulasan pasal maharaja lawak..

    so kat cni internet limited..so akan dw part yg 1 , 2 ,3 yg u rank jer..hehe..

    n ader satu hari tue kwn ckp..maharaja lawak nie xder yg tersingkir ker..hihi

    BalasPadam
  9. hahahaha..adeeii..mmg panas lah..

    tahniah sbb brjaya bersabar..ngeh2..

    BalasPadam
  10. aku pun x suka org bising dalam cinema... kalau x suka sampai mencarut2 sume tu bla je la dari situ.. ganggu konsentrasi org lain je... huh!

    BalasPadam
  11. pergh, yg baca ni pun rasa bengang. haha. btul la, bdk2 hingusan. hehe. tapi, tak tgk pun cte rasuk ni. mmg tak best eh? haha

    BalasPadam
  12. Tunggu kat ASTRO first je lah.. Boisan nak beratur panjang dan dengor org mencarut kat panggung..

    BalasPadam
  13. relax bro...haha.gua ingat lu sudah pancung budak2 mangkuk yang masuk kawasan kita...haha

    BalasPadam
  14. tulah..nak menilai orang bukan dr rupa paras je kan, luar je ok..tp kat dalam ya Allah...

    Hans lain kali nak pergi tonton, ajak kakak sekali ye...hehe

    BalasPadam
  15. baca pon panas..haha..sabar je la budak2 macam tuh. Kurang kasih sayang betul

    BalasPadam
  16. meluat jugak kalau ada org perangai mcm tu kan. biasanya diaorg berani buat perangai mcm tu sebab dlm group..kalau sorang2 x beraninyaaa!

    BalasPadam
  17. Aku ada sekali dok satu panggung dengan budak2 bangang macam ni, masa tengok kl gengster.. time tengah trailer pun dah start buat bising dengan lawak2 bangang dan menjengkelkan lepas tu gelak kuat2..cuba tarik perhatian.. aku rasa jengkel sampai mood takde tengok KL gengster

    ramai2 dengan geng berani la buat macam tu, sorang2 kecut la telur

    BalasPadam
  18. So kesimpulannya ceta ni memang tak best kan?

    haha

    BalasPadam
  19. bile bace entri nie rase nak sepak mangkuk 2 tu pon ader....tp sabar..sabar..tahniah sebab anda dapat bersabar...

    BalasPadam
  20. Haha!! Aku mmg setuju sgt ngan ko Hans. Kdg2 berlaku gak benda camni kat aku. Paling teruk mase aku g tgk wayang kat CapSquare dulu. Sekumpulan beruk memekak dalam panggung, sampai ade sorang pakcik yang tegur diorang dari belakang kena marah balik ngan makhluk2 legam tuh.. Menyirap aku tgk..

    BalasPadam
  21. rse nak lempang sorg2 je ni..huhuhu..
    skt ati bile time tgk wyg ade makhluk mcm ni..
    macam lalat je..bt bising..

    BalasPadam
  22. aku paling tak suka kalau org blakang bising. depan xpe lagi, sbb xdgr sgt, kalau blakang dgr jelas, dkat telinga. siot aje. haha.

    BalasPadam
  23. ahaa tak suke jugak.. pantang la dgr org mencarut.. kesian kn budak2 tu.. diorg ingat diorg hebat gila la.. padahal org sekeliling dok menyumpah marah dgn sikap diorg tu.. kalau la adik aku mcm tu mmg dh lama kena tenyeh cili ngn aku..

    BalasPadam
  24. saya: kalau dapat 'lem-peng' sorang sorang, memang puas ati ni. tengok kat umah jugak yang sangat nyaman.. :-)

    BalasPadam
  25. aku paling xsuke kalau wayang ramai orang. ade jeh yg nak memekak. bising. nak tarik perhatian pergi kat dia. nak jeh pegi luku pale dorang.

    BalasPadam
  26. bende ne pernah jadik kat kite.rasa macam nak pelempang sesekor pastu cakap.korang ne memang kelaka.mcm orang takde otak,macam org kampung masuk bandar!hahaha

    budak2 baru nak up gitu lah perangai nye.bajet sentiase.

    BalasPadam
  27. bazir duit tgk wayang kat lua, bdk2 keco bising, bek tunggu donlowd lg senang keh3

    BalasPadam
  28. nasib baik x duduk sama line dgn diorg...kalau x mest lagi panas kan..? hahaha...diorg mest slalu ponteng kelas sivik nih...

    BalasPadam
  29. haha . memg panas pun ngn orang camneh . xreti nk hormat privasi org lain . kalo nk buat camto better ko pegi langgan astro first n memekak la sampai ko da xde sore lg kat rumh masing2. xyah la nk kaco idop org lain . aishh hangat btol ngn manusia pesen neh .

    BalasPadam
  30. budak-budak yang baru nak UP.
    tembak je budak2 macam tu.
    :D

    BalasPadam
  31. sbb tu sy xgemar sgt nk tgk wyg..kdg xdpt nk feeling tgk disbbkan suara2 sumbang sumbing yg xpatut2..huhu..


    *sy paling xsuka dgr org mencarut..

    BalasPadam
  32. gila rasa nak penampor je sekor sekor tu kan hans kan. haishhh. budak budak tuh kalau ada geng je baru berani cakap besar, kalau sorang sorang kecut je kot mengkayu. hihi.. emo pulak

    BalasPadam
  33. Itu bakal Gangster gak tu...
    Haiiiisshhhh...
    Kalau aku, dah lama aku hilang sabar...
    Da kena lempang da sekor sekor..

    Hans, Tak tengok kubur tak bertanda ke??
    Aku berminat nak tau review ko pasal kubur tak bertanda ni..

    BalasPadam
  34. oooohhh..ini rupanya makhluk asign dalam movie hall tuuu..memang mangkuk khayun bertingkat tingkat la perangai camni..mulut masing masing macam popcorm hangus betul la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama