Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Minggu - minggu cuti sekolah nih memang sudah lumrah jika di Malaysia pasti akan berlangsung banyak majlis perkahwinan antara pemuda dan pemudi walaupun ada juga yang berusia tumpang sama melangsungkan perkahwinan mereka.

Jadi, disini gua pasti ramai yang pening kepala macam mana nak panggil rakan - rakan sekolah anda semua yang kadang - kadang dah lama tak jumpa atau terpisah. Disini gua bagi beberapa cara untuk anda ikuti :-

1) Hantar Kad Jemputan Kahwin
Gambar Hiasan

Korang selongkar lah balik majalah sekolah korang waktu korang Form 5 dulu. Tengok lah alamat member - member korang dekat situ. Mesti ada punya lah! Lepas tu salin dan pos lah kad kahwin korang ke rumah mereka. Insyaallah pasti rakan - rakan korang terharu dan berusaha untuk pergi ke majlis kahwin korang. Rakan - rakan anda pasti akan lagi terharu kalau anda pergi rumah mereka dan serahkan sendiri kad kahwin anda sambil jemput mereka datang ke majlis perkahwinan anda.

2) Jemputan Melalui Facebook
Gambar Hiasan

Kalau korang ada 1000 kawan memang bankrupt la kalau nak hantar kad kahwin seorang satu kan. Tak masuk duit setem lagi. Hohoho! Jadi, cara yang paling jimat dan mudah ialah jemputan melalui facebook. Letak semua benda - benda penting macam atur cara majlis, tarikh, nombor telefon dan yang penting sekali peta lokasi perkahwinan anda dan tag rakan - rakan anda supaya mereka tahu dan dapat pergi dengan mudahnya ke majlis tersebut.

3) Telefon, SMS Atau Email
Gambar Hiasan

Ini kalau dah korang tak tahu langsung alamat rumah kawan - kawan korang atau pun korang tak tahu facebook member - member korang tu. Korang telefon, sms atau email kan email akaun facebook korang supaya dia boleh tengok dan add atau pun korang email jer peta rumah korang dekat email mereka. Jadi, mudah untuk mereka datang ke majlis perkahwinan korang.

Jadi, itulah antara beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjemput rakan - rakan anda ke majlis perkahwinan anda. Kalau boleh elakkan lah guna wakil dengan menyuruh mereka menyampaikan melalui mulut sahaja sebab kalau berita perkahwinan anda disampaikan melalui mulut macam mana lah rakan - rakan yang lain nak pergi sedangkan mereka tidak tahu dimana rumah atau lokasi perkahwinan anda diadakan. Apa - apapun, selamat pengantin baru kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan mereka sepanjang cuti sekolah ini. Assalammualaikum.

P/S : Ayam Masak Merah Dan Sirap Menjadi Menu Idaman Minggu Ini!

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau saya nak buat announcement kat masjid jaa , save budget . kahkah :p

    BalasPadam
  2. Cik Nurun : time anda kahwin nanti buat la macam tu :-)

    BalasPadam
  3. yg penting jangan jemput 30 Februari taw.. kang xde orang datang lak.. hehee

    BalasPadam
  4. kad kawen ikhlas.. fb invitation senang, tp tag friends kat map kawen tu xyahla

    BalasPadam
  5. abang ket : hahahaha...cheq dah dok buat selalu dah...ramai terkena...ekekek

    dayah : hahaha...tag jer la..kenapa xleh? ekekeke

    BalasPadam
  6. wakakaka....

    berdasarkan pengalaman kita ka ni??

    hahaha..

    hang tag la kat fb pasal ni kui3..

    BalasPadam
  7. iwan : hahaha..bahaya tu...kena tahu juga berapa ramai orang datang...kang nasi xcukup..ekekek

    syuk : nak dekat dah la tu..ekekekke

    GKSB : hahaha..peringatan untuk kita semua :-)

    BalasPadam
  8. sekarang ni semua pakai pesbuk je. Tapi kalau nak feel lebih, kad kawin la yang paling best. nampak keiklasan di situ.

    kebetulan pulak aku pun baru je buat entri pasal kawin.. :D

    BalasPadam
  9. kad, tag n mesej, itu baru ikhlas ajak ke kenduri dia.. hihi~

    kalau yg sibuk tu, mgkin tak sempat nk buat mcm ni

    BalasPadam
  10. hahahaaa! kalau nak kawen nt nak buat card mcm facebook lah.. so adorable and stylish and trendy lah! sukaaa! :D

    tp vip je lah dapat kad tu :p

    BalasPadam
  11. aku nk letak kad undangan di blog nanti boleh?
    jemput semua follower dan pengomen tegar blog ak,wakaka

    amacam,ok tak?

    member gua dah 3 org kawen bulan ni

    BalasPadam
  12. mesti boleh punya! sekarang kan dah maju ;)

    BalasPadam
  13. rasanya ramai yang guna FB walaupun macam tak ada feel aja

    BalasPadam
  14. skang pesen dah tag2 jeh kann?

    senang!

    BalasPadam
  15. hans bila nak kawin?? ehehehe

    BalasPadam
  16. Hans suka buat aku tertanye2 bila la aku nak kawen.

    BalasPadam
  17. biasanya sy akan utamakan yang bg kad jemputan dulu, then br fb..

    BalasPadam
  18. huhu.. macam-macam kan sekarang..
    plg advance main tag kt FB je..

    BalasPadam
  19. abg hans, nanti kahwin jemput laa sya sama yerrr ! haha

    tadi tu puji ikhlas lerr .. :P

    BalasPadam
  20. kalau saya nak berkahwin nanti..lebih prefer guna kad jemputan kahwin dan jemputan melalui facebook.

    BalasPadam
  21. sbb xsume org nk pegi ko pegi tag jer org kat map, tp dia xpi,

    meh aku baca gi..perenggan sama ke entry kite ni, serasi...haha, skepala kot

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama