Filem KL Gangster

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Pagi tadi gua saja lah belek - belek surat khabar bahagian hiburan tiba - tiba mata gua yang naik ketumbit di bahagian kiri(hari tu bahagian kanan) tiba - tiba berkedip - kedip tanda tidak percaya. Filem KL Gangster dah mula ditayangkan hari ini!! Gua tengok lagi! Wahhhh! Memang dah mula tayang bermula waktu malam.


Gua pun cepat - cepat sms 3 orang member gua tanya diorang nak pergi tengok atau tidak. Akhirnya member merangkap jiran gua cuti hari ini dan walaupun beliau bekerja esok tapi bermula waktu malam. Jadi, gua mengambil kesempatan ini untuk mengganggu masa berehatnya dan mengajak dia tengok wayang dengan gua. Alhamdulillah, ada juga orang mahu teman gua tengok. Hehehehe!


Semangat gua pergi beli tiket tadi. Punya lah penat beratur dengan depan gua banyak betul amoi(budak sekolah) yang bising - bising. Entah filem apa diorang nak tengok pun gua tak tahu sebab gua tengok dari 9 orang depan gua tadi tak ada seorang pun beredar dengan tiket di tangan. Aneh betul! Apa - apapun, malam nih gua mahu tengok filem KL Gangster. Tak sabar nak tengok Sofi Jikan dengan Aaron Aziz berlakon! Bye - Bye!

 Gua Suka Tengok Sofi Jikan Berlakon! Mantap!

P/S : Lu Abang Long Ka! Abang Ngah Ka! Abang Chik Ka! Ini Kawasan Gua Yang Punya! (KL Gangster Malam Nih! Yehaaaaaaaaa!)

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sofi jikan ni selalu kuar filem mamat khalid jer kan..
    cite2 cam ni x berapa layan lah..

    BalasPadam
  2. wida : ar ar..selalu dia dalam filem mamat khalid..xsilap dia ni oran teater..tu ku suka lakonan dia...owh..oran perempuan tak suka ganas2 nih :-)

    BalasPadam
  3. aku pon rasa nak tengok la filem ni..aku rasa macam bset jer...pelakon mantap2 tuuuu...giler koooo.........
    ok hans, kul baper nak jumpa ni???kekekekke...malam ni aku kerja.siot la..esok adaaaa

    BalasPadam
  4. nak tengok jugak!!
    suke sgt dgn syamsol

    BalasPadam
  5. amry : hehehehe....tgok esok je la :-)

    cik lala : minat abang syamsul ker? hohohoo

    BalasPadam
  6. tak ley nk gtau sbb xtgk lg ..huhu..sedey2..

    BalasPadam
  7. amboi sakan . hehee .. nanti lepas tengok boleh citer best ke tak ..

    BalasPadam
  8. filem aksi Melayu yang nampak macam beshh..nak kena tengok jugak neh.huhu..

    BalasPadam
  9. bru plan nk g tgk mlm nt.. xtau best o x.kehkehkeh

    BalasPadam
  10. aduss...bile nk tgk ni..jumaat ni tgkla..

    BalasPadam
  11. disebabkan sejak kebelakangan ini memang fiq suka tengok filem-filem yang dibuat oleh syamsul yusof..akan fiq tengok nanti filem ni..haha.

    BalasPadam
  12. nanti reviewwww nak tau gak best tak hehe..
    mael lambung hehehhehehe

    BalasPadam
  13. aku suka sopi jikann!!!

    BalasPadam
  14. wah...semangat tu..hehe.jangan lupa rakam kasi upload nanti.hehe

    filem ni macam gempak juga...action stylo gaban ja

    BalasPadam
  15. ramai lak buat review pasai citer ni...cam bes je nih...kna p tengok ni..

    BalasPadam
  16. lu kasi wa mati dulu baru wa diam ah..

    wuwuu.. nk tgk jugak...

    BalasPadam
  17. mmg best! i dh tgk semalam! pegi la tengok. jatuh centa ngan aaron aziz. cool gila dia dlm cite ni. zizan n zopi jikan pun best. :D

    BalasPadam
  18. memang dah ramai sngat bca entry psal filem nih ... apa2pun, nak jgak try tngok t ...

    BalasPadam
  19. hmm..sofi jikan memang mantop. harap2 filen ni bukan cam lu langsi.

    BalasPadam
  20. rebellist : insyaallah better than Kongsi

    BalasPadam
  21. sofi jikan ni memang legend, bg je watak ape, konfirm menjadi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama