Ahad, 19 Jun 2011

Gara - Gara Satay

Assalammualaikm dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang baik hati lagi kacak dan jelita(tudiiiiaaaaaaaaaa bodekkkkk). Macam mana hari minggu kalian? Okay? Gua sebenarnya tak berasa senang hati sangat lah bermula semalam. Emosi gua terganggu betul sampai gua melancarkan mogok lapar selama 24 jam(macam budak - budak betul perangai gua). Sebab apa gua lancar mogok lapar tu malas lah gua nak cerita tapi memang semalam hati gua jadi sekecil - kecilnya.


Gambar Hiasan


Okay! Lupakan pasal hal di atas! Jadi, gua nak cerita pengalaman gua mencari satay semalam macam yang gua idam - idamkan nak makan tu sebelum nih. Gua bersiap - siap dan macam biasa gua pergi lah beli satay dekat tempat gua selalu beli tapi alih - alih kedai dia tutup pula. Lepas tu gua perasan ada satu tempat nih jual satay dan pelanggan dia pun ramai. Gua pun merempit lah pergi situ. Alih - alih tutup juga. Haih! Penjual satay mogok ker apa semalam? Sadis betul!


Gambar Hiasan

Gua nih kalau korang tanya kedai makan atau restoran mana yang sedap dekat Alor Setar nih memang sumpah gua tak ada idea sebab memang susah gua nak makan dekat luar. 6 bulan sekali pun belum tentu makan luar sebab gua nih selalu makan rumah. Sedap, bersih dan jimat serta kuantiti yang boleh ditambah sesuka hati memang memenuhi selera gua. Kalau dekat Shah Alam tu tahu lah gua mana tempat yang sedap sebab hari - hari makan luar. Hahaha! Jadi, gua memang buntu lah mencari satay mana yang sedap dimakan semalam bila tempat yang gua selalu beli tu tutup.


Gambar Hiasan

Kalau dekat Shah Alam memang gua nih kaki merayap. Hari - hari keluar tapi dekat sini memang gua kalau merayap pun hari Khamis jer lah pergi tengok wayang dengan member - member gua. Jadi, memang semalam gua tersesat la masuk jalan mana entah! Tak pernah pula gua lalu situ tapi gua tak kisah. Gua layankan jer sementelah minyak motosikal gua pun penuh. Hahahaha! Gua jumpa ada orang jual satay! Dah siap sedia nak berhenti dah tapi bila terpandang orang yang bakar satay tu terus gua hilang selera. Entah! Mungkin rambut akak tu yang serabai tidak seperti rambut Maya Karin dalam iklan syampu membuatkan gua hilang selera. Akhirnya 40 minit gua berpusing - pusing sekitar Alor Setar tu gua pulang dengan tangan kosong jer! Hahahaha! Memang buang masa dan minyak betul!


Gambar Hiasan

Lepas tu bila gua balik rumah ada lah benda yang tak kena di hati yang buat gua rasa tak senang duduk dan buat hal sendiri semalam. Semuanya gara - gara satay! Apa - apapun, walaupun gua tak makan lagi satay tapi keinginan gua untuk makan satay hilang serta merta gara - gara peristiwa selepas gua balik semalam. Kalau ada orang belikan pun gua dah tak mahu makan walau secucuk. Okaylah! Gua nak layan maharaja lawak kejap. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : ..................................(Tak Tahu Nak Taip Apa!)

36 ulasan:

  1. baru makan satay semalam...sedap gila kot...hahaha XD

    BalasPadam
  2. kebetulan kami baru makan sate; kedai depan sogo. best! :-)

    BalasPadam
  3. terasa hensem dan jelita pulak bila baca post ni... hehehe

    BalasPadam
  4. kahsiannnn si hans. mengidam betei. hehe

    BalasPadam
  5. mak aiiii murahnya secucuk !!!

    BalasPadam
  6. ni kes parah ni sampai mengidam..nak sate sedap??dtg Taiping!! hehe :)

    BalasPadam
  7. sate..dekat Kajang la byk..rempitla turun kajang..heheh

    BalasPadam
  8. penah mkn satay kt Joned tue.
    eh asanya byk gak tmpat satay kt a.s

    BalasPadam
  9. aaaaa..kenapa perlu post pasal satay. Dahal tengah craving giler nih........*nangis sekarang*

    BalasPadam
  10. hehe naseb baik gua tak makan satey jadi tak mengidam satey. wink :P

    BalasPadam
  11. kalau nak makan satay yg sedap, datang tempat kakak...haha...tp kakak bukan jual satay tahu....org lain yg jual

    BalasPadam
  12. besttnyer satay...mengidam gak nie..

    BalasPadam
  13. aiseh bro hans merajuk pulak...susah nih...

    jap2 nak cari yuyu soh pujuk :-p

    BalasPadam
  14. baguslah kalau ko tak nak makan walau secucuk pun, boleh aku habiskan semua.. hahahha..

    kesian sungguh ko.. mesti cam kempunan je kan. nasib baik tak wujud dah batu belah batu bertangkup. hahaha..

    BalasPadam
  15. sedapnya satay.. feveret ni.. kalu blk kg, abang selalu belanja satay.. tpi kat sini kne tggu pasar malam setiap sabtu baru ada..

    BalasPadam
  16. terliur nk mkn satay gak.. akan ku cari nanti..yehhh

    BalasPadam
  17. hahahha tp bkn sume mnye cm tuh cool la

    BalasPadam
  18. satay ismail keramat jugak yg best

    BalasPadam
  19. alamak alamakkk satayyyyyyyy *gulp ~_~

    BalasPadam
  20. nak secucuk... haha
    sedap je... ^^

    BalasPadam
  21. lapar satay la plak. wuwuwuwu

    BalasPadam
  22. pernah tertipu.. termakan satay arnab yang disangka satay ayam... huhuhu!! bodohnyer rasa..

    apapun apa la perkara yg buat hati si hans ni kecik yer.. meh la citer.. nak tau jugak!!

    BalasPadam
  23. lain macam je ko ni, sampai mengidam plak.. huhu

    BalasPadam
  24. eh kat mane jual sate 25 sen tu? susah nak jumpa skrg

    BalasPadam
  25. ahaa betoi2.. sesat kt tempat sdri.. ari tu aku nk g Alor Star mall.. mse tu member dr ganu dtg.. xtau nk bwak dia p jalan mna sbb aku sdri pn balik Mesia setahun skali.. kl kt KL mmg pnjg la kaki sb salu merayap kot KL msa buat preparation dlu.. balik umah mmg ske dok umah je.. xkeluar2 smpai jiran pn xsedar aku ade kt umah.. kuang3~

    BalasPadam
  26. alahai gara gara satay rupanya.. dah cam orang mengidam je.

    kat are setiawangsa pernah dgr orang kate ada kedai jual satay singgit satu. tapi sumpah besar gila..

    tapi tak penah carik lagi la.

    BalasPadam
  27. hahaha buat bazir minyak je! :PP

    BalasPadam
  28. Satay paling sedap di alor setar ada di taman selera pknk, jln tun razak. Paling sedap satay perut dia. Tapi satu cucuk 60 sen.

    BalasPadam
  29. Kalau x sedap cucuk perut dia .. ok ?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com