Juvana Episod 10

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hohoho! Malam ini drama bersiri paling digemari dan dinanti ramai iaitu Juvana akan bersiaran seperti biasa di TV3 tepat pada jam 9 malam setiap hari Isnin. Drama bersiri ini kini semakin dekat dengan penghujungnya kerana tinggal lagi beberapa episod sahaja lagi dan kini begitu mendapat tempat di hati para penonton berikutan jalan ceritanya yang unik dan semakin menarik serta persoalan - persoalan yang bermain di fikiran penonton sebelum ini mulai terjawab satu persatu dalam setiap episod yang ditayangkan.


 


Untuk episod 10 drama Juvana pada minggu ini, penonton akan ditunjukkan bagaimana Ayam iaitu orang paling kanan kepada Botak mula menentang Botak, bagaimana Cikgu Zakiah berhadapan dengan Cikgu Raja dan Cikgu Ariffin yang tidak menyukai kehadirannya serta kejutan daripada Kedah yang memberitahu Daim bahawa dia tahu siapa pembunuh ibu Daim. Jangan lupa juga minggu ini kita akan menyaksikan Pasukan Debat Sekolah Wira Bakti ini berdebat dengan begitu hebatnya. Jadi, jangan lupa menyaksikan drama bersiri Juvana episod 10 pada hari Isnin pukul 9 malam hanya di TV3!

 
Pasukan Debat Sekolah Juvana



Pada episod ke-10 ini, Botak telah mengamuk dan memukul satu - satunya kawan beliau yang paling rapat dan menjadi pengikut setia Botak iaitu Ayam. Namun kata - kata cikgu Zakiah yang berbunyi,"Raja Zalim tidak akan dihormati tetapi Raja yang adil dan baik akan disayangi oleh rakyatnya" sedikit sebanyak mempengaruhi tindak - tanduk Botak untuk menjadi lebih terbuka tetapi sayangnya ia tidak lama kerana sekali lagi beliau membelasah Ayam hingga akhirnya Ayam bertekad untuk sama - sama menyertai kelab debat bersama Gaban dan Kicap. Ayam juga kini telah duduk sebilik dengan Kedah. Hanya tinggal Gajah, Panjang dan seorang lagi(aku kurang pasti namanya) yang masih bersama dengan Botak gara - gara mereka takutkannya. Gaban dan Kicap pula sudah menjadi kawan kepada Daim, Apek dan Kedah kerana surat - surat mereka telah dibalas oleh keluarga masing - masing yang memberi sokongan dan percaya bahawa mereka berdua akan berubah menjadi lebih baik.


Sementara itu, Cikgu Zakiah pula telah berjaya membentuk sebuah pasukan debat sekolah Wira Bakti yang dianggotai oleh Daim, Apek, Kedah dan Ayam dan Cikgu Zakiah bercadang untuk membawa pasukan ini bertanding di luar namun mendapat tentangan daripada Cikgu Raja dan Cikgu Ariffin. Namun, atas kesungguhan Cikgu Zakiah akhirnya Cikgu Raja memberi peluang pada beliau untuk membuktikan bahawa pasukan debat ini akan membanggakan sekolah sementara Cikgu Ariffin semakin benci dengan Cikgu Zakiah apabila beliau menuduh Cikgu Zakiah mencuri dengar perbualan beliau dengan bekas isterinya. Manakala Nadia iaitu anak makcik kantin membantu Cikgu Zakiah melatih pasukan debat sekolah Wira Bakti ini.


Perlawanan pertama berakhir dengan kekalahan gara - gara Kedah yang tidak mampu menahan perasaan marahnya terhadap pasukan debat yang terdiri daripada pelajar perempuan yang mengutuknya dan Cikgu Raja begitu malu dengan kejadian tersebut. Namun, Cikgu Zakiah yang tidak putus - putus merayu kepada Cikgu Raja untuk memberi peluang sekali lagi kepada kumpulan debat untuk bertanding akhirnya membuahkan hasil apabila mereka memenangi perlawanan - perlawanan seterusnya. Botak semakin hilang pengaruhnya manakala semakin ramai pelajar lain mula memasuki kelab debat. Namun, tajuk perlawanan debat yang akan dibahaskan pada perlawanan akan datang begitu mencabar Daim dan Kedah memberitahu Daim bahawa dia seperti pernah melihat Daim sebelum ini. Nak tahu lebih lanjut saksikan sendiri Juvana episod 11 pada minggu hadapan.


Pada episod 11 nanti, Komeng akan kembali semula ke sekolah Juvana manakala Botak pula sudah hilang pengaruhnya kerana pelajar lain sudah berani melawan dan ada yang berani pula membelasah Botak. Manakala, Daim pula di dapati menyerang Kedah dengan mencekik lehernya sambil cuba ditenangkan oleh pelajar - pelajar lain. Bagaimana Daim yang sebelum ini begitu lemah - lembut boleh menjadi begitu agresif terhadap Kedah? Tak sabar untuk menanti episod seterusnya pada minggu hadapan.

P/S : Adakah Kedah Yang Terbabit Dalam Pembunuhan Ibu Daim? Tak Sabar Nak Tonton Episod 11 Juvana!

76 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. drama ni best! cuma kdg2 terlepas la plak nk tgk..huu~

    BalasPadam
  2. aku masih tak sempat nak tgk citer ni.. nk try la tgk mlm ni..

    BalasPadam
  3. anak2 bui mmg layan drama ni..hihi..dia org siap cakap cerita Daim,bukan Juvana..

    BalasPadam
  4. yeahh mmg x sabar ! best tahap superb lagi2 ade ZA .

    BalasPadam
  5. alamak gua dah tertinggal bnyak episod...thanks bro..

    BalasPadam
  6. best sangat ke cerita ni sampai ramai yang minat?

    kekeke

    BalasPadam
  7. kakak tak pernah tengok pun citer ni....biasa time macam ni tengah sibuk dengan anak2...anak buat kerja sekolah

    BalasPadam
  8. cepat2 update tauuu!x sabar nak tahu pasal pembunuh mak Daim tu.jangan pulak si Kedah tu saja bikin gempak sudah.

    BalasPadam
  9. uhuh .. alamak .. tak tgk plak ..

    BalasPadam
  10. dah lama xtengok cite ni sbb kt sini xde tv.. huhuu~ T_T

    BalasPadam
  11. Baru kejap tadi tengok cite Juvana.. Fuhhh.. Budak hikayat putera syazlan tu dah besar... Dah jadi juvenil.. haha..

    BalasPadam
  12. nasib baik kau ada ulas. wuwuwuwuuw/ xdapat tngokkk

    BalasPadam
  13. Terima kasih kerana mengulas, der:)

    BalasPadam
  14. serius aku berdebaq debaq nak tunggu minggu depan

    tak sabar nak tunggu minggu depan
    hahaaa

    BalasPadam
  15. terbaek..baru lps tengok juavana :)

    BalasPadam
  16. agak2 napa eh daim pkul kedah???x sbar neh!!

    BalasPadam
  17. malam ni baru sempat tegk..hehhee

    BalasPadam
  18. kedah tu cakap je lebih..memang la daim boleh blsh si kedah tu..haha..bdk kecik

    BalasPadam
  19. td blk dr ofis dah 8.40pm
    jalan giler laju kan semata2 nak kejar cite ni tau Hans
    hahaha
    nasib Hans ada update, bole gak Jue tau 10 mins pertama yg Jue missed

    BalasPadam
  20. tak pernah tengok lagi (^_^)

    BalasPadam
  21. semakin menarik.. tggl 3 episod lagi..

    BalasPadam
  22. terlepas nak tengok episod 10..nasib baik le tengok ulangannya kat laman web tonton.

    BalasPadam
  23. Hans, kat hostel tak de masa nak tgok tv.. rasanya baca review kat blog hans la yer.. citer detail2 k?

    kire bc blog hans ni lebih kurang cam menonton la.. hahaha

    BalasPadam
  24. bunga mmg suker citer ni..tapi semalam tengok separuh jer..ehhe..sbb layan korea..heee

    BalasPadam
  25. yelah, x sbr tunggu episod minggu depan. kenapa daim yg pasif tu boleh jd agresif smpai mencekik kedah.
    tp x kan kedah yg bunuh mak daim tu kot..mgkin saksi penting.emm...waa cepatlah minggu depan

    BalasPadam
  26. pernah tgk sekali jer...
    lepas tu taknak tgk dah...
    takut....
    sedih...
    mcm2 rasa...

    BalasPadam
  27. yes, smlm tak terlepas tgk. hehe. daim cekik kedah sbb kedah kot yg bunuh mak dea pa? ahaha. mggu dpn nk blek dah, mcm tak smpt ja nk tgk eps akhir. wuuuu :(

    BalasPadam
  28. tak mengikuti lak drama ni adeh

    BalasPadam
  29. x sabar gile nk ttgk episod next week..
    cam bes je kan..

    BalasPadam
  30. Drama ni memang ada class!!

    Aku terlepas 1 episod la Hans, episod 11 nanti tu Komeng kembali dari mana ek?

    Kesian pulak tengok botak makin hilang pengaruh.. Aku rasa Kedah yang jadi penyebab kematian mak Daim..

    BalasPadam
  31. selalu tak sempat tengok, baca kat sini jela :P

    BalasPadam
  32. mlm tdi kerja . tak sempat nak tgk . huhuuhuhuhuhu .

    BalasPadam
  33. trtinngal nak tgk episod lepas huhuhuhuhu nasib ada en you tube hahaha

    BalasPadam
  34. juvana ni makin minggu makin best! rasa tak nak ketinggalan tgk langsung! hehe

    BalasPadam
  35. botak ar sempoi... heehe... best ar cite ni kan.. kat twitter, penuh ar TL sal juvana ni.. hehee

    BalasPadam
  36. suka tgok cite ni tapi selalu remind kan hero kecik supaya jgn terikut ...sbb ganas gak kan cite dia...
    Daim mengamuk sebab dia tahu yg Kedah tikam mak dia...huhuuu

    BalasPadam
  37. citer gaduh pulak yang diorang ni suka kan..hu2

    BalasPadam
  38. Nizam Ijam : cerita nih lebih dari sekadar gaduh..sangat2 bermanfaat...anda kena tonton dari awal dan anda akan dapat jawapan itu :-)

    BalasPadam
  39. dah byk episod terlepas...huhu

    BalasPadam
  40. aku baru ingat nak tengok malam ni juvana kat tonton. maklum la orang takde tv kat umah kan. huhu

    BalasPadam
  41. wow...hasil penulisan yang meletop..x ramai yang suke buat mcm entri ni...

    BalasPadam
  42. huhu...sorry tak pernah layan citer nie.....nanti ah saya layan kat tonton.com.my

    BalasPadam
  43. serius cakap mmg layan citer nih!
    teringat zaman2 belalang kat sekolah budak2 jahat dulu...ops!terlebey suda! hahaha

    BalasPadam
  44. ok, xsabar nk tgok mlm ni :)))

    BalasPadam
  45. watak Botak mmg power la beb... !!

    BalasPadam
  46. hurmm aku tak sempat nak tengok cerita nih bro.. aku tunggu bila si hero tuh nak naik..asik si botak jer buli..huhu

    BalasPadam
  47. aku da tgk semalam yeayyy !! kih3..
    hebat r daim debate wehh !! aku suka ! aku suka !! hekhek

    ehh btw sume bpe episod ekk?

    BalasPadam
  48. alamak.. 2 episod dah farah x tgk.. t'tido paz isyak.. heheh

    BalasPadam
  49. anis salu bukak cite nie..tp tv tngk anis..heeee..

    name kite same la pulak..

    BalasPadam
  50. cita ni sempoi gak...ada mesej pengajaran...tapi cikgu zakiah tu skema kot..haha.kelab debat? hehe..macam tak logik tapi ok la..si ayam dah pandai debat tu..haha

    BalasPadam
  51. layankan aje tgk drama ni..
    ok je kan..

    BalasPadam
  52. wuwuwuuu... xtgk pun smlm.. sbb ade kelas.. -..-"

    BalasPadam
  53. ak xpenah tgk drama ne.. ahhaa.skg xde mase sgt la bro.. bz keje..

    BalasPadam
  54. tau xpe..nmpk iklan mcm daim mrh giler kt kedah..

    BalasPadam
  55. tak sabaq nak tengok mggu depan pasai apa la daim marah kat kedah.

    BalasPadam
  56. cite juvana mmg best..baru2 niy ttg debat...best! :)

    BalasPadam
  57. kdg2 je dpt tgk. thanks 4 d review =)))

    BalasPadam
  58. Siyes best drama ni.. first time aku rase tersangt excited nak tggu episod seterusnya.. memg terbaekk.. hehe.. tapi aku ak follow kat tv la... aq follow kat tonton.com je...

    BalasPadam
  59. bets plak episod yg baru2 ni.. nengok dorg berdebat..

    BalasPadam
  60. woahhh cool! xpayah tgk pun xpe sbb ada sinopsis kat blog ni :]

    BalasPadam
  61. selalu miss juvana..abesh xdpt follow

    BalasPadam
  62. kenape la ramai tgk cite ni?? best sgt ke? aku xtgk2 pn.. huhu

    BalasPadam
  63. Ni drama Melayu terbaek!

    Sempoi dan tak jiwang:)

    BalasPadam
  64. makin best la drama ni..
    akak suka..
    sebab ada daim..
    heheheh

    BalasPadam
  65. OMG OMG OMG OMG

    Blogger otai datang blog aku...
    spechless..

    Btw thanks so much..

    Daim Kirim salam tadi.

    BalasPadam
  66. love this drama. mmg terbaik! :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama