Khamis, 16 Jun 2011

Kenapa Ramai Penonton Suka Watak Yvonne Lakonan Wan Sharmila Didalam Drama Bersiri Nora Elena?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi. Hari ini merupakan episod terakhir drama bersiri Nora Elena yang menjadi bualan hangat para penonton berbilang kaum dan berlainan umur sebelum digantikan dengan drama bersiri baru iaitu Dewa Cintaku.


Yvonne Lakonan Wan Sharmila Yang Menjadi Pujaan Ramai


Jadi, di dalam banyak - banyak karakter di dalam drama ini ada satu watak yang paling digemari dan disukai oleh penonton tak lain tak bukan watak Yvonne lakonan bertenaga pelakon wanita berbakat iaitu Wan Sharmila. Kenapa ramai sangat penonton - penonton sukakan watak nih? Makcik - makcik dekat rumah tu pula kalau boleh nak cari gadis - gadis yang ada ciri - ciri macam Yvonne nih untuk dijadikan menantu. Pakcik - pakcik dekat luar pula kalau boleh nak cari calon isteri kedua macam Yvonne nih. Mari kita tengok kenapa watak Yvonne ni disukai.


1) Seorang gadis yang begitu baik, bersopan santun, lembut tutur katanya dan manis percakapannya.

2) Cantik, kemas dan sopan gaya pemakaiannya.

3) Sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang yang dicintai.

4) Jujur dan sangat amanah dalam menyimpan rahsia.

5) Tidak suka mengumpat atau menabur fitnah.

6) Tidak mementingkan diri sendiri.

7) Tidak suka meninggalkan barang peribadi merata - rata tempat.


Hah! Lihat lah 7 ciri diatas! Macam mana lah ramai jejaka - jejaka di luar sana tidak terpikat dengan karakter Yvonne nih. Semua cair kut tengok gadis sebaik beliau. Apa - apapun, sama - sama kita tonton episod akhir pada hari ini untuk mengetahui adakah Yvonne dan Seth Tan akan bersatu dan bahagia selama - lamanya. Selamat menonton!



P/S : Ini Entry Sarkastik!

59 ulasan:

  1. macam pelik je watak Yvone ni..

    BalasPadam
  2. wan sharmila pandai berlakon. lakonan dia sngatlah menjadi.

    BalasPadam
  3. ni tambah sakit hati lepas baca penutup entry nih..!! hahahaha... LOL..

    BalasPadam
  4. aik betul ke ni ciri2 watak yvonne ni..hihi.

    BalasPadam
  5. APE NIIIIIIIIIIIIIII MEMUTARBELITKAN FAKTAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    BalasPadam
  6. Haida Hida : memang pelik

    Syazana : yups..memang menjadi sampai naik meluat aku tgok watak Yvonne tu..hahahaha

    Sarah Zulk : kehkhehkehkekhe..tahu xper

    Afiq : ekau rasa? haahahha

    Miss Lolly : faham maksud sarkastik tak? :-)

    BalasPadam
  7. hahahhhahah...ni perli ke pa ni.. adoii.. memang la gaya bahasa yang tinggi.. tepat sekali ciri2 diatas tu ada pada si yvone tuh.. adoi...demam..

    BalasPadam
  8. tetap minat kat nora elena.

    BalasPadam
  9. permata biru : hahaha...itulah sarkastik..ekekek...mana betul pun..semua berlawanan..hahaha

    saya arief : aku pun...haahha

    BalasPadam
  10. Hans best ke cite nie? MH xpenah ikut pun..xsempat.

    BalasPadam
  11. yvonne watak gedik desperate annoying. tapi seth tan by Aaron aziz mmg awesome

    BalasPadam
  12. aku walaupun tak tengok... tapi sempat tengok dari lagu... dan iklan2... erm janda malatopp nih... hans tak nak cuba try tackle...hahaha.. jgn mareh

    BalasPadam
  13. As Salam,

    uikss??wlaupun wyna x follow sgt citer nih tp ciri2 watak yg di sebutkn diatas amat2 la tak betul..haha~mesti nk wt sakit hati fans nora elena ni,kan? huhu~

    BalasPadam
  14. muka haluih : hari nih last :-)

    dayah : hahaha..tahu xper

    zik : haih..xmaulah..ekekek

    wyna : erkk...bila masa plak nak sakitkan hati fans nora elena...ini kan entry sarkastik...cuba baca sampai habis..adoiyai

    BalasPadam
  15. haha...

    ok dah faham..ini mksd memerli....huwawawwa...

    ewon tu macam cina da tgk..rupanya melayu..hahahh

    BalasPadam
  16. honeybunny : dalam drama ni dia bukan melayu tapi luar melayu la :-)

    BalasPadam
  17. tp aku serius.. aku memang suka watak yvonne.. lakonan wan sharmila nampak berkesan.. dan seronok utk dihayati..

    tp kalau seth dgn yvonne kahwin.. bukan korunk jer yg tanak.. aku pun !!

    BalasPadam
  18. hahaaha... sgt menggoda hati kan wanita ini? hehehe...

    tp rasenye wan ni sgt b'bkt. espeseli kalo berlakon antagonis! ptt diberi lbh peluang pd beliau! syabas:)

    BalasPadam
  19. Minggu nie semua blogger cita pasal Nora Elena.. Aku blom pernah tengok lagi citer tu...

    BalasPadam
  20. yvonne (wan sharmila) ni mmg best karakternyer....pandai berlakon..naseb bek seth tan x jatuh aty kt die nie,,,kalu x,,aku lepuk2 si seth tan nie..haha

    BalasPadam
  21. wan sharmila ni kalau bawak watak jahat, gedik sangat menjadi. camtu kot real life dia. aahaha :P

    BalasPadam
  22. hahahahampeh...bru nak tegur tapi bila baca "ini entry sarkastik !" trus x jadi dan ketawa sendiri...

    BalasPadam
  23. bunga xtau watak dia cam ne..sbb mmg xfolo citer ni..hheee...

    BalasPadam
  24. hahahaha.tepat sekali sume ciri2 ko tulis tuh. :P

    BalasPadam
  25. tp dia ne memang mantap lah lakonan!

    BalasPadam
  26. hah! ada jugak yg suka dengan yvonne nih? aku tak suka watak dia. sangatlah mengada2.. dan yg paling penting mekap dia sangatlah menakutkan dan macam hantu. hohoho

    BalasPadam
  27. Kekekeke... apsal terbalik jer watak yvonne ni hans... saje je nak kenakan org ye? kekekeke...

    BalasPadam
  28. sejak episod berape tah aku mula minat sangat-sangat tgk Nora Elena nih.. haha!! mmg meluat sangat-sangat tgk Yvonne tu.. tp ok la, maknanya lakonan Wan Sharmilla tu menjadi sangat-sangat la tu..

    *banyaknya sangat-sangat! nak tiru Seth Tan la tu.. buwekkss!!

    BalasPadam
  29. Eh.. Yvonne baik??? Erm.. Semalam masuk 2 kali aku melayan cite Nora Elena.. Hawawwwwwwwww.. Yvonne dah jadi gila.. Padan muka..

    BalasPadam
  30. hans tipu!!!haha..
    jaga kau yvonne!!kau tak kn terlepas!!muahhaa

    BalasPadam
  31. aku xpernah tgk drama ni sebab time dia pkul 6:30 kan..

    BalasPadam
  32. baik la sgt..hehe :)
    watak Yonne tu menjadi.hehe

    BalasPadam
  33. nak komen pun tatau sbb xtengok pon drama nora elena yg femes nih.. hehehee

    BalasPadam
  34. watak seth menjadi.romantik!! yvonnne pun. sbb meluat tgk watak dia. kira menjadi la dia berlakon ni..

    BalasPadam
  35. mcm tk betul je watak yvonne baik cam gitu ke di sebaliknya? hihi...apa2pun watak tu mjd.sgt menyampah tgok watak yvonne.maknanya mnjd lah watak yg dibawakan oleh wan sharmila tu

    BalasPadam
  36. Yvone!!!!!! i love you!!!!!!!!!

    BalasPadam
  37. aku memang terlampau sukaaa kat Yvonne!

    BalasPadam
  38. menjadi betul dia jadi watak jahatkan...suka lakonan dia dari dulu lagi..

    BalasPadam
  39. cam xbetol je pe ko tulis hans.....
    ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

    BalasPadam
  40. cam xbetol je pe ko tulis hans.....
    ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

    BalasPadam
  41. cam xbetol je pe ko tulis hans.....
    ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

    BalasPadam
  42. err,,lkonan die mmg mnjadi lah,,

    BalasPadam
  43. ingatkan dia berlakon watak jahat sbb muka mcm jahat jer.. heheh

    BalasPadam
  44. haaaa saya xsuka watak yvonne, seriyessss. huhuhu

    BalasPadam
  45. hahaha aku dah konpius tadi.. sarcastic sgt!

    BalasPadam
  46. hahaha..lawaklah..berkerut kening membc..dh agak mesti sarkastik..hehe..

    nice blog..terus follow sini..jom lawat blog sy..

    visitmefatin.blogspot.com

    BalasPadam
  47. hahaha..lawaklah..berkerut kening membc..dh agak mesti sarkastik..hehe..

    nice blog..terus follow sini..jom lawat blog sy..

    visitmefatin.blogspot.com

    BalasPadam
  48. sarkastik sungguh..hehe wan sharmila berjaya membawa wataknya sbb ramai org bnci dia dsbbkan wataknya hehe

    BalasPadam
  49. Nora Elena is sooo scweeeettt

    BalasPadam
  50. edeiiii aku ingat engko mabuk salah tulis entri hahhaa...akue tak folow drama tue pun tau yg minah ne watak jahat ...
    tapi wa suka wan sharmila ... : )

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com