Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Petang Hari

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Walawehhhh! Gua baru balik dari kenduri rumah member sekolah teknik gua. Punya lama gua menetap di sana bersama rakan - rakan yang lain tadi.

Bergerak dari pukul 12 tengahari di mana member gua iaitu Gadis Kampung Separa Bandar menjemput gua dan Cik Mariam di rumah dan kemudian bertemu dengan Encik Afzal sebelum bergerak menuju rumah pengantin. Memang dari mula - mula perjalanan, di rumah pengantin sampai lah balik mulut gua nih dah macam bertih jagung. Tak henti - henti berborak dan tak habis - habis ketawa. Hahahaha!

Sempat jumpa lagi 2 orang rakan sekelas tapi sekejap jer kerana masing - masing nak pergi kenduri yang lain pula. Apa - apapun, cuaca hari nih sangat panas sampai pecah peluh gua owh! Kawan - kawan yang lain pun muka dah naik merah. Make up semua cair habis. Hahahahaha! Nasib lah akhirnya hujan juga petang tadi walaupun sekejap. Rasa sejuk sikit badan! Hehehhee!

Senyum! Tak Perlu Kata Apa - Apa!


Tapi, yang bestnya walaupun kami 4 orang tapi tetap meriah macam 40 orang dan memang lama juga lah gua dan rakan - rakan bertapa dekat sana. Berborak - borak dengan pengantin! Ambil gambar pengantin! Dan paling best bila kami berempat bergambar dekat sawah - sawah padi yang menghijau sekarang. 1st time ambil gambar dekat sawah padi padahal gua nih orang Kedah. Lucu pun ada! Heheheh!

Terasa sedikit penat dan nanti kalau dah member - member gua upload gambar nanti mungkin gua akan letakkan dekat blog gua nih. Apa - apapun, gua nak rehat lah kejap! Terima kasih kepada ketiga - tiga member gua tadi kerana kalian semua begitu baik dan menghiburkan. Lepas nih siapa lah pula yang kahwin yer? Minta - minta lah gua! Hehehehehe!


P/S : Selamat Pengantin Baru Dan Semoga Kekal Sehingga Akhir Hayat Kepada Rakanku Tadi! (^_^)Y

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha...

    memang best... dan mekap aku cair beb kah3...

    coopp!! aku nak kawen dulu weh..

    BalasPadam
  2. xajak pun???hehehehe....bila p org kawin aser lak nak kawen gak hahaaha ~gatal bukan~

    BalasPadam
  3. aku ingatkan bidalan la tadi tajuk ko ni bro..rupa2nya memang hujan sungguh..wakakakaka....
    hari ni sabtu,public holiday,cuti sekolah pulak....memang banyak la yang kahwin....highway jem wooooo.aku rasa dah macam time raya,semua pakat balik kampung.huhu

    BalasPadam
  4. sepanjang cuti ni memang memanjang orang buat kenduri kawen. huhu..

    selamat pengantin baru untuk kawan ko. nanti ko kawen, aku nak jadi pengapit boleh? hahaha..

    BalasPadam
  5. cuti sekolah ni penuh dgn jemputan kawen kan..seronok jugak jumpa kawan2 lama

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama