Ahad, 5 Jun 2011

Mimpi Aneh Lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Walaweh sekali lagi hari ini gua bermimpi aneh yang buat gua cuak dalam mimpi. Jadi, gua bagi tahu siap - siap ini semua kisah perihal mimpi gua! Tak ada apa - apa mesej pun nak disampaikan. Jadi, kalau tak berminat nak baca entry merepek jangan baca lah yer! Nanti buang masa kalian pula! Hahahaha! Pagi tadi macam biasa lah bangun awal dan buat apa yang patut. Lepas tu dah berjam - jam rasa bosan pula dan kembali menyambung tidur pada pukul 10 ker 11 pagi macam tu lah.

Tiba - tiba gua bermimpi yang gua berada di rumah gua dan seluruh ahli keluarga gua ada. Lepas tu tiba - tiba keluarga gua ambil anak angkat 3 orang. Yang aneh tu 3 orang adik beradik tiri gua tu kecil gila tapi yang paling kecil tu adalah sebesar duit syiling 5 sen. Lagi aneh nya gua boleh nampak pula budak tu dengan jelas.


 Besar 5 Sen Jer! Fuh!


Tak kisahlah kan! Memang keluarga kami hidup dengan aman damai lah bersama 3 orang anak angkat merangkap adik beradik tiri gua tu. Nak dijadikan cerita tiba - tiba pada suatu hari mood gua tak elok sebab apa entah. Memang gua mengamuk habis lah. Lepas tu nampak pula adik tiri gua yang saiz duit syiling 5 sen tu rajin menconteng dinding. Memang penuh dinding diconteng beliau. Gua pun tegur lah jangan conteng tapi makin gua tegur makin menjadi - jadi dia menconteng.


 Kena Penampar Ala - Ala Tampar Nyamuk!


Gua pun sebab dah geram sangat bila gua tegur tak nak dengar maka gua pergi dekat dia lepas tu gua tampar dia kuat - kuat. Gua terlupa saiz dia sebesar syiling 5 sen jer lalu memang sah - sah lah keadaan dia ibarat nyamuk yang mati selepas ditampar manusia. Lepas tu gua cuak gila - gila punya. Gua sembunyikan lah bukti kata gua dah jadi pembunuh pada adik angkat gua tu. Seluruh ahli keluarga cari sekeliling rumah. Bawah peti ais! Dalam cawan! Dalam laci! Bawah sofa! Tak jumpa - jumpa! Macam mana nak jumpa sebab gua dah bagi penampar sampai hancur budak tu. Adesss!!!

Akhirnya keluarga gua hubungi pihak polis tapi masih buntu sebab tak jumpa. Akhirnya mereka tahu gua lah yang menyebabkan adik tiri gua sebesar syiling 5 sen tu hilang. Tetapi, mereka tak marah gua dan mereka redha. Gua pun memang rasa lega tapi sedih sebab gua dah jadi pembunuh. Selepas beberapa tahun tiba - tiba ada seorang lelaki datang rumah gua sambil bawa seorang budak lelaki kecil. Gua pun tanya ini siapa dan tiba - tiba lelaki tu cakap budak nih ialah adik tiri gua yang bersaiz syiling 5 sen tu.

Gua terkejut sebab tak salah gua adik tiri gua tu dah mati gua tampar. Tiba - tiba gua terjaga daripada tidur dan melihat ke arah jam. Arghhhhh! Terlepas tengok Melodi! Kahkahkahkahkah! Okaylah! Gua layan main game kejap! Terima kasih baca kisah mimpi aneh gua nih! Bye!

P/S : Ingat Tidur Lepas Asar Jer Mimpi Pelik - Pelik! Tidur Waktu Pagi Pun Mimpi Aneh - Aneh! (^_^)Y

19 ulasan:

  1. As Salam,

    ni bkn mimpi aneh da nie..ni mimpi gila..haha~

    BalasPadam
  2. isk.. mimpi budak2 ni tanda tak elok. hahaha..

    hans kejam!!!

    BalasPadam
  3. wyna : hahaha...aneh + gila...cuak aku...dah macam betul2 jer situasi dia tu...ekekeke

    asada : 2nd la ko...hahaha...mana ada..mimpi berlawanan la..tu tandanya aku baik hati :-)

    BalasPadam
  4. macamana boleh 2nd lak ni???? aku taip dlu! sebelum baca aku dah taip 1st!

    BalasPadam
  5. asada : wyna nubies awal lagi dari ko..ekekekek

    BalasPadam
  6. scary betoi mimpi ni..heheh

    BalasPadam
  7. Bapak : tu la pasal...dah benda semua macam realiti jer..risau owh kalau terbunuh orang..nasib mimpi

    BalasPadam
  8. ade2 je ko ni bro..cian adik ko 2..huhuhu

    BalasPadam
  9. i pun suka mimpi yang pelik2.
    huhuhuhu.

    BalasPadam
  10. mimpi lepas Asar-mainan syaitan. hehe!

    *mimpi budak2 kecik petanda tak baik. Wallah hu 'alam..

    BalasPadam
  11. norshim : mimpi jer meh

    drunbella : hahha..kalau mimpi jumpa doremon tu best la juga

    blog tip kurus : nih bukan mimpi budak kecik tapi manusia kecik

    BalasPadam
  12. haha...sadis bro...manyak mimpi ni..kena baca doa tidoq =)

    BalasPadam
  13. hahahaaa.. patutnya hans kena masuk sekolah wira bakti dgn botak, daim ayam dan semuanya :p

    BalasPadam
  14. hahaha..
    ok mimpi anda pelik..

    BalasPadam
  15. aishhh... suspen sungguh mimpi kamu Hans... adehhh ;p

    BalasPadam
  16. kesimpulannya adalah kesimpulan

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com