Isnin, 20 Jun 2011

Syaitan Memang Durjana

Apabila kita gembira pasti si syaitan akan berbisik supaya kita lebih bersuka ria supaya kita lupakan perkara yang lebih penting dan wajib dilakukan.

Apabila kita sedang bersedih pasti si syaitan datang menghasut agar kita melakukan perkara yang merosakkan diri dan tak masuk dek akal.

Apabila kita berjaya mengecapi sesuatu yang kita idamkan pasti si syaitan akan sedaya upaya membangkitkan rasa riak dalam jiwa supaya kita berasa angkuh pada orang lain.

Apabila kita sedang marah pasti si syaitan dengan gembiranya menuangkan minyak ke atas api agar lebih membara supaya hati kita lebih panas daripada biasa.

Sememangnya syaitan itu makhluk durjana dan kita sebagai manusia harus cuba sedaya upaya melawan godaan dan mengelakkan diri daripada hasutan makluk celaka ini.

Semooga kita semua dilindungi Allah dan sentiasa dalam keberkatannya. Amin!


P/S : Hati Kembali Tenang! Alhamdulillah! Syukur!

30 ulasan:

  1. btol tu hans..syaitan akan sedaya-upaya buat manusia tu jadi org yg sentiasa xbersyukur...

    BalasPadam
  2. itulah musuh kita zaman berzaman
    dari generasi ke genarasi
    dari dulu hingga kini dan mungkin sampai mati
    syaitan empunya diri!

    semoga kita terus kuat dan tak mudah terpedaya dengan setiap tipu helahnya
    tidak kira bila, di mana dan siapa
    amin

    BalasPadam
  3. jauhkan kami dari syaitan yg direjam.. amin

    BalasPadam
  4. yupp..memang betol..sebab tu la iman kiter kena kuat

    BalasPadam
  5. syaitan suka buat manusia ngantok...lagi2 time dgr ceramah...:D

    BalasPadam
  6. banyakkan berdamping dengan Dia.. hanya Dia dapat menjauhkan kita dari syaitan..

    BalasPadam
  7. kita sndiri harus kuat jngn mudah terhasut

    BalasPadam
  8. sentiasa ingat kepada Allah.
    :D

    BalasPadam
  9. mnusia perlu kuat... jgn terlalu ikut hati... tapi guna kan akal serta keimanan dlm diri... :)

    BalasPadam
  10. amin.. semoga kita semua dijauhkan drpd godaan syaitan durjana! insyaallah! :)

    BalasPadam
  11. skang setan banyak.manusia pun banyak da jadi setan.

    BalasPadam
  12. susah doe nak lawan godaan syaitan. huhuhuhu. kkdng kalah gakk. ingat Allah banyak2!

    BalasPadam
  13. amin..semoga kita sentiasa dilindungi-NYA..

    BalasPadam
  14. Ya ALLAH..jauhkan diri kita semua dari godaan dan hasutan syaitan yang boleh melalaikan kita semua..amin.

    BalasPadam
  15. syaitan..syaitan...

    syaitan yang paling jahat adalah syaitan yang bertopengkan manusia..

    BalasPadam
  16. setan betul si syaitan!
    manusia jangan jadi syaitan..

    BalasPadam
  17. syaitan takkan berhenti cucuk2 hamba yang taat perintah Allah. semoga Allah lindungi kita semua daripada godaan syaitan. aminn..

    BalasPadam
  18. tarbaek hans entry ko ni....dah la kata2 tu betul..puitis pula ayat ko..Hmm..

    BalasPadam
  19. kalau manusia berperangai macam setan cm ne plak ?

    BalasPadam
  20. ye bet0l..yg jdik mcm setan tp seth tan..<3<3<3

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com