Apabila Berniaga

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua sebenarnya dah lama nak taip pasal benda nih tetapi sebab macam ada perkara lain gua nak taip jadi gua abaikan kejap entry nih. Hahahaha! Gua terdetik untuk menghasilkan entry nih selepas gua membeli - belah di Padang Besar tempoh hari.

Baiklah! Gua cuma nak kongsi apa yang gua rasa seseorang peniaga itu patut buat dalam melayan kehendak pelanggan mereka. Jadi, gua senaraikan di bawah ini apa yang bagus untuk korang sebagai peniaga amalkan.



1) Letakkan Tanda Harga

Gua Google Jumpa Benda Nih! Air Haram Pun Ada! Dasyat!


Kadang - kadang pelanggan nih masuk ke kedai korang sebab nak tengok harga barang. Paling tidak boleh juga nak banding - banding dengan kedai sebelah. Kalau diorang rasa murah atau berbaloi maka diorang akan beli. Jadi, adalah lebih elok korang sebagai peniaga untuk meletakkan harga pada setiap unit barang yang korang jual supaya memudahkan pelanggan dan juga korang sendiri. Kalau kedai korang setakat jual ais krim cornetto semata - mata jadi kalau tak letak tanda harga pun tak apa sebab barang yang dijual cuma satu jer. Tapi, kalau dah dalam kedai jual sampai beratus - ratus barang tapi satu pun tak ada tanda harga memang susah lah untuk pelanggan kau. Takkan setiap barang mereka nak kena tanya korang berapa harga barang tu! Dah tu nanti kalau ada 30 barang yang dia berkenan jadi bermaksud 30 barang lah dia nak kena tanya korang berapa harga untuk barang tu dan mulalah korang tunjuk muka masam korang yang macam kena keracunan makanan sebab malas nak jawab padahal salah korang sendiri lah sebab malas nak letak tanda harga. Jadi, sendiri mau ingatlah kan!



2) Senyum



Senyum! Tak perlu kata apa - apa! Hahhhh! Tapi untuk korang yang berniaga kena lah senyum sambil bercakap! Kalau tak cakap pun masalah jugalah kan! Hehehehe! Ini lah pakej yang ramai penjual atau peniaga tak ada! Muka tu kalau boleh macam orang baru tergigit ubat yang pahit dan tak jumpa air manis. Adoi! Bila tengok muka peniaga macam nih kadang - kadang nak masuk kedai diorang pun macam tak ada selera. Ada muka tu garang macam nak makan orang pun ada! Cuba lah belajar senyum dengan pelanggan! Walaupun korang memang jenis yang susah nak senyum tapi bila pelanggan masuk kedai korang tu teruslah paksa bibir korang tu automatik senyum! Baru pelanggan pun gembira sikit nak masuk kedai korang! Lepas tu kalau pelanggan tak jadi beli barang - barang dekat kedai korang pun janganlah korang terus tunjuk muka masam. Buat senyum macam biasa sudah!



3) Ramah Mesra



Hah! Bercakap tentang ramah mesra nih pun ada had nya juga. Bukan ramah mesra yang gatal nak mengurat ker menggoda tu! Cuma kena lah rajin melayan pelanggan bila mereka bertanya tentang produk korang. Tetapi, untuk lelaki tua gatal anda kena pandai - pandai lah kawal jika anda peniaga wanita. Hahahaha! Kalau boleh tu syor kan pada pelanggan produk terbaru anda tapi jangan terlebih - lebih sebab ada orang yang tak suka diganggu sewaktu tengah melihat barang - barang yang berkenan di hati. Senang cakap mesra pelanggan lah. Jangan diam seribu bahasa! Kena ringan mulut!



4) Jangan Tamak


Sebagai contoh korang menjual Choki Choki. Korang beli satu paket yang ada 5 choki choki tu dengan harga RM1 tapi korang jual dengan harga RM5. Bukankah cekik darah tu? Korang jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi. Apabila berniaga memang mahukan keuntungan. Aku faham itu semua dan bukannya aku suruh jual Choki Choki yang korang beli  berharga RM1 tu dengan harga RM0.50 sebab itu namanya amal jariah tanpa sedar. Heheheh! Cuma jangan lah ambil untung berlebih - lebihan sebab tak akan kemana perniagaan korang tu. Aku sendiri lihat ada penjual nasi yang jual nasinya dengan harga yang berpatutan tetapi tidak pula kedekut dalam meletak lauk pauk dan nasinya dan akhirnya dapat juga dia pergi mengerjakan haji dan umrah serta perniagaan semakin berkembang. Lain pula dengan pesaingnya yang menjual nasi dengan harga yang mahal tetapi kuantiti lauk atau nasinya sedikit. Perniagaan mereka masih di takuk lama. Jadilah peniaga yang tidak terlalu memikirkan keuntungan sehingga terlupa tanggungjawab pada pelanggannya.



5) Elakkan Berkasar Dengan Pelanggan


Ramai peniaga yang suka berkata,"Arghhhh! Boleh blah lah mamat/minah nih! Kalau kau tak beli barang dekat kedai aku ada lagi 1000 orang lah yang nak datang beli! Aku tak rugi apa - apalah kalau setakat kau seorang jer tak beli barang dekat kedai aku!" Tetapi, bagi aku mereka lupa kuasa mulut atau percakapan manusia. Jangan lupa seorang pelanggan itu mampu merosakkan perniagaan korang. Pasti mereka akan memberitahu kawan - kawan mereka pula dan malangnya pula apabila kawan - kawan mereka cuba datang ke kedai korang dan memang terbukti korang nih jenis tak sayang pelanggan. Memang teruslah pelanggan - pelanggan tu percaya pada pelanggan pertama yang teraniaya tu dan kemudian memberitahu pula pada rakan - rakan mereka. Akhirnya perkara itu merebak daripada seorang pelanggan kepada 10 orang pelanggan dan akhirnya semua orang tahu kedai korang tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan sesekali cakap besar dan jagalah hati pelanggan anda. Seorang pelanggan mampu untuk membantu memperkembangkan perniagaan korang atau pun menjatuhkan perniagaan korang melalui kuasa mulut! Jadi, sendiri mahu ingatlah!


Gua rasa setakat ini sahaja lah dulu sebab gua pun dah penat menaip. Apa - apapun, harap korang yang menjadi penjual ker peniaga tu dapat lah mengambil apa yang baik di dalam entry ini. Gua bukan apa sebab kadang - kadang gua sedih juga tengok peniaga kita nih! Berniaga tu nak berniaga tetapi perkara - perkara yang asas macam nih pun mereka masih lagi tak dapat nak amalkan. Walaupun bukan semua tetapi kebanyakkannya macam nih. Jadi, harap perniagaan korang semakin berkembang. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

43 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tips yang baik bro...:)http://ary-anwari.blogspot.com/2011/07/singgah-blog-aku-sat-bleh.html

    BalasPadam
  2. tak sabar nak pose gak..

    akak dr dulu x reti nak berniaga ni..kalau jual brg mesti rugi memanjang.tak smpai hti nak mark up harga..

    BalasPadam
  3. choki choki 1, 5 hinggit?

    1:5 ohh...makcik kayooo. keh3




    http://eksenkemain.blogspot.com/2011/07/gadis-kerek-abang-poyo-dan-interview.html

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Saya suka niaga2 nih tapi takda masa lah pulok nak niaga. Kojer opis pun tak habis2 bawok balik rumah...sob3 Buat MLM lak kawan2 minta hutang.. bukan sikit ribu2... pastu tak bayor2, janji jer nak bayor, bila tipon depa wat diam tak jawab2, sms pun tak jawab...haiissshhh!!! Tuntut jer kat akhirat dok gitu?

    BalasPadam
  5. gua selalu blah dari kedai yang pekerja atau tokey dia muka mcm nak baham jek. tak suka dowh..

    bab tak letak harga tu, bila kita nak tanya harga, muka bukan main garang lagi.

    daripada dilayan demikian rupa, baik blah. ada banyak kedai lain lagi maaaaa...

    *gua suka n3 ni.

    BalasPadam
  6. betul laa .. boleh maju, tp kalau benda asas tak buat, orang rasa berat hati nak datang .. dah rugi kat situ ..

    BalasPadam
  7. hmm.. macam tak jadi beli baranag kalau jurujual tu layan mcm nk ttp kedai je

    BalasPadam
  8. yehh,,aku seorang peniaga.. tanda harga dh letak. sntum dh. ramah mesra dh, kasar pun x..tamak pun xde..aku jual ikut harga pasaran dh..

    meh membeli ngn aku

    BalasPadam
  9. Selalunya yg ada kat kedai2 tu bknnya tuan pny kedai tp pekerja2.. sbb tula diorg ni tak mesra alam.. lg2 kalo kita byk tny.. kalo taknak kena tny byk kali letakla tanda hrgakan? slh siapa? pklah sendiri.. Lg 1 bro peniaga2 skrg ni mmg TAMAK.. contohnya harga gula sekilo naik 20 sen.. tp aku pelik harga air secawan naik pun 20 sen gak.. ape diorg letak sekilo gula ke dlm segelas or secawan air?? kan ke TAMAK tu namanya...

    BalasPadam
  10. customer is always right. hee
    customer wt ape pom org meniaga layan je la =.=

    BalasPadam
  11. berniaga ni kita nak kena serve customer.

    tapi kalau jadi customer pun janganlah suka nak kerek je. :p

    BalasPadam
  12. kepada peniaga2 please usha blog nie yer..haha
    aku benggang bila nak pegi makan mesti tauke ambik order tue usha pelik dah lar tak senyum..haish

    BalasPadam
  13. tidak lupe kebersihan kedai, diri dn kewanian badan serta mulut.sekian

    BalasPadam
  14. 1. memang kena letak tanda harga, senang kita nak bajet beli...pegang kalkulatar kat tangan dan kira terus...hehehe

    2. yg ni banyak kakak jumpa, kedekut betul senyuman...

    3. memang perlu ramah mesra, kita kan rakyat malaysia

    4. ini memang cekik darah...anak kakak suka choki2 hihi

    5. kena sopan , guna suara perlahan, betul tu...tengok Hans jual henset tu, walaupun mahal, oleh sbb sopan santun laku jugakkkk....kih...kih....

    BalasPadam
  15. nanti kalau aku jadi peniaga....aku akan ikut semua ni :D

    BalasPadam
  16. Kte selalu dpt yg ta reti nk senyum time beli brg, ckp pon garang smcm je -- Ishhhh.

    BalasPadam
  17. Kte selalu dpt yg ta reti nk senyum time beli brg, ckp pon garang smcm je -- Ishhhh.

    BalasPadam
  18. senyum & tanda harga tu penting

    BalasPadam
  19. wah bagus punya tips..harap peniaga satu malaysia baca blog hans..hehe

    BalasPadam
  20. betul2..sama2lah kite, salu dpt peniaga yg xreti senyum..asyik masam jek..ucap terima kasih,sy jual pun x...haish.cubalah peramah n murah senyuman tu kan... :)

    BalasPadam
  21. nice tips
    yang air haram tu . tettt !
    muahaha ;p

    BalasPadam
  22. yg muka mcm nak cari gaduh tu mmg pantang btol aku..

    BalasPadam
  23. nak meniaga ker mr hans??
    apapun setuju la.. sebagai pelanggan, memnag semua ciri-ciri ni yg aku perlukan..

    tp slaesman yg selalu mengekor aku nak beli barang memang merimaskan..

    boleh tak dtg bila dipanggil saja..

    BalasPadam
  24. Customer always right.. Kalau dier taknak bagi special price belah jer terus.. haha..

    BalasPadam
  25. setuju ngan ko Hans.. mase aku keje kat kaunter dulu, mmg sentiasa menerapkan ciri2 yang berhemah gehtoooo.. haha!!

    BalasPadam
  26. mmg betul ape u tulis ni hans. tp mmg byk sgt skrg peniaga2 bila lyn pelanggan, mak oiiii,, macam kita ni mintak mkn free! tak suke! xde adab secara umum.. huhuhu ini mmg attitude common di malaysia.. buat malu.. & menyakitkn hati~!

    BalasPadam
  27. betol tu... ada gak tjumpa ngan pniaga yg x pernah nk senyum.. sabar ja la.. :D

    p/s mmg x sabar nk puasa... huhuuuuwww

    BalasPadam
  28. hehee.betol2..aku sokong tu hans...

    BalasPadam
  29. kalau jumpa peniaga yg taknak senyum tu, jangan igt elie nak singgah balik gerai dorg!ceh!

    BalasPadam
  30. tips yang bagus..nanti aku berniaga aku akan amalkan ok :) tq

    BalasPadam
  31. gua seorang peniaga. gua letakkan tanda harga, gua senyum, gua ramah mesra, gua tak tamak, gua elak berkasar dengan pelanggan, dan gua kenyit mata dekat pelanggan lelaki yang kacak. bagus tak gua?

    BalasPadam
  32. yup, berniaga jgn buat muka ketat. org nak singgah pun takuttt

    BalasPadam
  33. kalau aku..peniaga yang mukanya garang..takdenya aku nak beli barang kat kedai dia..kalau senyum baru pergi..hehe.

    BalasPadam
  34. pernah kena marah kat seorang mak cik sebab aku mintak kuah lebih...

    dah ar aku pelanggan tetap, terus aku ban tempat tu untuk selamanye.

    BalasPadam
  35. huhuhu saya xminat berniaga..
    apa2 pun bagus tips2 yg hans bagi ni! :D

    BalasPadam
  36. No. 2 & 5 tu sangat penting..cukup tak suka masuk kedai yang pekerja nya tarik muka moncong dan bercakap kasar..confirm tak akan ada kunjungan kali ke 2 dah..

    BalasPadam
  37. Great tips!! Semua peniaga terutama d M'sia patut baca entry ni! ^^

    BalasPadam
  38. tips yang bagus nie ! :D


    sy kerja sebagai pelayan kena la wat bnda2 gak kan .

    tapi cmne lau pelanggan yang wat muka masam ? hoho

    BalasPadam
  39. lilypelangi : kalau pelanggan yang buat muka masam pun anda kena senyum...nama pun bekerja jadi berilah layanan yang baik :-)

    BalasPadam
  40. betul lah tu.. kalau berkasar, hari ni mungkin 'terlepas' datang, esok customer mesti tak datang punya..

    BalasPadam
  41. paling tak suka kalau barang takda tanda harga..huhhh lagi tak suka kalau nak tanya barang tapi penjual buat muka masam..rasa nak jentik telinga dia haha

    BalasPadam
  42. Erk? Mana boleh mcm tu ... memang xkan ada yg ingin membelilah ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama